Surat Hati Untuk Ilahi

In the name of Allah Most Gracious Most Merciful


Allah..

Demi diriku dalam genggamanMu

Aku tiada daya melainkan Kau Maha Berkuasa

Leraikan duniawi yang mendiami di hati

Lindungi ia dari membunga kala dipuji

Dan dari amarah kala dikeji

Tenangkan ia dengan cinta

Yang darinya ku makin cintaiMu

Himpunkan hati ini dengan para hati yang mencintaiMu


Alhamdulillah

In the name of Allah Most Gracious Most Merciful






Alhamdulillah
Opick ft. Amanda

Intro: G D C G Em D G
G D C G Em D C

G D G
Bersujud kepada Allah
G D G
Bersyukur sepanjang waktu

C D G Em
Setiap nafasmu, seluruh hidupmu
Am B Em
Semoga diberkahi Allah

G D G
Bersabar taat pada Allah
G D G
Menjaga keikhlasannya
C D G Em
Semoga dirimu, semoga langkahmu
Am B Em
Diiringi oleh rahmatNya
C D G Em
Setiap nafasmu, seluruh hidupmu
Am B Em
Semoga diberkahi Allah

G D C G
Alhamdulillah wasyukurilah
Em D G
Besyukur padamu ya Allah
G D C G
Kau jadikan kami saudara
Em D C
Indah dalam kebersamaan

[interlude] Am G Am G Am Em D C

G D G
Bersujud kepada Allah
G D G
Bersyukur sepanjang waktu
C D G Em
Setiap nafasmu, seluruh hidupmu
Am B Em
Semoga diberkahi Allah
C D G Em
Semoga dirimu semoga langkahmu
Am B Em
Diiringi oleh rahmatnya

A E D A
Alhamdulillah wasyukurilah
F#m E A
Besyukur padamu ya Allah
A E D A
Kau jadikan kami saudara
F#m E A
Indah dalam kebersamaan

A E D A
Alhamdulillah wasyukurilah
F#m E A
Besyukur padamu ya Allah
A E D A
Kau jadikan kami saudara
F#m E A
Hilanglah semua perbedaan

A E D A
Alhamdulillah wasyukurilah
F#m E D
Bersyukur padamu ya Allah

G D C
Bersujud kepada Allah
Em D G
Bersyukur sepanjang waktu

Rahmat Allah mengatasi kebimbangan kita

In the name of Allah Most Gracious Most Merciful




Sami Yusuf
No Words is Worthy

"(Iaitu) orang-orang yang beriman dan tenang hati mereka dengan zikrullah. Ketahuilah dengan zikrullah itu, tenanglah hati manusia."

[ar Ra'd - ayat 28]


Gembira untuk kongsikannya bersama kalian. :)



Ma'as salam ayhal ikhwatul ahbab

emneya contest giveaway

In the name of Allah Most Gracious Most Merciful


Alkisah.....~

1) Beta telah memfollowkan diri beta pada blog ni sejak 7 purnama yang lalu. Beta tak pasti beta yang ke berapa, sebentar ya..

"Dayang!"

"Ye ampun tuanku"

"Beta org ke berapa agak2 ya dalam pena farhana???"

"Ishh...patik pun tak ingat..tapi yang penting tuanku bkn top ten laaaaa"

"Cissss....melepasss....apa nickname betaa?!!"

"hairil tuanku..."

2) "Hulubalang! Da link blom blog tu?!!" "Da tuanku........"

3) Pada firasat beta semua entri tu beta da komen, nyatakan pada beta manaaaa lagi yg x komen....jika tiada beta sanggup turun takhta sambil x pakai baju kini juga! :P

4) Terang lagi bersuluh atas tu haaaa...aku dah tempek daaaa....gam UHU lagi! Tak menang lagi xtau laaaaa :P

5) Adoiii...nak kena suh org komen byk2 entri akuu?? Hat ni macam susah skit laaaa....blog aku ni slalu org bunian ja yang mai...pastu kalo depa drop komen mmg x nmpakkk.....muahahaha

6) Soalan: Buat karangan ringkas dan kreatif tentang Pena Farhana dan Emneya (saya akan ambil kira gaya bahasa dan cara pengolahan entri)

Type pakai kaki je ni.......(blagak sungguh beta)

:)

Alkisah......

Pena Farhana merupakan seorang novelis maya yang memiliki bakat dalam bidang penulisan dan mewarna(saje tambah :P) Ini jelas bagi sesiapa yang sudah menuruti kisah Emneya hasil lakaran wacana minda beliau. Membacanya seakan kita berada di alam karyanya hingga terasa diri ini turut berwatak dalam kisah tersebut.

Emneya memaparkan kisah perjalanan hidup seorang wanita yang awal hidupnya hinggalah dewasa sering dibelenggu kesedihan. Namun, kecekalan hati wanitanya memadamkan segala api keresahan. Kini beliau telah pun memiliki pelengkap hidupnya yang menjadi sandaran suka dan duka. Tapi lain pula halnya apabila kebahgiaan ini dirobek sedikit demi sedikit oleh ibu mertuanya yang aku rasa elok tauk je dalam kandang kambing....suh kambing2 tu tampar dia laju2....grrrrRR!

Kisah hiba ini telah memukau ribuan mata pembaca untuk terus menanti episod yang seterusnya dek kerana kekurangan ajaran datin tu semakin menjadi-jadi terhadap emneya yang tak pernah sekalipun berlaku dendam terhadap mom inlaw nya.....peeehhh....power la cerite ni....pandai pena farhana buat (bodek nk menang!!)

Tapi tak cukup best la aku cite sini banyak2...nak tau gi la seniri kat pena farhana ni....xyah bayar pun nak bace....free.....membaca adalah amalan yang sihat :D

"Dato Bendahara, sila bacakan nama2 yg terpilih dari rakyat beta untuk ditag"

"ADALAH DENGAN INI, PATIK MENYIMPAN MOHOR BESAR MENGISYTIHARKAN RAKYAT2 YANG DIDAHULUKAN PENCAPAIAN DIUTAMAKAN....mereka ialah:

1) cemomoi
2)lokman
3)nurul farid
4)humblehayati
5)melatidaisy


promote suda.....link suda....komen suda.....adiah je blom..............heeeeee

OK....selamat maju jaya wat pena farhana...aku sebenarnye tgh kering duit ni.....ape kate letakkan je aku sbg juara menunggu...muahahaha..

Setelah kian menatap penulisan saudari novelis ini....ku rasakan jemari yang naif menulis seakan mampu menari..

Sekian, wassalam.

zikrayat minhu

In the name of Allah Most Gracious Most Merciful



Kenangan terakam indah di maya bersama tuan cemomoi

:)

fillah ma'ak ya akhi muhtaram

spoil matter that i did..AMPUN!!

Kisah 1
Satu petang aku makan bersama 'ehem2'..heee..nasi goreng kampung sepinggan kongsi, dan jus oyen(niece aku pnye broken) segelas...punye la makan sambil berbual hal isu semasa, globalisasi, teknologi, biologi, arkeologi, logi...dan kami pun kenyang, lalu dengan senyuman semanis Orlando Bloom..kami pun membuka langkah sejauh 20m dengan riang-ria menuju ke destinasi seterusnya sambil hati yang girang ni musnah kala terdengar suare merdu memanggil...
"Eeiii.......adikk.....tak bayar lagi ni..........~~ !!"

EErrrk! Menjerit kak tu panggil hinggakan merpati yang punye ramai pun terbang..pehhh! Aku takde hal ngan merpati tu....lantak dia la nak mati terkejut stroke pon...masalahnye ribuan pasang mata memandang bagaikan aku ni memang pencuri yang dicari-cari selama ini.huuuh!


Kisah 2
Tika aku darjah 1, mase tu English Class, hari Rabu...aku dengan semangat yang berkobar nak blaja subjek ni dengan harapan besaq nanti aku pandai cakap omputih.. aku pun capai pensil dan mule tulis day and date kat atas skali dalam buku tulis tu... oleh kerana terlampau semangat, aku mengambil masa yang agak lama pasai aku tulis dengan berhati-hati agar pronounciation aku betoi dan mendapat pujian teacher aku nanti :P

Tibe-tibe PAAAAANNNGGGGGG!!! Telapak tangan wanita terasa 'enak' bertenggek kat muke aku... "Nape tulis camni??!! Padam balik!!!!" Takkan la kerana aku tulis wednesday camni pun nak kene slap.... pastu teacher suh padam dan tulis lain macam yang aku tulis sblom ni... maka jadilah begini.
Teacher.......tulisan sy burukkkk......nak ubah bagi lawa pon salah.....what a lonely and sadly
Aku pasrah :(


Kisah 3
Darjah 1, kelas muzik... kami semua kene susun bangku rapat2 dan mengadap cikgu sebelum dia suh nyanyi lagu "Jambatan Tamparuli"... depan aku ade budak tetoot(ketot), aku ni memang tetoot da...dia 1000x ganda teciik lagi dari aku(jahat gilee aku) Pastu entah macam mana membe sbelah aku ni bertanduk suh aku ludah kpale dia...

ye la.....kpale dia bawah dagu aku je...senang bebeno nak sekeh :P aku pun dengan bengong+jahil pi ludah kpale dia... bukan main girang rakan taulan aku melihat perbuatan mazmumah ni...aku makin semangat mendapat sorakan halus dari mereka dan terus 'tuuuuiiihhh' dan 'tuuihh' dan 'tuiihhh' dan 'tuuuiihhhh' lagi sampai belumur 'air barokah' aku atas kpale dia... yang aku pelik pasai pa dia tak sedaq kpala dia dah bersalut :P

Rupenye dia sedar je sebab esoknye mak dia datang nak tampar laju2 sape yang telah wat onar dengan anak dia... pehhh..setangah jam aku nyorok blakang pintu kelas, gilee...dengan berhabukk...lipas...semut apiii terpaksa aku harungi demi menyelamatkan diri yang memang jelas dan terang bersalah. Akhirnya mak beliau akur dan berlalu pergi sebab tak jumpe aku :P


Kisah 4
Mase skolah menengah...kem bahasa inggeris.. pendek crite group aku da melanggar undang2 dan enakmen yang termaktub dalam perlembagaan kem tersebut. Maka malam tu kami di panggil ke hadapan mengadap rakan taulan yang lain... punye la marah teacher mase tu.... bese la..budak laki ni memang 'rajin' kalo suh wat keje :P

Berleter punye leter.....then she says "yang pompuan semue....! orang macam ni ke kamu nak wat suami??!"

EErrrkk!

Lantas mereka yang kaum hawa/warga bertudung/kromosom XX/daughters dengan penuh ayu menjawab..... "xnaaaaaaaaaaaaaaak......~ " maka ketika itu dalam kpale aku mule membayangkan yang syarat pernikahan telah bertambah kepada SMART ENGLISH!!

aduhhh......kepada aweks aweks sekalianssss....haraps maklummsss...aku tak ghetiiss omputihhss

لكن اني استطيع ان اتكلم فى اللغة هذه

heeee..


Ya allah......moga semua orang-orang yang telah aku lukai dalam sedar atau tidak dengan lembut hati sudi memaafkan aku dan menerima kenaifan ini..

Teacher...!! Kalo sy tak pandai BI tapi bini sy pandai takpe ke........... ngeh3x :D

1432H


In the name of Allah Most Gracious Most Merciful






~HIJRAH~





the gunners


dont hate me just because im not as you want

ngeh3x

my lovely niece

In the name of Allah Most Gracious Most Merciful


Nur Alieya Danisha

Ayahnya Muhammad Afiez

Uminya NurAzlina Zakariah

Opahnya Azizan bt Abd Rahman

Tokwannya Abdul rahim

Paksunya....ehem!!









Allah
Jadikan dia anak yang solehah
Kilau permata umi dan ayah
Bunga mewangi di laman indah
Tiada batas doanya bermadah
Penawar bagi segala gundah
allahumma ameen

~miss you my dearest niece~

Ceeenyummm :)

In the name of Allah Most Gracious Most Merciful


Bersangka baik, sabar, tabah adalah antara elemen yang sangat sukar dipertahankan dalam hati berdasarkan tingkatan akhlak seseorang. Sering tumbuh perasaan agar darjat diri meningkat di sisi insani. Ironinya pasti tak akan konsisten apa jua yang ingin dilaksanakan.

Semua itu tak seindah prosa yang terbit dari bibir. Tak seringan lidah menutur berbanding tulang yang membanting segala jerih, hati jua yang menakung titisan perih. Hanya mereka yang sangat telus dalam perjuangan hidup saja yang harungi semua ini dengan senyuman.

Cuba untuk senyumkan hati bila tercampak ke laman berduri... pujuk mata jangan benarkan setitis pun mengalir....(sigh~) is not easy to be a servant of Allah..thats the fact.


aloooohaii tomeiii anak2 umi


Ma'as salam ayhal ikhwatul ahbab~

mengejar penamat yang indah

In the name of Allah Most Gracious Most Merciful


Petang yang indah di sebuah sekolah rendah agama...waktu tu aku darjah dua.. Sorang pun tak mai lagi..betoi2 aku sorang ja..ishhh...awat depa ni da tak mau mengaji ka? da rasa diri tu pandai sangat?? aku pun heran anak-anak skarang ni.... cuba la isi hati tu dengan ilmu...baru cerah masa depan(kan da kena cramah) Tiba2 ada sorang paklong tukang sapu ni tegur "Hammbooii..rajin sgt smpai cuti pon x ingat??" Errkkk....!!

:P

Saaattt...!! jangan la close lagi.....tadi tu aku tipu ja.... nak ceghita la ni...tapi memang aku rajin pi awai pun.(kalo lambat siap sdia punggung dihujani libasan 'manja') hening suasana....sorang x mai lagi.. Aku pun dengan sifat yang rajin secara paksa terus membuka beg skolah dan keluarkan homework skolah akademik pagi tadi tuk aku sudahkan ia sementara menunggu kelas agama bermula... tengah khusyuk jawab soalan matematik Bab 3: tolak menolak, aku tersentak dengan sapaan tua..

"rajinnya....darjah brapa da ni...."

"tiga pakcik..." peeeehh...little bit sopan dengan harapan dia tolong tambah wang saku aku bagi cukup 2 hinggit, bleh pi kedai Mak Ton makan beehuun soup..heee

"tiga....mmM...blajaq rajin2 naa...baguih pakcik tengok.....besaq sok jadi orang berguna" melayang 2 second fikiran aku...huhhh! Segera beristighfar agar setan2 tidak terus mengaburiku dengan fatamorgana..(student harapan konon..ceeit) by the way..thanks a lot to pakcik kerana sudi menabur benih smangat ke tanah hatiku...Allah blessed you

Dan kini aku terpikir adakah aku sebagaimana pakcik tu gambarkan diriku berbelas tahun yang lalu... sebab skrang ni nak bukak buku pun liat...exam nak dekat...ngeeeee..semangat2x!! Awal hidup kita bukan penentu akhir nanti... tapi bukan bermakna aku suh duk diam tak melakukan sebarang perkara yang meningkatkan mutu diri, cuma selagi jantung ni tak berhenti..selagi tu kita perlu berhati-hati... agar akhir hayat kita berseri...ceeeee....smua last word letak 'i', nak bagi karangan dapat A kann~ haha..

Aku pernah berjumpa dengan seorang yang sangat merbahaya jalan hidupnya, penuh dengan jenayah..upah membunuh dan lain-lain adalah mata pencarian hidup. Takdir Allah kami bertemu..orangnya muda beberapa tahun dari aku, ringkas ceghita....Allah lebih menyayanginya, episod kami bersama tidak lama. Namun akhir hayatnya adalah lafaz Lailahaillah dengan sempurna. "Abang...bole tak ajar sy solat...? sy tringin nak solat...nk rase cmne berdoa.." itulah kata dua terakhirnya yang membuat mata aku bertakung air hiba. Paling tak sangka beliau sempat tulis surat senyap2 dan baris akhirnya "......... moga Allah himpunkan kita di 'sana' "


Allah merahmatimu Zeinul(bkn nama sbenar)

(kisah benar)

huuuuh~


Pasai tu kalo kita tengok bebudak kecik nakai tahap dewa, jangan la hukum dia budak jahaaat lagi....pasai aku kecik dulu buas gakk... masuk hutan.. men meriam kabat di kala manusia tengah bertahajud ramadhan.. heeee.. tu dulu..........~ :P Lenturlah mereka dengan kelembutan...selimuti malamnya dengan kasih sayang....hangatkan hati mereka dengan pelukan...lembutkan jiwa dengan sentuhan...ada ciri2 nak jadi ayah aku ni(sambil cerminkan muka)


Moral of the story..


Jangan mudah menghukum insan seolah-olah tiada lagi ruang baginya untuk berubah....dan jangan pula terlalu mengangkatnya bagaikan suci tiada nista.



Ma'as salam ayhal ikhwatul ahbab~

Cerita aku lagi

In the name of Allah Most Gracious Most Merciful

Sambung ceghita lagi...hampa janganla boring naa...aku xdak idea lagi nak tuleh entri sirah2 nabi atau pon entri ilmiah...harap hampa xnyampah la noh..hehehe

Hat nii memang ceghita hampeh...aku memang dak baek..tak pcaya lagi?? meh baca ni plak......jeng....jeng...jeng.........

Masa aku darjah enam...nak ambik upsr dah..sebelom upsr tu kan ada exam percubaan..haa....nak wat ceghita..kakak sulong aku cekguu..cekgu ajaq subjek sains..kebetolan masa tu kakak akulaa penggubal soalan sains untuk percubaan tuh.

Kakak aku bawakla balik umah soalan-soalan tu...aku nampak tuh..just belek-belek ja...pahtu kakak aku.."haaaaaaaa.hang jangan bukak soklan tuh..pegang xpa,bukak jangan!"

Aku pon...senyaplaa...tapi tak lama pahtu..btanduk!! hahahaha...aku dengan sesilent2nya buat percubaan berani mati punya gi bukak kertas soalan tu...huuuuuuuuh~kecut gak perut..tapi semangat nak tengok soalan tu memang berkobar-kobar!

Tapi aku xdan nak bukak soalan...yang dan bukak..slip jawapan objektif!!! huaahahaha...aku pon dengan tangkasnya segera menghafal jawapan secepat mungkin sebelom kakak aku nampak!

Akhirnya......huh..aku cuma sempat hafal sepuloh jawapan jaaa...hafal sungguh2 ni..macam hafal sifir tu!

Esoknyaa kat skolah...cekgu siap edar kertas soalan dan kertas jawapan..cekgu kata "ok, boleh mula menjawab sekarang"

Nak tau apa?kawan2 aku baru baca soklan no 3,aku dah jawab soklan no 11! hahahahahaha..hasil dari hafalan aku malam semalam......akhirnyaaaaa sains percubaan aku dpt A! jgnla hampa kata aku tipu...mana ada tipu semua..soalan len aku buat sniri paaaaaa :P

Heheh...aku memang baik tahap gaban..kalo aku jahat...aku hafal semuaaaa..tau tak!kihkihkih...jangan maraaa yee

Cerita aku masa kecik

In the name of Allah Most Gracious Most Merciful

Kalau hampa nak tau..masa kecik2 dulu aku la budak paling baik kat kampung.....tak pcaya? meh baca ni....................

Once upon a time.......i walked over the river....then...suddenly the crocodiles ngaaaaaaappp my leg.....ehh...silap2..silap story.....towieeeeee..ok2 ni betul2 nak ceghita..

Masa kecik2 dulu..aku ni memang kecik..satu hari,jalan kat depan masjid dekat dgn rmh aku..tetiba aku dengaq bunyi kucing menangis..err...camana tah bunyi..tapi aku mmg yakinn seyakinnya kucing tu tgh menangis....hehe..lps tu aku pun dgn tangkasnya berlari sekitar halaman masjid cari arah suara kucing tu..

Punya letih aku carik, xjumpa! suara kucing tu pon makin lama makin hilang, macam da habis energy dia nangis..aku plak makin susah hati (cee...budak baik kan..mestila ada feel camtu :P)

Tak lama pastu, kucing tu bunyi lagi, kali ni dapat agak dari mana. PEHHHH!! dalam kolah masjid rupanyaa!! tgh terendam dalam ayaq kolah!! tapi.....aku xleh lagi selamatkan kucing tu.tau sebab pa?? sebab aku pendek la..aku pon panjat kolah tu dgn semangat waja..dan akhirnya berhasil berdiri kat tepi simen kolah tu.

Tapii...stil lagi xleh selamatkan anak kucing tu. Tau sebab pa? sebab anak kucing tu duk tengah2, tgn aku pendek! mana la nak sampai nak ambik...aku pon ambik timba,pelan2 meneruskan misi menyelamatkan anak kucing..

Belum sempat kucing terselamat...."awat hang buh anak kuceng masuk dalam ni hah!! hang mmg nakai laa herel!!"

PAANGGGGGG!! huuuuuuuuuuh~ pak imam tampaq aku!!!! dia kata aku yg lempar masuk anak kucing dalam kolah tuu!! masa dia tampaq,naseb baik aku tak pelantin masuk dalam kolah sekali ngan anak kucing tu tau!! huh.

"bukan sy pakcik........... :( " dengan muka seposen aku mintak simpati kat pak imam tu.

"jangan bohong!!pkcik nampak!!!" huh.ternyata pak imam nak saiko aku,kena tipu dak tecik cam aku yee..huhuhu

Hadoilaaa..aku nak selamatkn kucing tu laaa...bkn aku yang buh masuk dalam tuh!! hishh..pak imam tu aku xjumpa da. xtau la dia ada lagi ka dak..yg pastinya, aku masih ingat kehenseman pak imam tu kala dia menampar diriku..

Punyala aku nak menegakkan keadilan utk diriku...tapi ternyata baginya daku benang yang basah...akhirnya tampar adalah noktah bicara!! huuh~nampak bintang2 dan kunang2 laa

Nasib badan..mmg muka nampak cam budak nakal kot. Huh. tu baru skit aku cerita kisah aku kecik2, ada banyakkkk lagi cerita..tunggu naa..hehe

bahagia membahagia

In the name of Allah Most Gracious Most Merciful


kadang kala membaca pandangan dan kajian yang di luar kotak kemampuan seseorang membuatkan aku nak tarik selimut and zzzzzZZZZZZZZzzzzZzz.....


'KEBAHAGIAAN pada perspektif falsafah islam'

tapi aku x bahagia bace buku niii.......sob...sooBB...sob.. :(

bapak gile susahnyeeeeee...hampir2 aku masuk hospital bahagia.huuh~

aku pun tenung buku tu sambil wat smile tom cruise.........maybe this is a right way to make it easier

...


.... . .




....

..


sleep.......... . . .huuh...nonsense


mugkin ini yang dinamakan dalam derita ada bahagia...pehhh....


dulu aku penah selami bahagia kala melihat Beto(mypet) rakus teguk susu sbb kne denda ngn aku x dpt mkn sehari.hahahaha....padan muka..sape suh berak merata! pastu xnak ngaku......then lari.....nmpak sgt bersalah.

saaaayang beto....ni pn kire bahagia gak..

tp dy da matii :( kne belasah samseng2 kucing kampung yg kejam...cemburu terus merapi ke sluruh jiwa2 mrk......sbulan dy kt ICU=bwh krusi dapo ...dan Allah lebih menyayanginya....

:(


mane x nye.... sbb dy kucing educated...mak dy parsi..bapak dy greece....hensem...bulu kembang skilo...study pn pndai(skolah mne ntah :P) awek2 kucing len sume jatuh hati x bgn2 dah.



(doktor...nnt exam bg mrkah yg bhgia kt sy naa........)



wajah abg aku yg x bahagia sbb anak dy da pow duit dy tuk bli belOn :P


kelana anak derita

In the name of Allah Most Gracious Most Merciful



Mata tercelik dari lamunan sepi

Gelap yang perlahan menjadi cerah

Malam daku hanyalah rembulan hiba

Siang daku hanyalah mentari sengsara

Kebas kaki untuk melangkah

Kerna yang ku pijak selama ini hanyalah duri derita

Mata kabur ini hanya terang melihat pintu putus asa

Seiring dengan nafas mengalah

Pujuk hati diriku gagah

Hakikat terbentang aku lemah

Aku diam sejenak

. . . .

Hendakku langkah sakit semakin membisa

Hendakku berhenti pasti lumpuh selamanya

Dilema menghurung jiwa

Mencari penawar tak kutemu

Sedang sakit kian menakluk di setiap pembuluh darah hamba

Hampir melarat ke hati kecil

Aku diam semula

. . . . .

Aku pejam mata

Imaginasi tulisan suci terbit dengan perlahan-lahan

Warisan mulia mula menemani

"kau tidak bersendirian"

Tersentak hati

Mata terbuka berkaca

Sejuk pipiku dibelai airmata

Yang selama ini dihangati gelisah

Bingkas memapah diri

Sendi derita mula mencucuk-cucuk

Suara mengaduh tak siapa peduli

Sakit...

Sangat sakit...

Cabar diri supaya ego melangkah

Walau lara bergelak ketawa membodohkan hati

. . .

Ku sapu anggotaku dengan air suci

Menyerah diri pada Yang Mentadbir

Tangan hina mula menadah hujan kasihNya

Gementar hati, nurani membisu

Berbicara jiwa hamba



Allah..

Hidupku di bawah kudrat dan iradat Mu

Halakan langkah gelisah ini ke arah Sunnah CintaMu


Bayu yang menyentuh tubuh seakan petanda

Menerbangkan baldu rindu bersulam cinta

Aku sambut ia lantas membaluti tubuhku yang mulai mendingin

. . . .


Nadi mulai diam perlahan

Mata yang lembap dengan air manja

mula menutup derita lama

Syahadah cinta melodi yang merdu


hati-hati dengan hati

In the name of Allah Most Gracious Most Merciful




Mendidik hati agar sentiasa manja dengan Maha Kasih satu proses yang amat sukar....diuji dengan metafizik yang sangat holistik.... Segala ibadah yang bersifat halus semakin menduga kekukuhan hati...


Kalau ditanya kini apakah keinginanmu....pasti KETENANGAN adalah jawapan hati... Namun diterjemahkan melalui lisan pada objektif yang ingin diperolehi...



(kalo bace bahasa cmni mesti menyampahkan :P sorry....this from my heart)

mekar dalam derita

In the name of Allah Most Gracious Most Merciful




Bunga..
Kenapa ia cantik...?
Kerana ingin ia khabarkan bahawa yang menciptanya Maha Cantik

Namun..
Ia tidaklah mekar sebagaimana pandangan dunia
Kerana berada di dalam pasu yang luarnya sinar dalamnya sirna

Moga suatu ketika..
Ia peroleh pasu yang selesa
Yang mampu untuknya mendapatkan cahaya mentari

Cantiknya...
Bukan untuk ditatapi semata
Agar sedari di sisiNya kita hina


......................................................


Kini...
Ia telah pun temui pasu yang diidaminya
Yang dapat membuatkannya perolehi cahaya bahagia
Setelah tabah mengharungi hujan derita

Namun....
Terbatas di persimpangan dilema
Antara ketaatan dan cinta

Dihimpit dengan desakan...
paksaan....

Ya Allah....
Bunga ini pernah mengharumkan laman ayahanda dan bonda
Bunga ini telah mewangikan hati teman-temannya

Hanya semata untuk peroleh pasu cintanya
Seiring dengan kasih sayang redhaMu

Kabulkanlah hasratnya Wahai Yang Maha Kasih

cekgu..!! saye nk jd....

In the name of Allah Most Gracious Most Merciful



Sebut cita2....aku sgt lah x pernah konsisten tulis cita2 kt dlm profil dari tadika sampai besaq paaaannjaaang...seingat aku...aku penah tulis..


Nama : bla...bla...bla..

Kelas : 3 Wira (kelas bdk2 pndai ni....ngeh3x)

Cita-cita : Bomba, Jurutol highway, Posmen, Cikgu Math....


penah la skali brangan tinggi sket....angkasawan (time tu berkobar x hengat nk stdy)

bila compare ngn membe bleh plak dia ckp "hek eleh.....hang x power...tgk aku tuleh pa...pembaiki aircond!"

Ishh....naseb moral aku time tu sgt tinggi.....maka kesabaranku mampu menandingi sebesar mana gelora ombak lagak yg mendatang.. :P


Zaman kini...profession antara yg menjadi aset dan modal bg seseorang utk menampakkan diri sebagai org yg memiliki kredibiliti...ketrampilan....karisma...dan lain2...


Aku penah ditanya....."abih blajaq nnt nk keja pa..? Mengajaq kaa....? blajaq jenis tu bole keja apa ja...?" tanya makcik tu kat aku sambil wat muka full of question mark...mentang2 dy ada bisnes kek.....xpa....nnt aku suh bini aku wat kek byk2...juai betoi2 tepi umah dy...hua3x


Lantas aku pn "Issh....makcik.......sy up skett......baru sehari abih mengaji......esok gak bukak restoran" nasib makcik tu bg aku kek free....heee


Tak kira la apapun...petani...nelayan...cuci sampah tgh bandar....CEO...pengarah syarikat kropok ikan...bla....bla....yg tak enaknya bila rasa dia tu gaji BESAAAARRR punya.....jawatan BESAAAARRR gilaa.....badan 50kg tp sembang 'obesiti'..



Don't mind whatever you will going to be.....asal anda memiliki ketulusan hati (pinjam tajuk lgu anua jen :P ) saling menghormati...... tidak mudah menghukum dan menilai insan....


Kalau akhirat kelak kita dibarisi mengikut profession.....da lame aku jd doktor gusi skg :P


Moga Allah berkati segala cita2 kalian dan apa jua yang kalian lakukan... :)




Aku ingat aku nk bukak kilang mengeluarkan alat tampar laju2 org yg blagak gaji besaq

spirit words


In the name of Allah Most Gracious Most Merciful













ku kobarkan hati walau arang sebesar jari


tetap marak membakar rimba lesu


yang menyesatkan arah kaki dari berdaya


melangkah keluar ke jalan harapan



akhir zaman...



Kisah Wanita bertudung nak pergi kangkang


“Saya nak pergi kangkang . Kamu nak ikut?”


Ini mungkin ayat yang sangat pelik dan luar biasa yang keluar dari mulut seorang gadis ayu, sopan dan bertudung litup apabila mengeluarkan perkataan yang mungkin agak kurang enak didengar dek telinga. Dan mungkin ayat ini yang akan terkeluar dari mulut ku;


“Hah? kamu nak pergi apa????”


Dengan slumber pula dia menjawab,


“Itu… Nak pergi kangkang kat tepi jalan sana tu haaaa~” sambil menuding jari ke arah bangunan ditepi jalan yang berhampiran.


Ya Allah! Apa sudah jadi? Betul lah sekarang ini dunia memang sudah hampir kiamat! Apa sudah hilang akal kah gadis ayu dihadapanku ini hingga boleh berkata seperti itu? Sudah sakit mental kah gadis ini? Dengan serta-mertanya aku menepuk kepala yang tidak dihinggapi nyamuk, lalu berkata…


“Astarghfirullah’ alazim! Apa yang kamu nak buat nih? Sejak bila kamu terpesong? Aper dah tak tahu malukah kamu? Ya Allah… kesianlah dekat mak ayah kamu tu… dari kecil mereka ajar kamu jadi anak yang sopan. Dah besar panjang macam nih, nak buat benda tak senonoh pula?”


Jerkah ku. Puas hati! Orang yang sudah tidak sedarkan diri perlu diingatkan. Agar tidak menjadi fitnah dikemudian hari. Tapi, lain pula jadinya. Dengan muka hairan dan tidak puas hati, si gadis ayu menjawab;


“Eh! Apa yang kamu merepek nih? Bila pula saya kata, saya nak buat benda tak senonoh?”


Aduh, bertambah ‘panas’ hatiku! Beria-ria aku marah dan cuba hendak mengingatkan dia, dikatanya aku merepek pula!


“Apa pula saya yang merepek? Kamu tu yang merepek! Yang kamu nak pergi mengangkang kat tepi jalan tu buat apa?”


“Kah~kah~kah~” Kata-kata ku dijawab dengan deraian tawa dari gadis ayu tersebut. Ketawanya kelihatan hampir pecah perut.


“Sah lah… memang dah tak waras agaknya gadis didepan aku nih. Kesian~ muda-muda lagi, sudah sakit mental…” kata hati kecil ku. Selepas ketawanya reda, si gadis terus menarik diriku ketepi jalan, lalu menuding jari ke arah sebuah kedai. Terkesima aku melihat kedai tersebut…



.
.
.
.
.
.
.





.




.




.


.
.
.

.
.



.
.
.

.
.
.



.

.
.
.

.
.
.






Hah, inilah Kang Kang nya… Kamu fikir saya nak buat apa???” Jerkah gadis tersebut kepada ku pula. Dengan perasaan yang sangat bengang bercampur geli hati, aku pun menjawab…


“Alah! Cakaplah nak pergi KEDAI KASUT !! Ini, nak pergi KANGKANG … nak pergi KANGKANG … Haishhh!!!~”







p/s: Kedai Kasut Kang Kang ini adalah kedai kasut yang popular di Bukit Gambir, Muar. Ianya bukan saja popular kerana potongan harga kasut yang sering ditawarkan. Malah ianya lebih popular kerana nama kedainya yang agak lawak bila disebut… huhu~





..............................................................................................



i got it from my mail.....layaaan..~

cool song..brilliant!

In the name of Allah Most Gracious Most Merciful





lagu ni commmel.....layan........~

makcik....bini.....singa :P




Cerita 1


Satu pagi di stesen keretapi, ada satu makcik tu dia tanya petugas kaunter...

Makcik: "Anak, keretapi sampai jam berapa??"

Petugas kaunter: "Jam 2 Kedah, jam 5 Kelantan, jam 1 Penang, jam 7 Gemas. Makcik nak pergi mana?.."

Makcik: "Makcik nak melintas aja."



Cerita 2

Bidin melihat rakannya, Wafdi.. sedang membuat kopi...kemudian memasukkan sebutir ubat panadol ke dalamnya. Dengan kehairanan Bidin bertanya kepada Wafdi...

Bidin: "Kenapa kau masukkan panadol dalam kopi tu?"

Wafdi: "Kopi ni panas.. bagi panadol.. kurang sikit panas dia.."



Cerita 3

Suami isteri bertengkar. Tiba-tiba isteri terus kemas beg.

Suami: "Kenapa?"

Isteri: "Dah kahwin 10 tahun, rumah ni tak pernah aman. Saya dah tak tahan. Saya nak tinggalkan rumah ni!"

Suami kemudian masuk bilik dan keluarkan satu lagi beg.

Suami: "Betul jugak cakap awak. Saya pun fed-up dengan rumah ini.

Saya ikut sama, boleh?!"



Cerita 4

Seorang pemburu bertembung dengan seekor singa. Terrperanjat, dia tak sempat mengangkat senapangnya. Tiada pilihan, pemburu itu bertadah tangan dan berdoa.Ketika pemburu itu menjeling ke arah singa, dia ternampak bahawa singa itu juga sedang berdoa.

Pemburu: "Ah leganya..... ...singa baik rupanya. Selamatlah aku."

Singa: "Ya.......singa yang baik selalu baca doa sebelum makan."



FROST


musim sejuk wat aku jd cam ni......






housemate aku lak smua kulit 4x pacuan roda gheta toyota harrier......pasang kipas power smpai 5 pun x lut....pehh...!

aku ni da frozen cam kueh2 frozen kat kedai mak tom pun dorg rilek je berjoget dan bercengkerama di bawah sinaran neon dan putaran kipas...huuh


sebagai balasan....bgn senyap2 g dapoq wat kopi panaiiih...minum sorg2....ngeh3x

Hachiko

In the name of Allah Most Gracious Most Merciful






aku termenangis T_T semasa menonton filem ini.....

betapa haiwan sangat memahami dan menghargai kesetiaan.....kasih sayang.....cinta.....hati dan perasaan....lumrah pertemuan dan perpisahan..... (cukup2x....dah beringus hijau aku tgk)

loving each other...

In the name of Allah Most Gracious Most Merciful



Semua orang menyukai wanita, tetapi mereka berkata "Mencintai wanita adalah awal sebuah derita"



"Bukan wanita yang membuat derita, tetapi mencintai wanita yang tidak mencintaimulah yang akan menciptakan derita bagimu"



~ Imam Asy Syafie ~

Puitis hati

In the name of Allah Most Gracious Most Merciful



Andai aku pemilik segala hati


Akan ku tabur bunga kasih ke dasar naluri
agar semua manusia tahu nilai saling menyayangi

Akan ku sebar haruman rindu di laman nurani
agar si suami tahu melangitnya cinta isteri

Akan ku semai benih cinta di tanah jiwa
agar si bapa tahu si anak perlukan kasih dan perhatiannya

Akan ku hiasi kuntuman sayang di setiap pasu kalbu
agar si anak tahu pengorbanan ibubapa lebih bernilai dari nafasnya


Namun
Aku hanya ciptaanNya yang bersandarkan kudrat sebagai hamba

Terdampar di pantai dunia
Ku cuba renangi namun tenggelam jua

Tersesat di rimba fana
Ku cuba redahi namun tersungkur jua

Allah
Andai ingin melihat pelangi redhaMu
Menuntut aku untuk bermandikan petir
Kuyup sejuk dilebati hujan
Segagah yang ada aku cuba tadahi

Moga semua ini dapat memikatMu
Agar merestui aku

Dari novel hidupku bermula
Hingga ke helaian nafas terakhir


. . . . . . .

Istimewa

In the name of Allah Most Gracious Most Merciful



"Tadi ada eksiden kt depan nu.....abeh bdarah smua....kaki pun abeh.....haa....mati kot.." penuh sentimental Ajis ni cerita kat aku sambil tangannya belah kanan nasi lemak singgit sambal lebih, belah kiri teh O ais dgn xde straw :P


Sambung blk story td....tetiba dia tanya aku


"ari ni jumaat ka...?" tanya ajis

"ada plak.....rini rabu la......" aku jawab

"ooo....esok kamis....pastu baru jumaat kan...."

"ya la.....abes tu awat.."

"alaa....rini baru rabu....tak dan org tu nak jumaat......" ujar dgn muka comel sayu sambil agkt tgn gaya takbir solat.


hahahahahahaha!


Aku pun terus gelak tanpa menghiraukan masyarakat setempat biarpun tawa ku mencapai frekuensi jutaan mega Hz.

Selambe je dia.....tapi bila fikir balik betul la ayat dia tu....mmg x sempat jumaat la kalo ajal dia hari rabu.....

Ajis ni seorang yg 'istimewa' di kampung aku...usianya dlm linkungan 30an...slalu mengambil upah kerja2 kampung sbg kais rezekinya spjg hidup...

Walaupun dia mcm tu....barangkali di sisi Allah dia lebih mulia dari kita yg sering angkuh berjalan di lapangan indah yg bila2 saja menjadi debu.






Ma'as salam ayhal ikhwatul ahbab.....

al-fatihah

In the name of Allah Most Gracious Most Merciful




Semoga Allah mencucuri rahmat ke atas Halimah bt. Ibrahim

Ibu kepada abahku yang telah kembali ke rahmatullah pada

1 Oktober 2010







Ma'as salam ayhal ikhwatul ahbab....

Hopeful








. . . . . . . . . . . . . .





Welcome Ramadhan

In the name of Allah Most Gracious Most Merciful



aku sedang bercuti

In the name of Allah Most Gracious Most Merciful



-CUTI-




sape tau tmpt ni kat mane....jenjalan ngn bini best nih..!! hua10x..



Kini bercuti......jadi blog ni pon ikut aku cuti.....






~ma'as salam ayhal ikhwatul ahbab~

Final World Cup, Antara Realiti dan Fantasi

In the name of Allah Most Gracious Most Merciful


Cee........tajuk x mau kalah........konon cam penulis soghathabaq(newspaper) wat tajuk bg org nk beli 5...!


Malam ni painel(beghoken).....spain lawan belanda....


aku sokong mana..??

lantak la sapa pon menang......janji main canteekk...


setiap peminat bola mesti ada pasukan yg dia minat gila bewak atas beberapa faktor....pengalaman aku meneliti sambil membuat analisis bagaimana cara kaum wanita membandingkan kehebatan sesuatu pasukan berbanding kaum lelaki adalah seperti berikut:




-Women Conversation-

Girl 1 : Aku sokong Belanda...sebab ada Van Persie....heee...henncemmm(sambil tongkat dagu mngharap dpt kawen dgnnya)

Girl 2 : Eleh......Spain lagi best...Fabregas tu laaaaaaaagii machoo tauu....bilik aku da x nampak cat da....sumee pic dy je aku ltak.....ngeh3x.....cute....syukeee....(sambil peluk bantal hingga benang sarung bantal tertetas)

Girl 1: Taak.......Van Persie lagi cute...Spain wat pe.......da la bet dy rambut cam sarang lipas....silap2 semut masuk dy pon ckp "Inilah amazon paling ganasss......kah100x" ujar beliau merujuk kpd Puyol.... :P

Girl 2 : Heeiiii........(majuk lari dapor masak megi makan sensorang)




-Men Conversation-

Jiman: Sembang byk xde......Spain...player tengah dy..~ PeeHH....~ terbaik dr ladang maa.....Robben tu aku hantar Puyol je...abih ngeeto(menggeletar) smueee!

Abu: Belanda final kang taktikal da tuka la....xnak tunjuk lagi...





p/s: kidding......dont be touching2 na....



....................................................................................



Aku cuma nak gtau sonok2 gak.....tapi jgn jadi bodo la dok pcaya bulat2 Paul Nujum tu....kalo sotong tu leh cakap..kompom

"Hahahaha...sbb aku ada share ngn syarikat judi satu dunia ja aku dok tahan tebai muka wat keja bodo ni.......janji duiit masyuuk.....ngeh2x"
(sambil sembur dakwat pen yg dibeli di kedai alatulis Ah Chong)



Oppps......harap2 laa negara 1Malaysia aku ni x terlibat....... :(





LOL!!



Bye....ma'as salam ayhal ikhwatul ahbab...

Bahasa

In the name of Allah Most Gracious Most Merciful




". . . . . . . . . . . . . . . . . . . . ."





kadang kala titik-titik pun memiliki bahasanya tersendiri

to Allah you should turn







AMARAN: ni tahap dewa punya sastera....kalo x mau palahotak tebalik 270 darjah pada tahap 121 celcius satu suhu yg mampu mnghapuskan tikus2 yg berleluasa di umah aku...JGN PIKIAQ

flying without wing

In the name of Allah Most Gracious Most Merciful






I say a biggest prayer to Allah

to gather us in ukhwah

hope to see once again

may we all be forgiven




ma'as salam ayhal ikhwatul ahbab

DSLR sorang sebijik??!!

In the name of Allah Most Gracious Most Merciful



Sebagai respon kepada deena farhana yang merupakan pemegang amanah saham bank tunggang langgang.......eehhh!! pemegang blog farraoshin....


Mansurah, 6 Julai 2010 - Dakwaan beliau bahawasanya saya akan menghadiahkan setiap seorang DSLR bagi mereka yang mengunjungi laman ternyata tepat sekali. Walaubagaimanapun kedapatan di sana terma dan syarat yang wajib diikuti iaitu adalah seperti berikut:

  • mai umah aku bawak gula skampit, minyak sekilo da la...beghaih(beras) 5 pot
  • sediakan 4 guni hati nyamuk betina yg masih belum baligh, secawan airmata baby yg cry sebab umi dy lambat wat susu utknya
  • nyanyi lagu Negaraku depan aku sambil wat muka semangat patriotik
  • tiup lampu kalimantan yg berada di siling dapur aku sampai padam
  • duk umah aku toksah dok segan...wat cam umah sendiri...that means aku x rajin nak jamu....layan diri...
  • jumpa mak abah aku peluk dan cium mereka sepertimana ibubapa kandung sendiri (ceeeee.......sopan je syarat yg ni....)


Setelah semua syarat itu sempurna dipatuhi, maka wajarlah anda yang bertuah memperolehi sebiji DSLR beserta setangkai bateri model AA. Bagi mereka yang berjaya meenarik perhatian yang lebih akan mendapat saguhati berupa jam tangan RM(rahsia) yang berselerak terjual di pasar malam berhampiran rumah saya.

Sebelum menggunakan kamera tersebut, jangan lupa memulakannya dengan kalimah tasmiah yang suci lagi murni (heeee...dy da mula ceramah da...jom blah!! ) agar setiap gambar yang ditangkap menimbulkan rasa agungnya Maha Cantik kerana indahnya flora dan fara fauzana....ehh!! fauna..Murnikan niat kalian agar tidak menyombongkan diri walaupun memiliki gajet yang canggih ini sedang rakan yang lain hanya mampu menangkap gambar dengan meminjam kamera atok mereka walaupun atok mereka berkeras merajuk tidak mahu memberi.

"Saya telah pun memiliki sejibik kamera ini....dan berpuas hati denga pemberiannya...dari itu memang saya tanpa segan silu apatah lagi shy-shy catwomen untuk mengesyorkan mereka yang berada di luar sana agar mencuba nasib walaupun diketahui dan sedar diri memang selalu tak bernasib kerana dunia ini bukan hanya sekadar nasib....usaha yang gigih bla bla bla bla bla......(aku cut sbb suh dy komen je...last2 ceramah lak)" ujar deena farhana yang merupakan salah seorang blogger yang berjaya mendapatkan hajatnya. -sumber berita tak bernama

seeking for energy

In the name of Allah Most Gracious Most Merciful






time after time

day after day

time pass away

its not easy to be a servant of Allah



sometime i just can do it

but for awhile and it was gone



feeling lost everything

and really need something

but dont know what it is



Allah

may i asking You for something

let me feel

YOUR LOVE
.
.
.
.
before you take my breath away





hopefully









-BLANK-

Lena Abadi

In the name of Allah Most Gracious Most Merciful



tearing was apart of my life
i'm sick

sorry for everything


i'm nothing
my doa still on happiness for all :)


continue?? will i...50/50


lot of thanks for coming to my ciput blog....did you know ciput.....means bosan gila+nk hentak dahi kat bucu bangku :P

heeee..

:)




ismihairil loving all of you
may allah gather us in janna with mercy SWT



Allah......please accept my everything..


ma'as salam ayhal ikhwatul ahbab




~LOST MY WORD~

Happy Fathers Day

In the name of Allah Most Gracious Most Merciful



Abdul Rahim bin Said...

Seorang ketua keluarga yang sederhana lagaknya.....tiada banyak bicara.....namun penuh makna....diam baginya itulah bahasa.......keunikan yang aku kagumi....


pendiamnya itulah muzik bualanku
raut wajah tanpa rasa itulah senyumannya yang manis bagiku


Saat yang takkan ku lupakan ketika melihat butiran jernih keluar dari kelopak matanya apakala ku memeluk serta mencium dahi dan pipinya sebelum berangkat jauh ke perantauan...
Hairil takkan lupa abah selama-lamanya.....
Doa abah yang tiada batasan menghala tuju Ilahi Hairil harapkan....



Ya Allah....
sayangi abahku....
luaskan pintu rezekinya.....
ampunkan segala dosanya...
terimalah dia seadanya...
kabulkan segala hajatnya...










Biarpun karektor kita berbeza.......

you are my father.....the best and greatest father for me :)


Hairil akan hadiahkan abah seorang menantu yang sweetest......heee




Ma'as salam ayhal ikhwatul ahbab.....

Kembali

In the name of Allah Most Gracious Most Merciful


Wahai Tuhan yang Maha Pemurah
Terangilahku dengan Nur Iman-Mu
Hanya Engkau tempat aku berserah
Mohon maghfirah di dalam syahdu

Wahai Tuhan yang Maha Pengasih
Ampunilah segala dosaku
Laksana buih di laut memutih
Hanyut ditelan gelombang nafsu

Hari-hari yang telah aku lalui
Ingin kutinggalkan terus bersemadi

Ingin aku kembali kepada fitrah insani
Tak sanggupku jelajahi rimba duniawi
Bebaskanlah diriku dari dibelenggu
Dosa noda nafsu durjana

Terimalah taubatku Ya Allah
Pimpinlah daku ke jalan redha-Mu
Moga sinar-Mu terangi hidupku
Di dalam kegelapan

Akukan kembali pada-Mu Rabbi
Mengadap-Mu Ya Rabbul Izzati
Segala ketentuanku pasrahkan
Di hujung penghayatan


FarEas - Kembali

.............................................................................................


Lagu ni sayu.........tenang.....penuh makna.....ramai org tau lagu ni....jd bkn isu apa2 pon...saje je aku nak post gak....ngade2 tuk publisiti murahan ...haha

dah...serius...


Aku doakan pembuat lagu ni...penyanyinya serta siapa saja yang terlibat membikinnya...


Ya Allah...
Mohon agar kau rahmati mereka semua ini
Penuh jasa dan berbudi
Memberi peringatan penuh seni


Ok...ma'as salam ayhal ikhwatul ahbab ^_^

tepon pakai blog

In the name of Allah Most Gracious Most Merciful



Aku ada simkad maxis, eitisalat, dan vodafone
selama aku hidup ni la...








Tapi kali ni aku ada simkad blog......wahaha....best2!!






Mekasih........~ alang2 bagi henset skali pa....hahaha...


apapun

sangat menarik dan kreatif



skali lagi mekaseh banyak naa wat ceq...... bebesaq hati sungguh terima....



ma'as salam ^_^

baby hatch

In the name of Allah Most Gracious Most Merciful



Let see the babies below.......

aaaaaaaaa....comeii gila....aku rasa nak 'sepak2' semua ni...heee :P

huh~

















































comeiikan.... :D sapa kata x dy mngalami masalah kornea tahap dewa...

but what we saw today........sadly... :(










































Sebagai respon kpd entri membe aku kimi , aku jua setuju apa yg dikatakannya.....


beletiaaq panjang pon malaiih.......








beruk pon jaga elok ja anak2 dia......







Ok.....ma'as salam ayhal ikhwatul ahbab ^_^