melawat anak menakanku.. :)

In the name of Allah Most Gracious Most Merciful

Sebelum nak sampai ke Hospital Besaaaq Pulau Pinang ni.....ya allah......spoil betoii la aku...bole plak sesat sejammm dalam pulau tu...moral of the case...beli henset ada GPS nnt yee (waiting for my birthday,hehe) :P bukan pa..da lama x pi penang....

sampai saja di sana, terus menelepon abg...lalu aku beserta father mother pun ke wad kanak2 yang menempatkan nur alieya danisha @ icha...

keadaannya agak hiba dan sebak....tubuh kecil macam tu telah diuji oleh Allah merasa kesakitan....paras denyutan jantungnya mencecah 250 per/minit, sedangkan paras normal adalah 140. Masa tu dia tengah tidoq....kelihatan dadanya berombak kerana jantungnya tengah laju mengepam darah..



mak aku(tudung hitam) dan kak ina serta icha yg tidur


yang berdiri tu abang aku..icha's father



masa ni anak menakan aku ni kena duk wad kanak2 dulu....pasai doktor pakar jantung tu tak sampai lagi....eoknya baru sampai sebab dia dok ada kat KL....ishhh garu kepala gak la aku masa tu...bole plak delay kes2 kritikal camni..... T_T





masuk dalam wad ni...aduhai...sayu hati....ada baby tu dalam setahun kot...da mengidap kencing manis....siaaannyaa...commmmmmmeeeeei commmeeii blakee...







Allahu asy syafii...wa hua yashfi....



umi icha yang tengah sedih dan letih




kasih ibu membawa ke syurga :)






icha ni banyak mulut sungguh....mulut cam orang tuaa...diceritakan dengan riwayat yang sahih dari uminya....tengah dok sakit2 ni pun....dia pi korek idung...pastu panggil ayah dia sambil menunjukkan hasil 'bijih timah' yang bernilai itu kepada fathernya lalu berkata
"ayahhh, buang saat" huahuahua...guling2 dengaaqq....abang aku dengan muka lawak plus sedih pi laaa gagah kutip hasil 'lombong' itu dan membuangnya ke luar tingkap yang bersebelahan dengan katil.

sesudah itu panggil plak umi dia "umii...garu ketiak sat" hahaha...garuuu la kak ipaq aku ni dengan penuh keibuan....

harini pakar jantung tersebut telah pun sampai...dia pun da check dan wat pemeriksaan serta rawatan...laporan kini alieya danisha telah stabil...paras denyutan jantungnya telah normal...cuma bengkak di jantung itu masih ada..perlukan rawatan step by step lagi....

punca i dont knoww...

insya allah tiada pembedahan diperlukan....


isi peruuuuut bersama ayah bonda di kedai maaaamaaakkk



ma'as salam ayhal ikhwatul ahbab ^_^

hudud bagi anda macam gula-gula

In the name of Allah Most Gracious Most Merciful

"Undang-Undang hudud, tidak akan dilaksanakan di Malaysia ini tetapi kita terima ini adalah undang-undang Tuhan dan sebagai sebuah parti yang terdiri daripada orang Islam, kita terima hakikat ini tetapi jika ia hendak dilaksanakan ia mesti berpaksikan kepada realiti."

Sumber dari MalaysiaKini

Waauuu...

kalo hempa baca mesti huraian kefahaman dia lagu ni la kan;

"Undang-Undang hudud, tidak akan dilaksanakan di Malaysia ini..
-jadi jawapan dari Prime Minister kita ni adalah HUDUD is NOT ALLOW into our country.neverrrrr

"tetapi kita terima ini adalah undang-undang Tuhan..
-alhamdulillah...doktrin pada agama tauhid Allah masih kukuh.ameeeen

''dan sebagai sebuah parti yang terdiri daripada orang Islam, kita terima hakikat ini..
-ya...sesuai dengan makna tauhid iaitu membenarkan dengan hati dan dibuktikan dengan perlakuan

"..tetapi jika ia hendak dilaksanakan ia mesti berpaksikan kepada realiti."
-whaaatt?? macam pending skit ayat ni...nampaknya negara 1Malaysia yang dikatakan daulah islamiyah ini masih lagi perlu dikaji tahap keyakinan rakyatnya pada sistem perundangan islam.

syariat berpaksikan realiti atau realiti berpaksikan syariat?

beraaaaaat demo ni....terbaaalik suda

Hudud adalah hukum dari Allah yang diturunkanNya menerusi pembawaan Baginda SAW kepada seluruh umat. Hukum ini boleh menyelamatkan sebuah negara dari berlaku:

zina...lembut skit seks bebas

arak...lembut skit minuman kerasss

bunuh....

mencuri....tapi bak kata seorang pemuka Islam wanita kita kata
"...potong tangan kanan, pastu kiri, curi lagi potong kaki, pastu xtau nak potong paa daahh...orang bagi la dia kerja..."

peehhhh..pehh dan peehhhh

xmau cerita panjang lebaaq sangat la bab hudud ni....bab ni da hempaih pulaaaih da ustat2 kat masjid dok tung tang tung tanggg, kalau hempa pi masjid laaa :P

pi sekolah...kat sekolah pun ada mengaji bab ni....pendek kata...tanyala paklong mana2 satu pun suma pakat tau apa itu hudud. Perundangan hudud Allah ini diturunkan kepada Nabi SAW sebagai syariat yang wajib diguna oleh umat Islam.

tapi kenyataan yang dikeluarkan oleh depa ni umpama apa hempa tau?? macam dok sembang ngan Allah lagu ni "alaaa Allah....bukan kami xmau buat...tapi lecee laaa...gheenyaaahh(byk kerja)...agama lain dok hingaq nanti camna....REALITI skg tak bole laa nak watt...nnt nak cari makan paaayahh"

jadi realiti yang aku dok paham di sini adalah Malaysia berbilang bangsa dan agama,

[questions]

-nak tunggu REALITI tu terhapus baru bolehkahhh
-bila REALITI tu akan jadi fantasiiii
-apakah berbeza realiti disisi kamu dengan disisi Allah?
-Allah yang menciptakan REALITI itu...apakah kamu mahu berdalih dengan menjadikan itu alasan dan penghalang paling besaaaaaaarrr

yaa.....memang betooii nak laksanakan hudud ni bukan senang..perlukan kepakaran dari jentera kibaaarul ulama' sebagai rujukan agar tak bersalahan dengan landasan...

bukan macam wat cucoq benda ni....bancuh tepung...panaih minyak...gentel2 lempaaq buh kuali....
ia memerlukan perancangan yang teliti....apatah lagi rakyat malaysia ni macam2 jenis tahap pemikiran....baru satu perkataan yang bernama HUDUD saja da timbuuii ????? kat kepalaaa.

bukan nak kata "ala.......hang toksah duk hingaq la sangat....try duk atas tengok..." xpala hingaq skit kat dunia ni...nanti depan Allah jangan dok hingaaq "tolonggg...kalo bg kami hidup balik kami paaastii wat betui2, kami da yakin daaa!" gudbyeee la waktu tu....

pemimpin kalo ADIL, teguh dengan syariat Allah...kemuliaannya melebihi para ulama....seorang khalifah yang agung, disiplin dengan ilmu, syariat Allah.....ribuan para ulama masih lagi belum dapat menyamai kemuliaan dia yang seorang...sebab dia menjaga maslahat rakyat dari segi pendidikan...kebajikan.....kemasyarakatan...memudahkan urusan rakyat dalam beribadah dan menuntut ilmu, apalagi kalau seorang khalifah itu juga adalah seorang ulama at the same time.

Allah angkat pemimpin macam ni sangat agung...tapi kalo sebaliknya.....tunggulah kecelakaan bakal tiba.

Sepatutnya jawapan dari mulut pemimpin Islam yang mentadbir negara 'islam' adalah;

kita akan laksanakan perundangan hudud ini kerana ia adalah salah satu cabang dalam sistem pentadbiran dan perundangan islam. namun perlukan peringkat demi peringkat tatacara perlaksanaan dengan memberikan penjelasan dan keyakinan kepada rakyat sistem islam adalah totally selamat, memajukan umat islam dalam masa yang sama menjamin hak non muslim.

bukannya kata tak akan dilaksanakan...word tu sama dengan menolak hudud.

tungggg taaaang tunnggg taaanngg sudaaaa

akhir kalam...semoga Allah memberikan keampunan dan hidayah buat para pimpinan islam yg menguasai tampuk pemerintahan ini.....semoga kami rakyat yang tak serba daya ini mendapat manfaat cahaya Allah melalui kamu wahai para pimpinanku...


Maas salamm ayhal ikhwatul ahbab ^_^

Epi Bessdei to icaa

In the name of Allah Most Gracious Most Merciful


Hari ini genaplah 2 tahun umur Nur Alieya Danisya bt Muhammad Afiez...sekarang dak tecik ni ada kat wad KPJ Bandar Perda kerana mengalami masalah kesihatan yang agak kurang baik....badan dan mukanya membengkak....


seorang kanak2 perempuan yang talkactive..lebih mulut dari tangan kaki...haha :P

tak suka makan ubat....anti gila dia dengan hospital..kih3x

suka berkongsi makanan...bagi org makan...tapi barang mainan 'dont touchh it!' :P


sakit2 pun senyummmmm~


Ica......Allah memuliakanmu dengan kehidupan yang lahir sebagai muslimah...kamu kelak akan menjadi seorang yang sangat mencintai Baginda SAW...mencintainya menjadikan kamu anak yang mentaati dan melakukan kebaikan kepada kedua ibubapa...

Wakafkan jiwa ragamu untuk agama.....kamu akan menjadi kebanggaan umi dan ayah kala mereka berada di hadapan Rob Izzah...

Semoga Allah As-Syaafii menyembuhkanmu :)

Paksu doakan ica kembali sembuh dan sihat sedia kala seperti kanak2 yang lain...ameeen~

Lau Kana Bainana

In the name of Allah Most Gracious Most Merciful



Nama lagu ni 'Lau Kana Bainana'

yang membawa maksud andai Nabi bersama kita....lirik lagu ni sangat menyentuh....diikuti dengan gubahan rentak yang sayu....penuh pengharapan.... kalau dipejam mata sambil hayati biat-bait lagu ni pasti mengalirkan air mata sesiapa saja yang cintakan Nabi SAW...



wajib bagi kita yang muslim ini untuk mencintai Nabi SAW...sesuai dengan firman Allah;
"Jika kalian mencitai Allah, maka ikutlah aku..." -ali imran, 31

Realiti kita ni masih kurang dan amat jauh mencintai Nabi...pasai pa.....bukti cinta ni mesti kita ikut apa Nabi cakap kan....cam kita la cinta kat bini.......

"bang....tetibe plak yang ngidam jalan2 zoo..."

"yeke yang...JOMMM"

xdak cakap banyak da.....capai kunci keta truih stat keta ja... :P


kalaulah begitu...maka adalah lbih lagi kita begitu terhadap insan paling mulia ni....cinta suami isteri akan lebih hebat kalu si suami mencintai Nabi melebihi isterinya....dan membantu, mendidik isterinya turut bersama mencinta Baginda SAW....isteri juga pasti rasa sangat bahagia bila hatinya rasa cinta yang meninggi terhadap Habibillah alaih solatu wassalam ini lantaran melihat suami yang mencintainya kerana Allah dan Rasul...lantas keterikatan cinta antara suami isteri ini utuh dan teguh kerana diikat pada paksi cinta Allah dan Rasul...(amboihhh..bkn men hg no besyarah) :P

Tuan-tuan.....mai kita bersama hidupkan hati kita ini dengan mencintai Baginda SAW....kerana rasa itu saja yang dapat melumpuhkan sifat cintakan dunia dan takutkan mati dalam hati kita....

Ya..benar tuan-tuan.....mencintai bukan takat sebut ja....buktikan dengan melaksanakan perintah dan meninggalkan larangan Allah....


Ada kisah yang sangat menarik yang berlaku di kalangan Bani Israel ketika zaman Nabi Musa Alaihissalam...kisah ni pasai seorang pemaksiat yang sangat cintakan Nabi...

Maaf ya...aku nukilkan cerita ini dari Us Hairul Nizam ketika kelas pengajian bersamanya...aku pun x sempat wat salinan secara elektronik atau bertulis...jadi mungkin tak berapa ditil...tapi mafhum cerita begini ya....

Tapi memang lepas aku dengar kisah tu...ya Allah..........~ jatuh air mata ni pun x seda...demi Allah Rob Kaabah....patutla para sahabat sanggup korbankan 100% sampai xdak apa da pun pada diri depa....yang penting Allah dan Rasul....

Satu ketika dahulu ada seorang dari bani israel ni...perangai dia cuuuuuuuukup jahat...habaq jaaaa apa yang tak jahaaat...merompak..mencuri....menyamun...merogol....balai polis ngan dia ni da macam membe da :P tapi dulu mana ada police station...apa lagi FRU...bomba...BPR....SPR :P

Sampai satu kaum mengutuk dia...maki hamun....benci gila2...tapi tu la si penjahat ni...selama hidup beratus tahun (umat nabi dulu hidup lama) xdak sebesaaq kuman pun kebaikan yang dia buat...

Hingga la saat ajalnya...lalu dia pun mati....pergi bertemu Allahu yuhyi wa yumit(mghidup dan mematikan) tapi.....punya la benciii orang kampung kat dia....sampai mayat dia depa buang dalam longgok sampah ja....aduhai......terokkk sangat tu.....kalo ya pun benci.....

Hal ini diketahui oleh Nabi Musa...lalu Allah SWT memerintahkan Musa Alaihissalam untuk menyempurnakan jenazahnya balik dengan cara baik kerana Allah telah menghapuskan SEGALA DOSAnya yang sejak beratus tahun dulu!!

Nabi Musa AS pun bertanyakan kepada Allah kenapa sedangkan dia adalah ahli maksiat.

Lalu Allah pun menjelaskan kepada Musa AS...lelaki itu adalah seorang pemaksiat...namun ada satu amalan yang dia tak pernah tinggal...dan kerana amalan itu Allah ampunkan segala dosanya...

..iaitu dia suka membaca Taurat....setiap kali dia membaca apabila bertemu ayat yang bertulis Muhammad....dia akan kucup cium perkataan itu dan letakkan di dahinya...dan dia merasa sangat rindu untuk bertemu dengan Baginda SAW bila mana kitab itu menceritakan tentang kedatangan insan kamil ini di akhir zaman nanti..

Allahu robbi.....kalian.....amalan mencintai Nabi SAW ni hebat ya......bukan satu benda yang remeh temeh......

Apa lagi kita ni hidup sebagai umat Nabi SAW....

kelebihan kita:

-diberikan pahala walaupun kebaikan sekadar niat...pastu berganda bila buat...
-kalo niat jahat x ditulis lagi..melainkan setelah buat...itupun dengan catatan satu kejahatan..
-umat dulu ibadah boleh di dalam masjid sahaja atau rumah2 ibadat...sedang kita dijadikan bumi ini mana-mana saja pun bole asal bersih.
-umat dahulu bala direct terus dari Allah bagi mereka yang ingkar...kita x...azab akhirat nanti...selagi x kiamat...selagi tu pintu taubat luaaaaaaaaassss
-ishh....banyakkk lagi laa....hempa senarai la sniri.....kalo tulih ni memang berjela...

antara cara2 simple nk hidupkan hati dengan cinta SAW:
-banyakkan selawat


akhir kalam....marilah sama-sama kita hidupkan hati kita mencintai Baginda SAW dengan melakukan segaaaaaalan sunnahnya yang mulia sedaya yang termampu....

semoga kita semua dapat meminum air telaga kausar dari tangan mulia SAW...

berbahagialah kita kerana kita UMMAT NABI MUHAMMAD SAW~



maas salam...ayhal ikhwatul ahbab... ^_^

Selamat Hari Raya


Selamat Hari Raya

Maaf Zahir & Batin