mekar dalam derita

In the name of Allah Most Gracious Most Merciful




Bunga..
Kenapa ia cantik...?
Kerana ingin ia khabarkan bahawa yang menciptanya Maha Cantik

Namun..
Ia tidaklah mekar sebagaimana pandangan dunia
Kerana berada di dalam pasu yang luarnya sinar dalamnya sirna

Moga suatu ketika..
Ia peroleh pasu yang selesa
Yang mampu untuknya mendapatkan cahaya mentari

Cantiknya...
Bukan untuk ditatapi semata
Agar sedari di sisiNya kita hina


......................................................


Kini...
Ia telah pun temui pasu yang diidaminya
Yang dapat membuatkannya perolehi cahaya bahagia
Setelah tabah mengharungi hujan derita

Namun....
Terbatas di persimpangan dilema
Antara ketaatan dan cinta

Dihimpit dengan desakan...
paksaan....

Ya Allah....
Bunga ini pernah mengharumkan laman ayahanda dan bonda
Bunga ini telah mewangikan hati teman-temannya

Hanya semata untuk peroleh pasu cintanya
Seiring dengan kasih sayang redhaMu

Kabulkanlah hasratnya Wahai Yang Maha Kasih

0 Comments: