Surat Hati Untuk Ilahi

In the name of Allah Most Gracious Most Merciful


Allah..

Demi diriku dalam genggamanMu

Aku tiada daya melainkan Kau Maha Berkuasa

Leraikan duniawi yang mendiami di hati

Lindungi ia dari membunga kala dipuji

Dan dari amarah kala dikeji

Tenangkan ia dengan cinta

Yang darinya ku makin cintaiMu

Himpunkan hati ini dengan para hati yang mencintaiMu


Alhamdulillah

In the name of Allah Most Gracious Most Merciful






Alhamdulillah
Opick ft. Amanda

Intro: G D C G Em D G
G D C G Em D C

G D G
Bersujud kepada Allah
G D G
Bersyukur sepanjang waktu

C D G Em
Setiap nafasmu, seluruh hidupmu
Am B Em
Semoga diberkahi Allah

G D G
Bersabar taat pada Allah
G D G
Menjaga keikhlasannya
C D G Em
Semoga dirimu, semoga langkahmu
Am B Em
Diiringi oleh rahmatNya
C D G Em
Setiap nafasmu, seluruh hidupmu
Am B Em
Semoga diberkahi Allah

G D C G
Alhamdulillah wasyukurilah
Em D G
Besyukur padamu ya Allah
G D C G
Kau jadikan kami saudara
Em D C
Indah dalam kebersamaan

[interlude] Am G Am G Am Em D C

G D G
Bersujud kepada Allah
G D G
Bersyukur sepanjang waktu
C D G Em
Setiap nafasmu, seluruh hidupmu
Am B Em
Semoga diberkahi Allah
C D G Em
Semoga dirimu semoga langkahmu
Am B Em
Diiringi oleh rahmatnya

A E D A
Alhamdulillah wasyukurilah
F#m E A
Besyukur padamu ya Allah
A E D A
Kau jadikan kami saudara
F#m E A
Indah dalam kebersamaan

A E D A
Alhamdulillah wasyukurilah
F#m E A
Besyukur padamu ya Allah
A E D A
Kau jadikan kami saudara
F#m E A
Hilanglah semua perbedaan

A E D A
Alhamdulillah wasyukurilah
F#m E D
Bersyukur padamu ya Allah

G D C
Bersujud kepada Allah
Em D G
Bersyukur sepanjang waktu

Rahmat Allah mengatasi kebimbangan kita

In the name of Allah Most Gracious Most Merciful




Sami Yusuf
No Words is Worthy

"(Iaitu) orang-orang yang beriman dan tenang hati mereka dengan zikrullah. Ketahuilah dengan zikrullah itu, tenanglah hati manusia."

[ar Ra'd - ayat 28]


Gembira untuk kongsikannya bersama kalian. :)



Ma'as salam ayhal ikhwatul ahbab

emneya contest giveaway

In the name of Allah Most Gracious Most Merciful


Alkisah.....~

1) Beta telah memfollowkan diri beta pada blog ni sejak 7 purnama yang lalu. Beta tak pasti beta yang ke berapa, sebentar ya..

"Dayang!"

"Ye ampun tuanku"

"Beta org ke berapa agak2 ya dalam pena farhana???"

"Ishh...patik pun tak ingat..tapi yang penting tuanku bkn top ten laaaaa"

"Cissss....melepasss....apa nickname betaa?!!"

"hairil tuanku..."

2) "Hulubalang! Da link blom blog tu?!!" "Da tuanku........"

3) Pada firasat beta semua entri tu beta da komen, nyatakan pada beta manaaaa lagi yg x komen....jika tiada beta sanggup turun takhta sambil x pakai baju kini juga! :P

4) Terang lagi bersuluh atas tu haaaa...aku dah tempek daaaa....gam UHU lagi! Tak menang lagi xtau laaaaa :P

5) Adoiii...nak kena suh org komen byk2 entri akuu?? Hat ni macam susah skit laaaa....blog aku ni slalu org bunian ja yang mai...pastu kalo depa drop komen mmg x nmpakkk.....muahahaha

6) Soalan: Buat karangan ringkas dan kreatif tentang Pena Farhana dan Emneya (saya akan ambil kira gaya bahasa dan cara pengolahan entri)

Type pakai kaki je ni.......(blagak sungguh beta)

:)

Alkisah......

Pena Farhana merupakan seorang novelis maya yang memiliki bakat dalam bidang penulisan dan mewarna(saje tambah :P) Ini jelas bagi sesiapa yang sudah menuruti kisah Emneya hasil lakaran wacana minda beliau. Membacanya seakan kita berada di alam karyanya hingga terasa diri ini turut berwatak dalam kisah tersebut.

Emneya memaparkan kisah perjalanan hidup seorang wanita yang awal hidupnya hinggalah dewasa sering dibelenggu kesedihan. Namun, kecekalan hati wanitanya memadamkan segala api keresahan. Kini beliau telah pun memiliki pelengkap hidupnya yang menjadi sandaran suka dan duka. Tapi lain pula halnya apabila kebahgiaan ini dirobek sedikit demi sedikit oleh ibu mertuanya yang aku rasa elok tauk je dalam kandang kambing....suh kambing2 tu tampar dia laju2....grrrrRR!

Kisah hiba ini telah memukau ribuan mata pembaca untuk terus menanti episod yang seterusnya dek kerana kekurangan ajaran datin tu semakin menjadi-jadi terhadap emneya yang tak pernah sekalipun berlaku dendam terhadap mom inlaw nya.....peeehhh....power la cerite ni....pandai pena farhana buat (bodek nk menang!!)

Tapi tak cukup best la aku cite sini banyak2...nak tau gi la seniri kat pena farhana ni....xyah bayar pun nak bace....free.....membaca adalah amalan yang sihat :D

"Dato Bendahara, sila bacakan nama2 yg terpilih dari rakyat beta untuk ditag"

"ADALAH DENGAN INI, PATIK MENYIMPAN MOHOR BESAR MENGISYTIHARKAN RAKYAT2 YANG DIDAHULUKAN PENCAPAIAN DIUTAMAKAN....mereka ialah:

1) cemomoi
2)lokman
3)nurul farid
4)humblehayati
5)melatidaisy


promote suda.....link suda....komen suda.....adiah je blom..............heeeeee

OK....selamat maju jaya wat pena farhana...aku sebenarnye tgh kering duit ni.....ape kate letakkan je aku sbg juara menunggu...muahahaha..

Setelah kian menatap penulisan saudari novelis ini....ku rasakan jemari yang naif menulis seakan mampu menari..

Sekian, wassalam.

zikrayat minhu

In the name of Allah Most Gracious Most Merciful



Kenangan terakam indah di maya bersama tuan cemomoi

:)

fillah ma'ak ya akhi muhtaram

spoil matter that i did..AMPUN!!

Kisah 1
Satu petang aku makan bersama 'ehem2'..heee..nasi goreng kampung sepinggan kongsi, dan jus oyen(niece aku pnye broken) segelas...punye la makan sambil berbual hal isu semasa, globalisasi, teknologi, biologi, arkeologi, logi...dan kami pun kenyang, lalu dengan senyuman semanis Orlando Bloom..kami pun membuka langkah sejauh 20m dengan riang-ria menuju ke destinasi seterusnya sambil hati yang girang ni musnah kala terdengar suare merdu memanggil...
"Eeiii.......adikk.....tak bayar lagi ni..........~~ !!"

EErrrk! Menjerit kak tu panggil hinggakan merpati yang punye ramai pun terbang..pehhh! Aku takde hal ngan merpati tu....lantak dia la nak mati terkejut stroke pon...masalahnye ribuan pasang mata memandang bagaikan aku ni memang pencuri yang dicari-cari selama ini.huuuh!


Kisah 2
Tika aku darjah 1, mase tu English Class, hari Rabu...aku dengan semangat yang berkobar nak blaja subjek ni dengan harapan besaq nanti aku pandai cakap omputih.. aku pun capai pensil dan mule tulis day and date kat atas skali dalam buku tulis tu... oleh kerana terlampau semangat, aku mengambil masa yang agak lama pasai aku tulis dengan berhati-hati agar pronounciation aku betoi dan mendapat pujian teacher aku nanti :P

Tibe-tibe PAAAAANNNGGGGGG!!! Telapak tangan wanita terasa 'enak' bertenggek kat muke aku... "Nape tulis camni??!! Padam balik!!!!" Takkan la kerana aku tulis wednesday camni pun nak kene slap.... pastu teacher suh padam dan tulis lain macam yang aku tulis sblom ni... maka jadilah begini.
Teacher.......tulisan sy burukkkk......nak ubah bagi lawa pon salah.....what a lonely and sadly
Aku pasrah :(


Kisah 3
Darjah 1, kelas muzik... kami semua kene susun bangku rapat2 dan mengadap cikgu sebelum dia suh nyanyi lagu "Jambatan Tamparuli"... depan aku ade budak tetoot(ketot), aku ni memang tetoot da...dia 1000x ganda teciik lagi dari aku(jahat gilee aku) Pastu entah macam mana membe sbelah aku ni bertanduk suh aku ludah kpale dia...

ye la.....kpale dia bawah dagu aku je...senang bebeno nak sekeh :P aku pun dengan bengong+jahil pi ludah kpale dia... bukan main girang rakan taulan aku melihat perbuatan mazmumah ni...aku makin semangat mendapat sorakan halus dari mereka dan terus 'tuuuuiiihhh' dan 'tuuihh' dan 'tuiihhh' dan 'tuuuiihhhh' lagi sampai belumur 'air barokah' aku atas kpale dia... yang aku pelik pasai pa dia tak sedaq kpala dia dah bersalut :P

Rupenye dia sedar je sebab esoknye mak dia datang nak tampar laju2 sape yang telah wat onar dengan anak dia... pehhh..setangah jam aku nyorok blakang pintu kelas, gilee...dengan berhabukk...lipas...semut apiii terpaksa aku harungi demi menyelamatkan diri yang memang jelas dan terang bersalah. Akhirnya mak beliau akur dan berlalu pergi sebab tak jumpe aku :P


Kisah 4
Mase skolah menengah...kem bahasa inggeris.. pendek crite group aku da melanggar undang2 dan enakmen yang termaktub dalam perlembagaan kem tersebut. Maka malam tu kami di panggil ke hadapan mengadap rakan taulan yang lain... punye la marah teacher mase tu.... bese la..budak laki ni memang 'rajin' kalo suh wat keje :P

Berleter punye leter.....then she says "yang pompuan semue....! orang macam ni ke kamu nak wat suami??!"

EErrrkk!

Lantas mereka yang kaum hawa/warga bertudung/kromosom XX/daughters dengan penuh ayu menjawab..... "xnaaaaaaaaaaaaaaak......~ " maka ketika itu dalam kpale aku mule membayangkan yang syarat pernikahan telah bertambah kepada SMART ENGLISH!!

aduhhh......kepada aweks aweks sekalianssss....haraps maklummsss...aku tak ghetiiss omputihhss

لكن اني استطيع ان اتكلم فى اللغة هذه

heeee..


Ya allah......moga semua orang-orang yang telah aku lukai dalam sedar atau tidak dengan lembut hati sudi memaafkan aku dan menerima kenaifan ini..

Teacher...!! Kalo sy tak pandai BI tapi bini sy pandai takpe ke........... ngeh3x :D

1432H


In the name of Allah Most Gracious Most Merciful






~HIJRAH~





the gunners


dont hate me just because im not as you want

ngeh3x

my lovely niece

In the name of Allah Most Gracious Most Merciful


Nur Alieya Danisha

Ayahnya Muhammad Afiez

Uminya NurAzlina Zakariah

Opahnya Azizan bt Abd Rahman

Tokwannya Abdul rahim

Paksunya....ehem!!









Allah
Jadikan dia anak yang solehah
Kilau permata umi dan ayah
Bunga mewangi di laman indah
Tiada batas doanya bermadah
Penawar bagi segala gundah
allahumma ameen

~miss you my dearest niece~

Ceeenyummm :)

In the name of Allah Most Gracious Most Merciful


Bersangka baik, sabar, tabah adalah antara elemen yang sangat sukar dipertahankan dalam hati berdasarkan tingkatan akhlak seseorang. Sering tumbuh perasaan agar darjat diri meningkat di sisi insani. Ironinya pasti tak akan konsisten apa jua yang ingin dilaksanakan.

Semua itu tak seindah prosa yang terbit dari bibir. Tak seringan lidah menutur berbanding tulang yang membanting segala jerih, hati jua yang menakung titisan perih. Hanya mereka yang sangat telus dalam perjuangan hidup saja yang harungi semua ini dengan senyuman.

Cuba untuk senyumkan hati bila tercampak ke laman berduri... pujuk mata jangan benarkan setitis pun mengalir....(sigh~) is not easy to be a servant of Allah..thats the fact.


aloooohaii tomeiii anak2 umi


Ma'as salam ayhal ikhwatul ahbab~

mengejar penamat yang indah

In the name of Allah Most Gracious Most Merciful


Petang yang indah di sebuah sekolah rendah agama...waktu tu aku darjah dua.. Sorang pun tak mai lagi..betoi2 aku sorang ja..ishhh...awat depa ni da tak mau mengaji ka? da rasa diri tu pandai sangat?? aku pun heran anak-anak skarang ni.... cuba la isi hati tu dengan ilmu...baru cerah masa depan(kan da kena cramah) Tiba2 ada sorang paklong tukang sapu ni tegur "Hammbooii..rajin sgt smpai cuti pon x ingat??" Errkkk....!!

:P

Saaattt...!! jangan la close lagi.....tadi tu aku tipu ja.... nak ceghita la ni...tapi memang aku rajin pi awai pun.(kalo lambat siap sdia punggung dihujani libasan 'manja') hening suasana....sorang x mai lagi.. Aku pun dengan sifat yang rajin secara paksa terus membuka beg skolah dan keluarkan homework skolah akademik pagi tadi tuk aku sudahkan ia sementara menunggu kelas agama bermula... tengah khusyuk jawab soalan matematik Bab 3: tolak menolak, aku tersentak dengan sapaan tua..

"rajinnya....darjah brapa da ni...."

"tiga pakcik..." peeeehh...little bit sopan dengan harapan dia tolong tambah wang saku aku bagi cukup 2 hinggit, bleh pi kedai Mak Ton makan beehuun soup..heee

"tiga....mmM...blajaq rajin2 naa...baguih pakcik tengok.....besaq sok jadi orang berguna" melayang 2 second fikiran aku...huhhh! Segera beristighfar agar setan2 tidak terus mengaburiku dengan fatamorgana..(student harapan konon..ceeit) by the way..thanks a lot to pakcik kerana sudi menabur benih smangat ke tanah hatiku...Allah blessed you

Dan kini aku terpikir adakah aku sebagaimana pakcik tu gambarkan diriku berbelas tahun yang lalu... sebab skrang ni nak bukak buku pun liat...exam nak dekat...ngeeeee..semangat2x!! Awal hidup kita bukan penentu akhir nanti... tapi bukan bermakna aku suh duk diam tak melakukan sebarang perkara yang meningkatkan mutu diri, cuma selagi jantung ni tak berhenti..selagi tu kita perlu berhati-hati... agar akhir hayat kita berseri...ceeeee....smua last word letak 'i', nak bagi karangan dapat A kann~ haha..

Aku pernah berjumpa dengan seorang yang sangat merbahaya jalan hidupnya, penuh dengan jenayah..upah membunuh dan lain-lain adalah mata pencarian hidup. Takdir Allah kami bertemu..orangnya muda beberapa tahun dari aku, ringkas ceghita....Allah lebih menyayanginya, episod kami bersama tidak lama. Namun akhir hayatnya adalah lafaz Lailahaillah dengan sempurna. "Abang...bole tak ajar sy solat...? sy tringin nak solat...nk rase cmne berdoa.." itulah kata dua terakhirnya yang membuat mata aku bertakung air hiba. Paling tak sangka beliau sempat tulis surat senyap2 dan baris akhirnya "......... moga Allah himpunkan kita di 'sana' "


Allah merahmatimu Zeinul(bkn nama sbenar)

(kisah benar)

huuuuh~


Pasai tu kalo kita tengok bebudak kecik nakai tahap dewa, jangan la hukum dia budak jahaaat lagi....pasai aku kecik dulu buas gakk... masuk hutan.. men meriam kabat di kala manusia tengah bertahajud ramadhan.. heeee.. tu dulu..........~ :P Lenturlah mereka dengan kelembutan...selimuti malamnya dengan kasih sayang....hangatkan hati mereka dengan pelukan...lembutkan jiwa dengan sentuhan...ada ciri2 nak jadi ayah aku ni(sambil cerminkan muka)


Moral of the story..


Jangan mudah menghukum insan seolah-olah tiada lagi ruang baginya untuk berubah....dan jangan pula terlalu mengangkatnya bagaikan suci tiada nista.



Ma'as salam ayhal ikhwatul ahbab~