Habib Ali Al-Jufri | tarikan mata dunia




::Kelahiran::

-dilahirkan di Jeddah pada waktu pagi, hari jumaat, 20 Safar 1391 bersamaan 16 April 1971
-ibu bapanya daripada pecahan zuriat Al-Imam Al-Husain b. Ali Alaihimas Salam




::Nasab::


-Ali Zainil Abidin b. Abd Rahman b. Ali b. Muhammad b. Ulwi b. Ali b. Ulwi b. Ali b. Ahmad b. Ulwi Ibni Abd Rahman Maula Al-A'rsyah b. Muhammad b. Abdullah At-Turisi b. Ulwi Al-Khawas b. Abi Bakar Al-Jufri b. Muhammad b. Ali b. Muhammad b. A-Syahid Ahmad b. Al-Faqih Al-Muqaddam Al-Ustaz Al-A'zam Muhammad b. Ali b. Muhammad Sohib Mirbad Ibni Ali Khali' Qism b. Ulwi b. Muhammad b. Ulwi b. Ubaidillah b. Al-Muhajir ilallah Ahmad b. Isa b. Muhammad An-Naqib b. Ali Al-A'ridhi b. Ja'far As-Sodiq b. Muhammad Al-Baqir b. Ali Zainil Abidin b. Al-Husain As-Sabd, Ibnu Ali b. Abi Tolib karamallah Wajhah, isterinya Al-Batoul(gadis perawan) Fatimah Az-Zahra' bt. Rasulullah S.A.W

-bondanya As-Syarifah Marwamah bt. Hasan b. Ulwi b. Hasan b. Ulwi b. Ali Al-Jufri

-sejak kecil lagi sudah menuntut ilmu melalui makcik sebelah bondanya, Sofiah bt. Ulwi b. Hasan Al-Jufri

-ilmunya bersanad hingga sampai ke Rasulullah S.A.W

-ramai ulama' agung yang telah banyak mencurahkan bakti untuk mendidik beliau, namun saya nyatakan beberapa orang sahaja, selebihnya...kengkawan, pokcik mokcik, abe kakok, mak mertua to be :P ...bole rujuk di laman Asy-Syeikh...

-mereka ialah:

1) Al-Allamah Al-Murabbi Al-Habib Abd Qodir b. Ahmad As-Saqaf
2) Al-Allamah Al-Murabbi Al-Habib Ahmad Masyhur b. Toha Al-Hadad

3) Al-Murabbi Al-Habib Abu Bakar Al-Attas b. Abdillah Al-Habsyi

4) Muhaddis Al-Haramain, Al-Allamah As-Seid Muhammad b. Ulwi b. Abbas Al-MalikiAl-Hasani

5) Al-Allamah An-NAsik Al-Habib Hamid b. Ulwi b. Toher Al-Hadad




::Karier::

-2005_1426H : Mudir Am, Pusat Kajian Tobah, Emiriah Arab Bersatu

-2003_1424H : Kakitangan Majlis Pengurusan Pengajian Islam, Darul Mustafa, Tariem,Yaman

-2007_1428H : Kakitangan Amil Pusat Yayasan Ideologi Islam Ali Bait, Amman, Jordan

-2003_1424H : Kakitangan Pusat Kajian Akademi Kebudayaan Eropah, Brussels, Belgium

-2007_1428H : Setiausaha Majlis Anugerah Kasih, Abu Dhabi

-2002_1423H - 2006_1427H : Timbalan Dekan Pengajian ISlam, Darul Mustafa

-1997_1418H : Pensyarah (musim panas) Pengajian ISlam, Darul Mustafa



::Aktiviti::


-mengadakan pengajian, majlis ilmu dan dakwah di pelbagai negara bermula pada tahun 1991 | 1412H di sekitar bandar Yaman

-kemudian pada tahun 1993 | 1414H, mula mengembangkan sayap dakwahnya di luar negara seperti :



~ Arab: UAE, Jordan, Bahrain, Saudi, Sudan, Syria, Oman, Qatar, Kuwait, Lubnan, Libya, Mesir, Maghribi, Mauritania, Comoros, Djibouti

~ Asia: Indonesia, Malaysia, Singapura, India, Bangladesh, Sri Lanka

~ Afrika: Kenya, Tanzania

~ Eropah: Britain, German, Perancis, Belgium, Holand, Ireland, Denmark, Bosnia dan Herzegovina, Turki

~ Amerika

-beliau juga banyak menghadiri di banyak universiti di seluruh dunia bagi membincangkan pelbagai isu semasa, seperti:

~Universiti Santa Clara
~Universiti San Diego
~Universiti Miami

~Universiti California Selatan


selain itu di:

~Stadium Wembley, London
~Ucapan di Kediaman Lord British
~diskusi `Radical Middle Way' di seluruh Britain

~lebih dari 300 kuliah beliau telah dirakamkan melalui media

-Asy-Syeikh juga banyak menghadiri pelbagai perhimpunan yang melibatkan himpunan para ulama' di seluruh dunia.

-dalam masa yang sama, beliau selalu muncul di banyak saluran kaca TV untuk menyampaikan pengajian, tazkirah dan banyak lagi.




sumber:
http://www.alhabibali.com/ar/links/