mengejar penamat yang indah

In the name of Allah Most Gracious Most Merciful


Petang yang indah di sebuah sekolah rendah agama...waktu tu aku darjah dua.. Sorang pun tak mai lagi..betoi2 aku sorang ja..ishhh...awat depa ni da tak mau mengaji ka? da rasa diri tu pandai sangat?? aku pun heran anak-anak skarang ni.... cuba la isi hati tu dengan ilmu...baru cerah masa depan(kan da kena cramah) Tiba2 ada sorang paklong tukang sapu ni tegur "Hammbooii..rajin sgt smpai cuti pon x ingat??" Errkkk....!!

:P

Saaattt...!! jangan la close lagi.....tadi tu aku tipu ja.... nak ceghita la ni...tapi memang aku rajin pi awai pun.(kalo lambat siap sdia punggung dihujani libasan 'manja') hening suasana....sorang x mai lagi.. Aku pun dengan sifat yang rajin secara paksa terus membuka beg skolah dan keluarkan homework skolah akademik pagi tadi tuk aku sudahkan ia sementara menunggu kelas agama bermula... tengah khusyuk jawab soalan matematik Bab 3: tolak menolak, aku tersentak dengan sapaan tua..

"rajinnya....darjah brapa da ni...."

"tiga pakcik..." peeeehh...little bit sopan dengan harapan dia tolong tambah wang saku aku bagi cukup 2 hinggit, bleh pi kedai Mak Ton makan beehuun soup..heee

"tiga....mmM...blajaq rajin2 naa...baguih pakcik tengok.....besaq sok jadi orang berguna" melayang 2 second fikiran aku...huhhh! Segera beristighfar agar setan2 tidak terus mengaburiku dengan fatamorgana..(student harapan konon..ceeit) by the way..thanks a lot to pakcik kerana sudi menabur benih smangat ke tanah hatiku...Allah blessed you

Dan kini aku terpikir adakah aku sebagaimana pakcik tu gambarkan diriku berbelas tahun yang lalu... sebab skrang ni nak bukak buku pun liat...exam nak dekat...ngeeeee..semangat2x!! Awal hidup kita bukan penentu akhir nanti... tapi bukan bermakna aku suh duk diam tak melakukan sebarang perkara yang meningkatkan mutu diri, cuma selagi jantung ni tak berhenti..selagi tu kita perlu berhati-hati... agar akhir hayat kita berseri...ceeeee....smua last word letak 'i', nak bagi karangan dapat A kann~ haha..

Aku pernah berjumpa dengan seorang yang sangat merbahaya jalan hidupnya, penuh dengan jenayah..upah membunuh dan lain-lain adalah mata pencarian hidup. Takdir Allah kami bertemu..orangnya muda beberapa tahun dari aku, ringkas ceghita....Allah lebih menyayanginya, episod kami bersama tidak lama. Namun akhir hayatnya adalah lafaz Lailahaillah dengan sempurna. "Abang...bole tak ajar sy solat...? sy tringin nak solat...nk rase cmne berdoa.." itulah kata dua terakhirnya yang membuat mata aku bertakung air hiba. Paling tak sangka beliau sempat tulis surat senyap2 dan baris akhirnya "......... moga Allah himpunkan kita di 'sana' "


Allah merahmatimu Zeinul(bkn nama sbenar)

(kisah benar)

huuuuh~


Pasai tu kalo kita tengok bebudak kecik nakai tahap dewa, jangan la hukum dia budak jahaaat lagi....pasai aku kecik dulu buas gakk... masuk hutan.. men meriam kabat di kala manusia tengah bertahajud ramadhan.. heeee.. tu dulu..........~ :P Lenturlah mereka dengan kelembutan...selimuti malamnya dengan kasih sayang....hangatkan hati mereka dengan pelukan...lembutkan jiwa dengan sentuhan...ada ciri2 nak jadi ayah aku ni(sambil cerminkan muka)


Moral of the story..


Jangan mudah menghukum insan seolah-olah tiada lagi ruang baginya untuk berubah....dan jangan pula terlalu mengangkatnya bagaikan suci tiada nista.



Ma'as salam ayhal ikhwatul ahbab~

2 Comments:

deena farhana said...

mula2 ketawa bdekah.

last part jd camni..

(T_T)

moga Allah rahmati insan yg bnama zeinul itu.

hairil said...

ceria dan sayu 2 unsur yang berlegar dalam ruang lingkup hidup manusia

:)

mekaceeh deena...