In the name of Allah Most Gracious Most Merciful
Artis : Brothers
Lagu : Lagu Untuk Ibu
Seorang wanita bermahkota ibu
Menggenggam jari-jari kecil
Ikatan ini tidakkan terurai
Kerna tautan ini
Tautan darah dan akidah dan rahmat dari Allah
*(chorus)
Kini ibu peganglah tanganku ini
Hendakku bawa ibu menjelajah hasil titik peluhku
Biarku bawa ke alamku hasil ukiranmu selama ini
Dodoianmu ibu membina benteng pemisah
Antara yang hak dan yang batil
Membakar semangat perjuangan
Meraih kasih pada junjungan tercinta
Bersujud lama mengabdi diri kepada yang Esa
*(chorus)
Ibu
Jika belum pernah kau dengar ucapan terima kasihku
Ketahuilah doaku ini moga Tuhan menyayangimu
Sepertimana kau mengasihiku
Dari dulu hingga kini dan untuk selama-lamanya
*(chorus)
Mohammad Hairil b. Abdul Rahim
Mansurah, Mesir.
..............................................................................................................
Azizan bt. Abdul Rahman
Bukit Jana, Kamunting,
Perak - 8 Mei 2010
Mak,
Ucapan Selamat Hari Ibu
-------------------------------
Tujuan saya menulis surat ini adalah untuk mengucapkan Selamat Hari Ibu kepada mak sebagai wakil kepada adik-beradik yang lain.
2. Walaupun mak tak pandai mengaktifkan komputer, mengakses internet, tiada blog, mahupun yahoo messenger atau skype, tiada pelajaran peringkat menara gading, namun mak tetap bijak di hati kami.
3. Usaha mak mengasuh dan mendidik kami dari awal hingga akhir nafas nanti akan dibayar oleh Allah SWT dengan ganjaran yang sangat bernilai.
4. Sampai waktu jasad dan jiwa terpisah pun tidak akan sesekali kami dapat membalas segala jasa mak.
5. Kami tidak pernah mengungkapkan di hadapan mata mak "Kami sayang mak", mungkin kerana menganggap ia satu perkara remeh dalam kehidupan. Namun kini kami sedar bahawasanya tiga perkataan itu mampu memecahkan empangan air mata ini yang sukar rapuh kerana disimen dengan dosa dan konkrit maksiat.
Apapun, kami menyayangi mak dan kini hanya mahukan doa mak yang tiada batasan dan halangan serta mudah sampai ke hadapan Robbul Izzah, doakan kami semua menjadi hamba Allah, anak-anak mak, bakal suami, isteri, ibubapa yang soleh dan solehah. Moga Allah SWT pertemukan kita di syurga kelak dengan rahmat dan kasih sayangNya.
Sekian, wassalam.
(MOHAMMAD HAIRIL B ABDUL RAHIM)
Wakil perutusan anak-anak bonda Azizan
6 Comments:
terbaek...
terima kasih mak..
~manly tears shed..
so touching....
May u got blessed...
*tearing*
nice post...
kalau akak jadi 'Mak' itu,
pasti tidak tersembunyi airmata yang mahal..
Bangga 'Mak' punya anak seperti anda!
to aliph:
u was my great brother too :)
to anonymous:
n Allah blessed u too... :)
to redha:
mekasih....allah berkatimu jua... :)
dan paling sempoi...
surat rasmi tu... huhu...
to myfahmi:
hehe....teringat zaman spm...lama x wat krgan... :P
Post a Comment