Hafizul Husna

In the name of Allah Most Gracious Most Merciful


Inilah kali pertama dalam hidup aku menerima kematian seorang kawan dengan mengejut. Kerana itu aku betul-betul tersentak dengan pemergiannya tanpa ucap selamat secara bersemuka. Namun, aku redho semua ini berlaku kerana Allah lebih mengetahui apa yang terbaik untuknya.

Beliau ialah Hafizul Husna atau kami lebih mesra memanggilnya Husna..



In memories...my dear friend and me at Cairo International Book Fair 2009


Dua hari sebelum kejadian aku pernah berbual dengannya melalui YM. Status YM beliau bertulis "Hastannik..." (aku akan menunggumu..)

Aku pun membalas "Aku pun tunggu hang gak....rindu :) "

Husna "Hahaha...hg x nmpak ke dhomir tu?"

Aku "x kire la....rindu gak..."


Itulah gurauan terakhir aku dengannya...


Februari yang lalu beliau pernah ke rumah aku......boring katanya...sbb smua housemate dia xde umah...itu jua kali terakhir aku rasa paling lama bersama...






Telah tiba saat waktu kau tinggalkan kami
Kerana takdir Yang Maha Esa telah menetapkan
Sedih rasanya hati ini bila mengenangkan
Kau sahabatku kau teman sejati

Tulus ikhlasmu luhur budimu
Bagai tiada pengganti
Senyum tawamu juga katamu
Menghiburkan kami
Memori indah kita bersama
Terus bersemadi
Kau sahabatku kau teman sejati

Sudah ditakdirkan kau pergi dulu
Di saat kau masih diperlukan
Tuhan lebih menyayangi dirimu
Ku pasrah di atas kehendak Yang Esa

Ya Allah
Tempatkannya di tempat yang mulia
Tempat yang diKau janjikan nikmat
Untuk hambaMu

Sahabatku
Akan kuteruskan perjuangan ini
Walau kutahu kau tiada di sisi

Perjuangan kita masih jauh beribu batu
Selagi roh masih di jasad hidup diteruskan
Sedih rasa hati ini mengenangkan dikau
Bagai semalam kau bersama kami

Moga amanlah dan bahgia dikau di sana
Setangkai doa juga Fatihah terus kukirimkan
Moga di sana kau bersama para solihin
Kau sahabatku kau teman sejati

Telah tiba saat waktu kau tinggalkan kami
Kerana takdir Yang Maha Esa telah menetapkan
Sedih rasanya hati ini bila mengenangkan
Kau sahabatku kau teman sejati



.
.
.
.
.

........Al-Fatihah........




sumber berita boleh didapati di sini.
gambar situasi selepas kemalangan.

2 Comments:

deena farhana said...

al fatihah. moga ditempatkan di kalangan syuhada'..

hairil said...

ameeen...ya robb