clean and clear

In the name of Allah Most Gracious Most Merciful

Sekarang ni kat tanah airku bergeloraaaaa dengan angin kuning.......ayaq kuning....

otaak kuning.... :P

Mak aku pun jual kueh talam jagung yang kuuuuninngggg gitu....

everyone talk about kuning.....


BERSIH 2.0 semakin ligat berlegar isu ini di Malaysia....berdasarkan penelitianku...objektif bersih ni untuk menuntut pilihan raya umum yang akan berlangsung nanti berlaku dengan peeeenuh keadilan.titik

Jadi aku pun menempeek lakaran bersih ini kt blog aku tanda menyokong perkara tersebut..

eeei..agak2 kena ban tak blog kalo buh kuning ni.kih3x

org pakai baju kuning pun kena tangkap....agak2 kalo aku pakai baju bawah ni aku pun kena

arrested!!! ngeeeeeee~



tiada rasuah....tiada curiga...tipu helah....BEEEEERSIHHH

supaya hasil pilihan raya ini adalah mutlak lagi suci...suci dan menyucikan...

maka hasil yang diperolehi adalah pemimpin yang beeerrrrrsih.....pakej......luaran dan dalaman bersihh...

kebersihan sebahagian perkara tuntutan iman...maka....dengan ini....tangan pemimpin yang bersih ini PASti akan mengadunkan negara Malaysia ku terindah ini dengan acuan Islam...

lalu......negara akan semakin berkurang dan berkurang ....less....more less......dari gejala yang tidak sihat seperti membuang sampah merata-rata....buang chewing gum dengan tepeek kat bwh meja kelas(cam penah wat jee :P ) dan yang seumpama dengannya...

bersih rohani....bersih jiwa......bersih akhlak.....bersih.....

oleh itu....baju2 aku dalam timba dok belunggok lagi....aku juga harus berssihhhkan ia...

babaaai.....~

sekian..

Ma'as salam ayhal ikhwatul ahbab.. :)

SELAMAT HARI BAPA

In the name of Allah Most Gracious Most Merciful

Selamat Hari Bapa kepada abahku Abdul Rahim Said..

merupakan bekas rejimen askar melayu diraja bahagian kete kebal :P

bapak aku ni tentera...yeyeeeehhh...

tapi anak laki dia sorg pun x dak yg masuk tentera, aku ni x brapa nk pakej sgt...nnt gua gi gym kasi tough lagi..huahuahua.

haha

tima kasih ayahanda ku...kerana

tiap2 hari hantaq pi skolah ngn moto honda petak (hidup lgi moto tu skg :D )

menjaga mendidik dan mengajar ku apa yg dikatakan hidup

:)

my hero ever

Ketahuilah abahku.....walaupun hanya sekadar sepotong ayat pesanan taqwamu buatku

"anakku...cintailah Allah dan Rasul"

Tiadalah di kedua belah mataku ini melainkan genangan airmata, besar jasa abah kerana abahlah insan yang menyuapkan nama Allah dan Rasul ke dalam telingaku...

hingga kini aku menikmati keagungan itu...

Allah...sayangi lah abahku...penuhilah segala hajatnya...berikannya rezeki yg luas dan ilmu yg bermanfaat...

I LOVE U ABAH


gambaq xdak la...pak aku ni low profile...x layan gambaq2 ni.....askar kan...hati mau kental dan sempoiii!

ada hempa tengok org dok perang sambil bwk D90 berlensa nikor 18-200mm tergantung gagah di leher??? ada.ada.ada.ada????(ape kaitannye)



m'as salah ayhal ikhwatul ahbab...

kelana anak derita (2)

In the name of Allah Most Gracious Most Merciful

Bergunung dosa membentuk lembah

Merimba noda hingga zulmat pandangan

Menggelintar tubuh mencari arah

Yang saujana dengan hidayah


Rasa gamang dengan bayangan pawaka Allah

Membakar fajir yang angkuh dan degil

Yang melawan tadbir dan takdir Raja Segala Raja


Dahi hina mencium bumi

Tangan noda berkuyup dengan airmata

Huluran nada sedih tiada henti


..ampun..

..redha..

..hidayah..

Wahai Penyayang yang mengatasi segala penyayang

Wahai Pemaaf yang mengatasi segala pemaaf

Wahai...wahai...wahai...wahai Allah..


Maha Kasih senyum melihat linangan suci itu

Saat lidah melepaskan nama kudus

lewat bibir yang acapkali auta dan nista

Lantas dihujankan ampunanNya atas diri


Gunung sirna menjadi sinar

Rimba dosa bertukar ujana bunga

Dari unggas liar menjadi flora cinta


Sedaya kudrat menebus atma

Demi menjadikan relung hati ini

Tidak luak dari cinta Allah dan RasulNya


murtad!


Permohonan murtad ni da macam pesan burger da aku tgk....

Ya Allah...lindungilah aku, keluargaku, dan seluruh keturunanku dari tersasar ke arah jalan selain tauhid Mu.ameeeen...

Yang dok ada ni paparan depa yg dok pohon murtad dan yang dah pun lulus.

Sidang pembaca yg budiman...

Murtad ni tak payah nak tunggu prosuder mahkamah atau bla bla bla dah murtad lama sejak hadir dalam qasad hatinya..

"aku nak pi pejabat agama sat la...nk tukaq agama"

x payah pi....time tu gak dah murtad.

Murtad adalah salah satu dari perkara dalam yg hanya kita niat di hati saja maka langsung tika itu kita jatuh murtad. nauzubillah...

Itu yang berada dalam amatan statistik pun da banyaaaaak gilaaaa....yang di luar dari tu??

Dear PM..

In the name of Allah Most Gracious Most Merciful

Bahasa yang tersusun daripada remaja ini...semoga ALlah berkatinya...

Aku jumpa surat ni kt fb....baca punya baca.....sempoi gak budak ni.....

boleh gi jauuuuuh....~

have a good read... :)

************************************************

Assalamualaikum Dato’ Seri.
...
Saya, Muhammad Muizzuddin bin Zaini. InsyaALLAH Julai nanti genaplah umur saya 19 tahun. Masih berbaki lebih kurang 2 tahun sebelum saya layak mengundi. Tetapi saya yakin dalam ruang demokrasi tidak pula mensyaratkan yang saya hendaklah berumur 21 tahun untuk melayakkan surat saya ini dibaca Dato’ Seri.

Dato’ Seri, saya ingin memperkenalkan diri sebagai remaja yang sangat ingin tahu. Keinginan saya ini menjadikan saya remaja yang tidak hanya terpaku di meja belajar semata. Saya mampu menonton berita hingga ke penghujungnya (tidak di bahagian Sukan semata).

Saya juga mampu membaca suratkhabar dari muka depan hingga ke muka akhir. Saya sering ‘singgah’ di laman-laman sesawang untuk melihat berita-berita yang tidak tersiar di media arus perdana. Saya juga remaja yang suka meladeni buku-buku yang tidak menjadi kegilaan kebanyakan remaja seusia saya.

Tidaklah pula saya katakan yang saya lebih tahu daripada Dato’ Seri, tidak. Saya cuma mahu tegaskan saya adalah remaja yang memerhati. Saya adalah remaja yang bukan kerjanya sehari-hari hanyalah makan, tidur, ‘menelan’ buku teks semata. Saya adalah remaja yang mengikuti rapat perkembangan-perkembangan semasa negara tercinta ini.

Izinkan saya Dato’ Seri untuk memberi pandangan saya. Pandangan seorang budak, seorang remaja. Mungkin Dato’ Seri fikir, apalah ada pada seorang remaja seperti saya. Justeru, suka untuk saya ingatkan pada Dato’ Seri yang InsyaALLAH kelak, kamilah yang akan membuang undi!

Dato’ Seri Najib yang saya hormati, memimpin sebuah negara bukanlah perkara yang mudah. Tidak pernah ia menjadi mudah, tidak boleh ia diambil mudah. Ia adalah persoalan besar dan penting. Persoalan yang diletakkan tinggi di dalam Islam. “Kepimpinan adalah amanah, celaan di dunia, dan penyesalan di akhirat”, begitu sabda Nabi SAW.

DASAR

Saya, yang tohor ilmu dan cetek pengalaman ini percaya bahawa setiap tindakan kita adalah bergantung kepada prinsip yang kita letakkan sebagai neraca asas. Bagi sesetengah orang, mereka meletakkan Demokrasi sebagai neraca asas mereka. Ada yang meletakkan kepentingan peribadi, atau kroni, atau Sosialisme, Liberalisme dan sebagainya. Bagi kita, seorang Muslim, neraca asas yang menjadi dasar pertimbangan kita tentulah ISLAM. Izinkan saya bertanya, apakah Asas Utama kepada setiap tindakan Dato’ Seri?

Apakah Islam? Atau Kepentingan diri, atau kroni, atau selainnya?

Maaf Dato’ Seri, kiranya jawapan Dato’ Seri bahawa asas bagi setiap tindakan Dato’ Seri adalah Islam (saya tak pasti jika Dato’ Seri akan memilih jawapan selainnya), maka saya ada beberapa soalan untuk Dato’ Seri.

Saya amat keliru dengan dasar Program Transformasi Ekonomi yang dibawa Dato’ Seri. Apakah ianya dirangka dengan neraca Islam atau selainnya. Justeru, saya mohon penjelasan Dato’ Seri.

Saban hari saya dan rakan-rakan menerima berita dari segenap pelusuk negara, sama ada dekat dengan kami atau jauh, remaja seusia kami yang MENGHILANG! Iya, ‘hilang’ nyawa kerana penggunaan dadah berlebihan atau kerana perlumbaan haram. ‘Hilang’ maruah dan harga diri kerana amalan penzinaan lewat pergaulan bebas. ‘Hilang’ akal kerana ketagihan ekstasi, pil khayal dan arak. ‘Hilang’ kewarasan hingga tergamak membunuh bayi kecil atau ditinggalkan di jalanan untuk menjadi habuan anjing dan hurungan semut. ‘Hilang’ kemampuan untuk menjadi barisan pelapis kepimpinan negara. ‘Hilang’ arah hinggakan nafsu ‘disembah’ sebagai Tuhan! HILANG Dato’ Seri, HILANG!

Saya begitu terkesan pada pesan Saiyidina Ali KWJ, “Lihatlah pada generasi muda, untuk menilai masa depan ummatnya”. Saya tergamam dan jadi takut Dato’ Seri, melihatkan rakan-rakan sebaya yang hanyut. Apakah sebegini hancur dan punahnya masa depan negara tercinta ini!?

PELAN TRANSFORMASI EKONOMI

Program Transformasi Ekonomi anjuran kerajaan pimpinan Dato’ Seri turut menggariskan perancangan untuk MENJADIKAN MALAYSIA SEBUAH HAB HIBURAN MALAM UNTUK MEMACU INDUSTRI PELANCONGAN. Di atas alasan untuk memperkasa industri pelancongan dan menarik pelancong juga kerajaan pimpinan Dato’ Seri merancang penubuhan kelab-kelab malam terkemuka, menganjurkan konsert utama, melonggarkan garis panduan untuk penghibur antarabangsa dan mempakejkan semula acara antarabangsa seperti Formula 1 dan MotoGP.

Kerajaan Dato’ Seri juga mencadangkan penubuhan zon hiburan di Greater Kuala Lumpur/Lembah Klang, Genting Highlands, Pulau Pinang, Langkawi dan Kota Kinabalu bagi menggandakan pendapatan hiburan malam Malaysia kepada RM1.8 bilion menjelang 2020. Penubuhan enam kelab malam baru yang mampu menampung kehadiran 900 pengunjung pada hujung minggu menjelang awal 2012 akan menyusul. Dua lagi akan beroperasi pada 2013 dan 2014.

Maka menjelang 2014 negara kita akan memiliki sekurang-kurangnya 10 kelab malam di zon hiburan. Rancangannya adalah untuk menghasilkan impak pendapatan kasar negara RM0.7 bilion dan mewujudkan lebih kurang 5,000 pekerjaan baru menjelang 2020. Bagi mencapai hasrat itu, kerajaan Dato’ Seri akan merubah beberapa peraturan hiburan, termasuk membenarkan pelanjutan had waktu beroperasi bagi pusat hiburan malam.

Dato’ Seri juga berhasrat melonggarkan lagi syarat-syarat untuk persembahan artis luar negara. Dan kami telahpun menyaksikan bagaimana seorang penyanyi gay membuat persembahan, memuaskan nafsu remaja-remaja muda dengan kebenaran daripada kerajaan Dato’ Seri.

Izinkan saya ulangi soalan saya Dato’ Seri, apakah Islam diletakkan sebagai neraca timbangan ketika Dato’ Seri merangka, membentang dan membahas idea ini? Ataupun Dato’ Seri punya pilihan lain yang Dato’ Seri lebih suka untuk diletakkan sebagai neraca timbangan?

Yang Amat Berhormat Dato’ Seri, apakah Dato’ Seri penuh sedar bahawa perancangan Dato’ Seri ini adalah perancangan ‘PEMUSNAHAN’ besar-besaran? Ini bukanlah pelan pembangunan ekonomi, ini adalah pelan ‘PEMUSNAHAN’ berskala besar yang akan menjadikan rakan-rakan seusia saya, remaja semuda saya atau lebih muda hancur musnah Akhlaknya, punah-ranah Sahsiahnya.

Iya, Dato’ Seri akan ‘menghancur’ dan ‘membunuh’ pemimpin masa depan, para cerdik pandai generasi akan datang dengan lambakan hiburan dan keseronokan melampau! Saya dan rakan-rakan bakal dihidang dengan acara memuas nafsu yang berterusan. Ini akan menatijahkan hanya satu Dato’ Seri, iaitu hilang upayanya kami untuk menduduki barisan kepimpinan negara suatu masa nanti. Atau apakah pada pandangan Dato’ Seri, yang kami akan menjadi lebih bijak dan pandai kiranya ‘menelan’ hiburan-hiburan ini?

IFF dan AURAT

Dato’ Seri, seolah-olah saya pernah mendengar Saiyidina Umar al-Khattab menegaskan, “Bahawa adalah kita, ummat yang dimuliakan Allah dengan Islam. Sesiapa yang mencari kemulian selain daripada Allah, maka akan dihina Allah”. Terasa-rasa seperti terdengar SA Umar bertitah demikian kerana ia begitu meresap masuk di hati ini.

Dato’ Seri, saya begitu kecewa dan terkesima jadinya waktu melihat Dato’ Seri dan isteri melangkah megah di Festival Fesyen Islam, Monte Carlo tempoh hari. Saya tak dapat mengawal hati untuk berteriak-teriak marah tatkala melihat gambar pakaian-pakaian yang diperaga atas nama “Kelembutan Islam” (Modesty of Islam) yang dinaungi oleh isteri Dato’ Seri dan pastinya dengan izin Dato’ Seri. Saya dan sahabat-sahabat terpinga-pinga dan tertanya-tanya apakah ini pemahaman Dato’ Seri dan isteri mengenai pemakaian di dalam Islam?

Saya dan rakan-rakan jadi jelak dan muak Dato’ Seri, maaflah. Waktu Dato’ Seri ‘bertempik’ berikrar untuk mempertahankan Islam dan Melayu, isteri Dato’ Seri tidak pernah berusaha untuk menyahut seruan suaminya sendiri. Isteri Dato’ Seri tidak pernah kelihatan menutup aurat dengan sempurna. Isteri Dato’ Seri berpeluk mesra dengan orang yang haram bersentuhan (bukan mahram) tanpa segan silu di khalayak ramai. Saya tertanya-tanya, apakah Dato’ Seri meredhai perbuatan isteri Dato’ Seri ini?

JUDI

Bukan sedikit kontroversi yang berlaku waktu Dato’ Seri mengumumkan pemberian lesen kepada syarikat-syarikat tertentu untuk mengurus perjudian sukan di Malaysia pertengahan 2010 lalu. Sukar untuk saya agak apakah harapan Dato’ Seri dengan pemberian lesen-lesen judi ini?

Apakah ini juga satu pelan meningkatkan ekonomi Malaysia? Apakah Dato’ Seri gembira dengan duit yang mencurah masuk, dalam masa yang sama kita melihat betapa hebatnya gejala buruk yang bakal timbul lewat perjudian?

Apakah Dato’ Seri meletakkan neraca BERKAT dan LA’NAT waktu mengemukakan cadangan ini? Apakah Dato’ Seri akan meredhai kiranya rakyat Malaysia memberi sesuap nasi kepada keluarga mereka dengan wang hasil judi yang mereka perolehi? Apakah budaya yang cuba dibentuk Dato’ Seri sebenarnya?

Apakah keputusan-keputusan ini ditimbang dengan neraca agama? Atau Dato’ Seri menggunakan neraca lain sebagai ganti?

KEMISKINAN dan HARGA NAIK

Dato’ Seri orang bangsawan. Keturunan bangsawan. Barangkali jika tidak jadi Perdana Menteri Malaysia pun Dato’ Seri tetap akan hidup senang-lenang mewarisi kekayaan. Menteri-menteri Dato’ Seri juga kaya raya.

Maka tidak kiralah jika hari ini minyak naik 10 sen, 20 sen, 50 sen atau RM 10 sekalipun, Dato’ Seri dan sekalian menteri tidak akan bersusah. Tidak perlu berjerih payah.

Tahukah Dato’ Seri, di celah-celah, ceruk-ceruk kampung atau kota, ada rakyat yang menderita lewat kebejatan ekonomi yang punah hasil ketirisan dan kelemahan pengurusan. Pengurusan yang tidak meletakkan Islam sebagai neraca dan Allah sebagai penilainya adalah pengurusan yang menghancur!

Dato’ Seri, saban hari saya melihat orang-orang miskin dan kesusahan. Tahukah Dato’ Seri, untuk menyekolahkan anak pun sudah membuatkan mereka terpaksa membanting tulang, berusaha keras, apatah lagi untuk menghantar mereka ke menara gading (yang PTPTN lebih menghimpit daripada membantu).

Kadang-kadang, apabila anak-anak yang bersekolah meminta wang lebih untuk buku rujukan tambahan, si ibu atau bapa terpaksa menghulur dalam titis air mata. Sudahlah hutang yuran persekolahan pun masih belum dilunas. Bukan sedikit keringat yang dicurah demi sesuap rezeki halal untuk anak-anak dan keluarga.

Kerajaan Dato’ Seri jangan terlalu bergantung kepada statistik dan kajian untuk menilai kemampuan rakyat. Selamilah sendiri penderitaan rakyat yang terseksa dan merana kerana sistem ekonomi yang menyiksa. Setiap kali harga minyak atau keperluan utama naik, meski sekadar 10 sen atau 20 sen, mengalirlah air mata rakyat yang menanggungnya.

Rakyat benar-benar tersiksa sekarang. Janji tinggal janji, janji tidak pernah dipenuhi. Janji itu dan ini sekadar untuk meraih undi. Waktu menang nanti kami rakyat sudah dilupai. Tinggal kami bermatian berusaha keras sendiri.

SUARA RAKYAT

Waktu rakyat turun ke jalanan berdemonstrasi untuk meluahkan rasa yang terbuku di hati dan berkongsi pedihnya kehidupan dengan Menteri-menteri yang berkuasa, Dato’ Seri menghantar pada kami ‘perusuh-perusuh’ yang membantai tulang lemah dan daging kurus kami. Kami dibelasah dan diinjak-injak umpama binatang korban, umpama tak punya maruah. Kami diherdik dan dicaci. Kami disimbah dengan air kimia yang saya yakin, Dato’ Seri sendiri tidak pernah rasai pedih dan peritnya.

Dan menteri-menteri Dato’ Seri tanpa rasa bersalah menggelarkan kami sebagai perusuh yang cuba menggugat keselamatan negara, beruk-beruk di jalanan yang cuba menarik perhatian.. kalaulah mereka yang menuduh melulu itu bisa memahami pedihnya hati ini.

Semuanya adalah kerana kami rakyat yang mahu berkongsi rasa dengan pimpinan negara. Sudahlah pilihanraya dijalankan dalam keadaan penuh keraguan dan ketidakadilan, ruang media yang disekat, tangan dan kaki kami rakyat diikat, maka ruang kecil untuk bersuara di jalanan inilah, ruang untuk kami menyampaikan rasa pada pemerintah dan pemimpin kami. Sekadar ruang kecil untuk kami bercerita dan berkongsi betapa peritnya kehidupan yang kami rakyat lalui.

Pernahkah Dato’ Seri pedulikan suara kami? Pernahkan selain daripada tarikh pilihanraya Dato’ Seri menjadi begitu cakna pada kami? Pernahkah waktu pandangan rakyat yang tidak menguntungkan Dato’ Seri diambil peduli? Pernahkah Dato’ Seri?

Dato’ Seri bertindak sungguh responsif setiap kali adanya himpunan-himpunan rakyat. Melalui Kementerian Keselamatan Dalam Negeri, Dato’ Seri memastikan kami rakyat yang berhimpun tidak akan berjaya berhimpun dengan aman dan baik. Media di bawah kawalan Dato’ Seri juga menggunakan segala maklumat yang ada untuk memburuk-burukkan kami. Ulama’-ulama’ yang bernaung di bawah Dato’ Seri juga menggali hujah-hujah agama demi membuktikan tindakan kami bersuara adalah bercanggah pada sisi agama.

Dato’ Seri, saya sungguh kecewa dengan setiap tindakan ini. Bukankah perhimpunan anjuran Dato’ Seri pada setiap malam menunggu detik Kemerdekaan dan Awal Tahun Baru, ribuan malahan mungkin ratusan ribu rakyat termasuk golongan muda-mudi datang menyertai. Akhbar arus perdana jugalah yang melaporkan tangkapan demi tangkapan kerana berkhalwat, kerana dadah, kerana berkelakuan tidak sopan pada setiap kali sambutan-sambutan anjuran Dato’ Seri. Apakah pernah himpunan rakyat membantah ketidakadilan dan mahukan sedikit keadilan, pernah menjadi penyebab anak-anak muda ditangkap khalwat?

Dan pernahkah Ulama’-ulama’ muda yang bernaung di bawah Dato’ Seri itu menegur Dato’ Seri kerana program jamuan nafsu tersebut. Tetapi menegur himpunan rakyat yang bersuara sebagai Bughah (derhaka) dan menuju Maksiat!?

REFORMASI

Saya dan juga rakan-rakan adalah remaja muda yang punya sikap, punya pendirian. Kami berazam untuk mengubah keadaan ini Dato’ Seri. Kami berazam dan bertekad bahawa seluruh diri kami akan diperguna untuk memperbaiki keadaan punah ini.

Kaedah merubah itu 2 Dato’ Seri. Pertama, nasihat agar berubah. Kedua, kira gagal, UBAH sendiri. Nasihat sudah saya berikan. Pandangan sudah saya sampaikan. Rakyat lain juga begitu, isyarat sudah mereka sampaikan.

Jika sampai masanya untuk kami membuat pilihan, dan keadaan tidak lagi pulih, percayalah Dato’ Seri, kami sudah membuat pilihan sekarang untuk siapa yang layak menerima undi kami nanti.

Tidak cukup dengan itu, saya dan rakan-rakan, kami adalah remaja muda yang penuh tenaga dan kekuatan. Kami akan gerakkan massa suatu hari nanti agar pentadbiran, pengurusan, pemerintahan, kewangan dan sistem kehidupan yang meletakkan Islam, Keadilan, Kesejahteraan, Keamanan sebagai asas, akan beroleh tempat tertinggi di negara ini.

Dato’ Seri, saya tidak mengancam. Tidak pula mengugut. Saya mengingatkan. Kerana inilah tanggungjawab saya sebagai Mu’min. Bukankah sesama Mu’min itu bersaudara?

Dato’ Seri, mungkin surat ini akan sampai kepada pengetahuan Dato’ Seri, mungkin juga tidak. Kiranya ia sampai ke pengetahuan Dato’ Seri, saya dahulukan dengan permohonan maaf kerana mungkin ada kesilapan saya. Maklumlah, saya remaja muda, mungkin ada silap dan salah pada lenggok bahasanya. Saya juga berterima kasih, iyalah, orang sesibuk Dato’ Seri meluangkan masa untuk mengambil perhatian pada surat saya ini, itu adalah satu penghormatan buat remaja seperti saya.

Namun Dato’ Seri, kiranya ada pada surat ini ataupun tindakan-tindakan remaja muda seperti kami ini yang mungkin lantang menyatakan pendirian hingga mungkin Dato’ Seri terguris hati, kami tidak memohon maaf untuk itu. Kerana Dato’ Seri, INI MEMANG ADALAH PENCAK KAMI!

Sekian, terima kasih.

learn to smile..

In the name of Allah Most Gracious Most Merciful



Langkah......demi langkah......satu persatu.......

Kiri duri.........kanan pun berduri.......depan duri.....belakang duri.....

Terjengket-jengket cari tapak yang lapang......

tak melangkah nanti jatuh tejeghoombab pulak..... (tersungkur|perakian)

nak melangkah nampak sayuuuuuup je jauh lagi depan nuu.....

you must be stronger (ceewaah..omputih tu)

orang yang kuat ialah mereka yang bersabar.......

makam sabar memang tinggi......

Nabi Muhammad SAW hampir hilang sabar krn tewas dengan rindu dan sedih yang amat kepada khadijah RA, isteri pertama nabi dan saaaaaaaaangat romantik....

yang terlebih dahulu bertemu Allah..

lalu dipujuk oleh Allah naik ke sidratul muntaha.....



aku pun kena KUAAAAT....aku kena kuuuuaaaat..........!


yeyeeeeehhhhhh!!

belajar senyum pada kesengsaraan.. :D

Ustazah Pilihan

In the name of Allah Most Gracious Most Merciful


Dulu Imam Muda....la ni baru punya...tuk pompuan...Ustazah Pilihan , wauuu..sweet gitu..

Tujuan sama...nak lahir dan asah bakat da'ie...cuma khusus untuk wanita....aku tengok kat fesbuk ramai gak dok x berapa nak bekenan program ni.....aku rasa x suka lebih banyak kepada berbaur politik..pasai Dr.Mashitah kan....kan..kan.kan.kan......????

Rilek dulu......jangan melatah lagi....cuba kalo TG Nik Aziz yang pi rasmi...kompom berjela like.like.like.like.like.like......apa pro dan kontra kalo kita nak cuba bina andaian....

Kalo menolak atau menyokong sekalipun pastikan dapat konklusi yang menemukan titik kebaikan bersama.

Wajar ke program sebegini diwujudkan? Kalo x kenapa?

kalo harus apa garis panduannya?Ustazah pilihan macam mana yang dipilih?

sebab kalian yg bergelar wanita akan perform depan tv yg dilihat berjuta pasang mata..

solek sampai kening pi turuih haluuuuuuuuuuiiih gitu.x jadi......

touch up muka sampai rupa dr anak melayu tukaq cam jessica alba.x jadi.........

pakai kebaya.x jadi...........

Medan dakwah ni fleksibel.....laki pompuan bersama pikul tanggungjwab ni sbg muslim, disebalik kemegahan perwira islam tabirnya ada satu jiwa yang lembut bernama isteri....pendorong, pembakar semangat....

"xpe bang.....yang tetap bersame abg berjuang..." (sambil urut2 & mnyuapkan lakinya cucoq jagung)

ambooiih.... :P bederau aliran darah si laki dengaq...keh3...bekobar2...berasap2 telinge...berdesuuup jantung 240km/j

Ni yang aku semangat ni!!!! (tenang.................jgn excited sgt...)

dan wanita juga miliki peranan yg sangat penting dalam agama...mana lahirnya seorang ulama' agung....ketua para wali....para pimpinan mulia kalo bukan dari asuhan seorang wanita yang bergelar ibu.....

Nak lahirkan da'ie samada dari kalangan laki atau perempuan tak perlu program grand camtu pun xpe.....ulama' kita banyak....siqoh lagi mantap keilmuanya dari kalangan muda, sepengamatan aku bukan xde...ade....tp suara mereka ditapis kerana faktor politik..latar belakang politik....politik....politik....politik...

for example; pemuda yang kalau dilihat ukuran disiplin ilmunya makruf di al-azhar ni bersepaaaah...baik dari degree mahupun master...hingga yg phd.

x kurang juga yg wanita....banyak...kualitinya bukan saja dari segi ilmu tapi gerakan amal wanitanya juga mantap..

skrg ni byk urusan agama yg bukan pada ahlinya....maka keluarlah bermacam2 hukum dan fatwa meskipun diri tu x capai tahap layak berfatwa dek kerana syok sniri di pandang mulia berstatus ustazzzzzzz ustazaaaaaaaaahhhhhh.

harus berzina jika mudaratlahh.....hudud si pencuri adalah dgn bg kerjalahhh....berenang untuk capai rekod dunia naikkan nama malaysia lebih penting dr urusan solat lahhh.....macam2 kenyataan pelik keluaqq dulu.

Apapun...aku tidak mempertikai harus atau tidak wujud program begini...jika baik dan menepati garis panduan islam...teruskan untuk semarakkan syiar, kalo nak kata program ni x bole...banyak lagi program tv yg patut kita kata x bole....

berdakwah ni tugas semua muslim....dan dikhususkan tugas ni kepada mereka yang lebih miliki autoriti dalam bidang agama...

Nak jadi da'ie...kalian bukan takat diasah dlm program realiti tu....tp sejak kecil lg terasuh dengan biah solehah...ada pakej....hafiz quran.....alim dalam ilmu hadis dan tafsir...faqeh...akhlak yg makruf berkualiti...telusuri dunia global...

ape pun jua program yg mahu dilaksanakan moga bermanfaat bahkan menjadi dorongan golongan kecil untuk mencintai islam.ameeeeeeeeeeeeeeeeen~


ma'as salam ayhal ikhwatul ahbab...

fanaaaaasnyaaa..

In the name of Allah Most Gracious Most Merciful

Koboi ni....jgn main2..Aku lupe nk ajak kuda aku join skali begambar :P

Musim panas mesir ni mmg HOT!!

Tengah malam cam tengahari da.....tengahari cam bejalan dalam ketuhar...tengah petang cam kene kukus....pale panassss...hati pun mau nak panaaaas ..setan meloncat2 sane sini.

istighfaaaaaaaaaaaaaaar.............

Siangnye panjang bebenoo......14 jam gak la....kalo jemooq kain xdan nak sepit da kering da (teruknye menipu)

Aku pun heraaan camne bewaak pdg pasir leh slambe je main aci nyorok ngn membe dy tanpa seurat benang pun tengah2 panas cenggini..

Malam plak x sempat megi nk masak da nk subuh daaa! (agak2 la nk tipu)

Dulu masa first aku sampai ke mesir bln puasa..15.9.2007 x silap aku, kalo dari malaysia ke sana memang patah balik la masa maknanya....x ke puasa lebih dari 12 jam...gua tengok mat saleh da menjilat ayam sbelah aku...lantas aku pejamkan mata sambil memaksa diri ini tidur bersama perasaan gundah itu.

sampai la transit kat airport qatar. Membe2 aku dalam 5 6 orang da bernafsu da bukak puasa....siap sorg sebijik hamburger....

Dengan penuh kesabaran, air liur yg menerjah ke rongga kerongkong ini ku rasakan bagai gula2 halls perasa pepsi, ku teguhkan jua pendirian kerna ini terbiyah kehidupan (banyak cite plak.musafir buke je laaa)

Konon la "an tasumu khoirul lakum"....da nk pecah da usus tahan... :P sampai kaherah da macam baru klua dari fadang faasir da. Muke da cam kene facial pakai api da aku tgk.

Len kali buke je laaa.....ngade2 nak tahan sampai pecah perut...!

Islam bukan agama yang prejudis....setiap pengamalan, tatacara hidup dalam islam ada dasar yang kukuh dan logik. Bertepatan dengan kehidupan harian manusia. Dari bangun tidur sampai la tidur balik.

Tiada undang-undang yg paling tepat dan adil selain sistem perundangan islam. Berapa banyak dah kajian yg terbukti depan mata kita mengenai kebenaran dan kehebatan islam. Tapi kenapa kita masih lagi rasa macam x feel sgt power islam ni....?

Pemikiran kita telah di rantai dengan kepalsuan barat melalui zahir mereka yang lumayan. US kalo wat filem...tengok dy tayang negara dy camna....sana sni mencakar2 langit....teknologi ketenteraan dorg....rumah besaaaaaaaa.......kete besaaaaaaaaaa......tujuan utk umat islam sebut "waaaaauuu" kat depa...

Tapi sayang bila perundangan islam yang asli ini dipertikaikan orang islam sendiri....they say "kuno" dan kini sistem itu telah di rojakkan dengan perundangan yang bersifat liberal...lalu jadilah sebuah negara yang merendahkan-rendahkan ilmu agama dengan menyempitkan frekuensi penggunannya yang syumul.

panass laaaaaaaa....gua nak gi terjuuun tab mandi jap.byeee

ma'as salammmmmm...


kabuusshhhhhhhhh!