dari XY nak jadi XX???

In the name of Allah Most Gracious Most Merciful



'Wanita' di atas adalah seorang pemuda yang bernama Mohd Ashraf Abd Aziz, 25, yang sedang berusaha mendapatkan kelulusan permohonannya untuk tukaaq dari jate nok jadi tino...

sumber berita


uuuuu....beghaaak demo...beghaaak..

Jelas samada sumber dari Quran, Hadis Nabawi, ijmak ulama'...HARAM menukar jantina kerana mengubah ciptaan Allah yang azali..takdak alasan yg bole wat hukum ni jd halal.....kot la nk kata..

"sy nk tuka jd girl la..sbb sy keje cleaner kat toilet pompuan"

"kite pn nk tukaq gak la....sbb kite suke siti nurhaliza.....kite nk jd cam dia"

ngeeeeeeeeeeeeee!!

bagaimanapun hal ni dibicarakan di mahkamah tinggi bukannya di mahkamah syariah...peguam bela dy pun tgh berhempas pulas membantu 'wanita' ini supaya dy disahkan perempuan.

Kesian plak aku dengaq berita ni.....

Semoga Allah memberikan taufiq hidayah buat 'alesya farhana' ni...

Dia bersungguh nak jadi perempuan...tapi dilahirkan dalam keadaan lelaki, aku ingat dia ni khunsa....rupanya bukan....siap da buang 'keris' lalu ditukar menjadi 'sarung'.

Macam mana ni....tengok dari cara dia nak jalani kehidupan sebagai islam....tapi nak jadi pompuan...walaupun dia da bedah skalipun...dia tetap x bole mengandung....xkan ada teknologi bole lawan ciptaan Allah al-Khaleq bagi laki bole melakukan proses persenyawaan. Bubuh mani segelen dalam kemaluan dia pun xkan bole,mustahil dari adat...

Segala ahkam syarie tetap berlaku ke atasnya sebagai seorang muslim, bukannya muslimah.

Auratnya tetap dari pusat sampai lutut, kelak mati jenazahnya tetap kepala di bahagian kiri imam, tetap lafaz niat baginya "sahaja aku solat ke atas jenazah lelaki ini"

Tuan-tuan cuba bayangkan kalo permohonannya diluluskan oleh mahkamah, aku rasa ia akan membuka ruang yg sgt luas buat maknyah2 lain utk ikut jejaknya....abes da tindakan ni dapat kelulusan....kompom pasni lagi ramai nak wat..

Dulu kecoh kat youtube dgn pengakuan seorg gay yang memperjuangkan hak para gay di malaysia....dgn slogan 'SAYA GAY, SAYA OKAY'

Baru2 ni di Pahang pertandingan ratu cantik maknyah....siap candidate dia bole plak say "time kasih pd SUAMI sy yg memberikan sokongan"...eeerkkkk......rewind balik! zzzEEttt........SUAMI sy" ishhh....aku x puas ati aku gi kebas 10 cotton bud membe aku, lantas dgn face yang mesra aku lakukan pembersihan berkala agar ruang lubang telinga aku ni bersih daripada anasir2 keji..

namun.....(listen it once again)

"time kasih pd SUAMI sy yg memberikan sokongan"

ngeeeeeeeeeeee!


Sidang hadirin yg dirahmati sekalian (sambil stand up dgn gagahnya)

Kita kena bersama 1Malaysia (promote plak aku.hik2) mendekati golongan ini secara halus dgn harapan mereka dapat di islah dgn baik....jgn cemuh dan sisih membabi buta tanpa ada daya bantu mereka at least doakan hidayah...mungkin saat ini adalah masa hitam dan getir bagi mereka..mungkin ada jauh dasar hati mereka suara yg meronta "tolong bantu aku"

:)

Nampaknya masa mencemburui saya(ayat bese pemidato pakai....)

Kuasa yang besar untuk ubah semua ni adalah kerajaan, kami sebagai rakyat membantu dari bawah sedaya mampu......semoga setiap usaha kalian dalam menjadikan Malaysia sebuah negara bersyariat mendapat pandangan rahmat Allah.ameen~


Ma'as salam ayhal ikhwatul ahbab~

Makcik Hajjah Sitt Al-Wuzara

In the name of Allah Most Gracious Most Merciful

Segala puji bagi Allah, dariNya kita memohon pertolongan, perlindungan, petunjuk jalan. Aku bersaksi tiada Tuhan kecuali Allah dan Nabi Muhammad SAW adalah Rasul Allah, yang diutuskan kepada umat akhir zaman, agar semua dalam cahaya dan selamat dari kegelapan.

O Allah..Kau lengkapkan dalam hati kami ini cinta kepada kekasihMu yang mana tiada yang lebih hebat selapas dari itu melainkan rasa cinta dan rindu kepada Baginda SAW.

Firman Allah:

"Katakanlah (wahai Muhammad) : Jika kalian cintakan Allah maka ikutlah aku, nescaya Allah akan mengasihi dan mengampuni segala dosa kalian, dan Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang." -Imran, 31

Sidang pembaca yang beriman,

Isu Makcik Hajjah Sitt Al-Wuzara semoga Allah melaknati segala perbuatan kejinya terhadap kemuliaan Baginda SAW, suami kepada Khadijah al-Kubro dan Aisyah ar-Ridho serta bapa kepada Fatimah az-Zahra, Allah meredhoi mereka semua ini.

(cam khutbah plak,maaf kalo terboring :P )

Aku x mau ulas siapa sebenar makhluk yg bernama Hajjah Siti Al-Wuzara, adakah dy laki atau pompuan, muslim or non, apa tujuan dy mencarut dalam urusan aqidah Islam masih tak dapat nak dibongkar lagi.



Kalau nak maki tahap cibai &%$#@@! pun x dak kesan pa kt makhluk ni, lagi dy sronok ada la....pasai rasa diberi perhatian, kita duk balas komen itu ini dgn penuh hikmah dy balas dgn sekali mencarut ja.

Keberanian dy mencabar kemuliaan Islam mmg da tahap ICU, jgn sampai aku rebus stokin lame aku dan siram dalam semua lubang yg ade kt jasad hang. (stokin sy sume basuh ye.makluman)


The grand shit of makcik ni telah menggantikan 'nabi' dengan babi...jd babi muhammad SAW, pastu edit gambaq kaabah and pi buh lady gaga kt situ...aku rasa makcik pakcik yg setengah mati kumpul duit nk pi haji....da daftar kena tunggu 5 6 taun lg bru dapat pi plak...last2 da dapat pi Mekah blk semula ke 1Malaysia yg agama RASSSMI nya Islam ni.... free2 ja ngadap mata baca makcik ni punya shit words.


Dy seru ummat Islam supaya bykkan amalan membaca Kursi spya peroleh syurga lucah Firdaus,

peeehhhhhhhhh!!

peeehhh lgi!

pehhh lgi lgi!!!


Setan jahat2 dy pun...dy akui keesaan Allah...kesucian syurga....azabnya neraka...dan kemuliaan para rasul serta mereka yg soleh...bezanya dy tak mau sujud tanda hormat pd Nabi Adam AS, itu ja.

Bole jd dy non-Muslim tp topengkn nama islam....bole jd dy islam cuma otak dy da dimamah anai-anai sejak Dato Najib dilantik menjadi PM lg. (lamee tu)

Kita sebagai muslim, berdoalah semoga Allah ampuni kita dan menghalang jiwa raga kita dr terlentur untuk merobek kesucian tauhid Allah ini, dan doakan semoga the grand shit of makcik tu mendapat hidayah oleh Allah SWT dengan jalan yang tak di sangka2.

Pihak kerajaan perlu serius dalam apa jua hal yg berkaitan dengan isu agama 'RASSSMI' Malaysia ni, bukan sekadar soal penghinaan, malah hukum hakam dalam politik, ekonomi, sosial, dan segala2nya.

Ni berlaku kemalangan tanah runtuh duk sibuk persoal status rumah anak yatim tu berdaftar ke x...nak tanya pada pimpinan sekalian..kalian meluluskan judi, arak, pertandingan maknyah semua tu status di sisi Allah guaaaneeee....semua tu x berdaftar sebagai perkara yg halal dalam landasan syarak. (ambooih..slow skit..SB byk la ni :P )

Sembang kemaaih aku ni....lu jgn cakap saja....wat keerja juga loo

Apapun cara dan solusi yg perlu di ambil...aku doakan hal ini dapat di atasi dengan baik..


Sayangilah Rasulullah dengan menghampiri keluarganya



Wallahu muwaffaq wal musta'an~

Kabulkanlah..


Buat ibubapaku..

Abdul Rahim Said & Azizan bt Abd Rahman

Serta kalian adik beradik yang mulia..

Akak

Apis

Suhaini

Alep

:)


Allah...
sinarkan hidayahMu, syariatMu, rahmatMu, ampunanMu
buat keluarga ini

nota cinta buat bakal isteriku..

In the name of Allah Most Gracious Most Merciful


Ku siapkan di ruang hati ini

Untuk kau diami

Agar hati bernyawa mengatasi nadi

Hanya hati yang kekal hidup

Padanya cahaya Ilahi


Kelesuanku hilang..

Kala melihat bicaramu dalam santunan

Memahami siratan suami

Tiada kurnia yang lumayan

Selepas dari kurniaan ini


Tiada layak syukurku untuk Robbi

Belum sempat meminta Dia telah memberi

Lakaran sifat hamba menjelma


Isteri..

Ku pimpin tanganmu wahai cinta

Dikau luhur di mata Esa


ayam masak sambal

In the name of Allah Most Gracious Most Merciful












siap dihidang dan makan....

tp lepas tu kawan aku amer kata "aku sakit perut la..."

errrkkkkkk!



:|


hahaha~ pedaaaih sgt....sambai x cukup tomeh... :P

Jangan disakiti insan itu

In the name of Allah Most Gracious Most Merciful

Aku tiba di satu lorong. Ku lihat seorang wanita tua duduk di pinggir jalan. Tidak mengemis dan tidak juga meminta-minta. Akan tetapi wajah tuanya sudah cukup menggambarkan segalanya. Jarakku dengannya tidaklah begitu jauh. Aku ingin menghampiri wanita tua itu. Namun, belum sempat kaki ku melangkah, seorang lelaki berpakaian kemas mengheret kasar lengan wanita tua tersebut.

"engkau ni tak faham bahasa ke?! aku kata berambus dari sini!" menyala kemarahan lelaki itu. Aku terpaku menyaksikan apa yang sedang berlaku di hadapanku. Siapakah lelaki itu? dan siapakah wanita tua itu? Aku semakin ingin tahu. Ku lihat sekeliling, sepi. Terdapat banyak rumah besar dan mewah di sekitarnya. Tempat itu mungkin kawasan perumahan orang-orang elit. Duga hatiku. Lelaki tadi masih mengheret wanita tua itu dengan kasar sekali sambil terus menghambur kata-kata penghinaan. Sebagai seorang manusia, aku tidak tergamak melihatnya. Kesakitan jelas tergambar di wajah wanita tua itu. Aku memberanikan diri meneruskan langkah ke hadapan mengekori mereka. Telingaku terus menyantap kemarahan lelaki itu.

"orang tua tak tahu malu! menyusahkan aku!" Astaghfirullah. Mengapakah insan tua itu harus diperlakukan seperti itu. Lelaki itu masih terus mengheret dengan gagah lalu menolak wanita tua itu sehingga jatuh tersungkur.

"kalau kau masih tak faham bahasa, aku tanam kau hidup-hidup!" itu amaran terakhirnya sebelum berlalu pergi meninggalkan wanita tua itu. Aku tergamam sekali lagi. Mataku menyoroti langkah lelaki itu. Ku lihat dia segera masuk ke dalam sebuah banglo mewah. Orang kaya rupanya. Hatiku berkata. Aku segera berlari mendapatkan wanita tua itu.

"mak cik tak apa-apa?" soalku sambil membantunya. Lengan dan kakinya berdarah. Segera ku capai tisu di dalam beg tanganku. Tanpa ku sedar, ada manik jernih berguguran di pipiku. Waktu itu memang aku sedih sekali. Bukan kerana apa-apa. Tetapi kerana dia seorang insan tua. Aku membayangkan jika wanita tua di hadapanku saat itu adalah darah dagingku. Aku segera menyeka manik jernih itu agar tidak kelihatan oleh wanita tua itu. Tubuhnya menggeletar. Hatiku tambah tersayat melihat keadaan wanita tua itu. Pasti dia sedang menahan kesakitan.

"saya bawa mak cik ke klinik ye" kataku.

"tak pe nak..mak cik tak apa-apa" senyuman lelah terukir di bibir tuanya.

"mak cik ni cuma rasa lapar dan dahaga.." tambahnya lagi. Manik jernih terus berguguran ke bumi. ku seka lagi. Tanpa berkata apa-apa, aku segera memapah tubuh tua itu. Kebetulan ada sebuah teksi melewati kawasan itu. Aku segera menahan teksi itu dan meminta supaya menghantar kami ke restoran yang berhampiran. Tubuh tua itu semakin menggeletar. Aku pasti dia menahan lapar yang amat sangat. Manik jernih kini bukan seperti manik lagi. Airmata laju membasahi pipi. Entah mengapa hatiku sangat sedih. Aku tidak mahu bertanyakan apa-apa waktu itu. Hanya berdiam diri sambil tanganku ligat menyeka airmata yang gugur. Kami tiba di hadapan sebuah restoran dan segera membayar tambang. Tubuh itu ku papah masuk ke dalam restoran dan segera memesan makanan dan minuman. Tidak sampai lima minit makanan sudah terhidang.

"mak cik makan ye" ku bantu membaiki kedudukannya agar lebih selesa menjamah makanan.

"mari nak, makan sama-sama" di gagah kan suara untuk mempelawaku makan sekali.

"mak cik makan dulu" aku mengukir senyum kepadanya. Ku lihat dia menjamah dengan berselera sekali sambil aku melihat ada titisan airmata mengiringi seleranya. Aku biarkan. Masih belum mahu menyoal itu dan ini. Tiba-tiba wanita itu bersuara.

"dia anak yang mak cik lahirkan 30 tahun dulu.." airmatanya deras mengalir. Aku juga sama. Dalam pada itu hatiku nyata tersentak. Seluruh jiwaku dilanda sayu yang maha hebat. Wanita tua itu terus bercerita sayu di hadapanku dengan getar suara yang lirih sekali. Hatiku sempat mencerlung kala mendengar segalanya. Rupanya wanita tua itu selama ini di seksa hanya kerana anaknya tidak mendapat bahagian dari harta peninggalan keluarganya. Dipukul dan tidak diberi makan. Penderitaan dan kesakitan yang ditempuhnya selama ini masih mampu dipendam kerana sayangnya terhadap si anak. Aku masih tidak habis fikir, bagaimana seorang anak hilang pertimbangan terhadap ibu yang sudah bertarung nyawa melahirkannya, menyusukan, membesarkan, melayan karenah, malah MENDOAKAN si anak dengan doa yang tiada tepi agar berjaya mengecap kebahagiaan hanya disebabkan HARTA dan kemewahan. Sungguh hina perbuatan anak yang lupa pada akhirat.

Dulu, lelaki itu sering didoakan oleh insan yang bernama ibu. Tapi kini, lelaki itu lupa memberi doa kepada ibunya malah mencalar hati ibunya dengan layaknya seekor haiwan buas. Dia mengejar ketinggian darjat dan pangkat, namun dia lupa bahawa yang sepatutnya dicari dan disembah adalah SYURGA yang ada di bawah tapak kaki ibunya..pengalaman ini amat memberiku pengajaran. Moga diriku dan diri kalian dapat menjadi buah hati kebahagiaan para ibu. Amin.



___________________________________________

Tajuk: Jangan Disakiti Insan Itu
Penulis:
Deena Farhana Numan

aisyah humaira'

In the name of Allah Most Gracious Most Merciful


heheheheheheheh~



p/s: lelaki ini bukan bapa sebenar beliau



budak ni ada cubaan ngorat akuu





Ni la anak aku..................

.
.
.
.
.
.
.


.
.
.

....punya kawan :P

kawan aku Syafiq namanya..pelajar tahfiz qiraat di shubro, mesir..mendapat babygirl yg bernama Aisyah Humaira'

TAHNIAAAH~

semoga anakmu menjadi wakaf dlm perjuangan agama Allah...




(dok pegang anak org jaaa...anak sniri bila lg???)


Maas salam ayhal ikhwatul ahbab~

Selamat Pengantin Baru Abg Firdaus & Kaktan

In the name of Allah Most Gracious Most Merciful














1 Mei 2011
Kuang, Selangor
____________

Allah merahmati kalian kerana melaksanakan ikutan SAW
Semoga ibadah ini menjadi lapangan cinta kalian dalam pengabdianNya
Ameen


thanks to suhaini(sister) for giving gambo2 ni...tggu gambo2 dari apis(brother) plak :D

Osama mati = save the world

In the name of Allah Most Gracious Most Merciful

Baru-baru ini dunia dikejutkan dengan kematian Osama bin Laden, pemimpin al-Qaeda yang menjadi propaganda barat untuk menyerang Islam. Fakta pasai Osama ni banyak sgt...

ada yg kata dia tu adalah watak jadian untuk Barat mencipta bukti bg kes-kes yang melibatkan kegaanaazzzzzaaan! (grrrrrrr!!)

Who cares....Allah knows..but the most important thing here...i was read a reviews speak up through a mouth our Mr. Prime Ministerrrrrrrrr of 1Malaaaaaaysiaaa from this source.

He dont even know about an islamic political after see and see and seeeeeeee and dengaaaaq apa yang da tuan PM ni duk ghooyaaak. (mbik kau...ni baru btul2 rojak)


'Dunia lebih selamat dengan kematian Osama'

ngeeeeeeeeeee.....ngeri betul statement ni....

aku tak tau la dunia mana yang selamat...(thinking till sleeping..zzzZZzz)

iraq..palestin...afghan....dan bla bla bla~ yg tu apa cerita...jawaaaaaaab

"Katanya rakyat negara ini perlu menolak sebarang bentuk keganasan kerana kebijaksanaan berdasarkan pendekatan Wassatiah atau kesederhanaan dapat mencapai sesuatu yang diperjuangkan."

Semoga Allah memberikan aku dan kamu kefahaman akan pengertian wasatiah seperti mana ajaran Baginda SAW. Jadikan dikau seorang pemimpin yang bertaqwa...moga kami peroleh manfaat dari kemuliaan itu..ameeen~

Aku nukilkan barisan kalam indah berupa wasiat terakhir daripada Almarhum Syeikh Mutawalli Syarawi di saat penghujung usia hidupnya kepada Ex-president Mubarak..


“..Jika nasib kami bergantung kepada engkau, moga-moga Allah memberi taufiq(menunjukkan kepada kamu jalan yang benar). Dan jika nasib kamu bergantung kepada kami, moga-moga Allah menolong kamu untuk menanggung beban(untuk menghadapi kami)."


Maas salam ayhal ikhwatul ahbab~