hi tea bersama Aisyah & cakna palestin

Bismillahirrahmanirrahim

Satu hari aku punya tepon ring ring, tengok nama macam kenai, memang la kalo dah duk dalam contact list, aku pun salam and helo sama dia, tung tang tung tang sembang, rupanya membe aku mintak suh aku ganti dia untuk jd translator arabic kepada 2 orang rakyat palestin yang mai ke malaysia ni untuk kutip dana atau sumbangan, nak bantu rakyat2 palestin sana nuu.

Mula tu aku kurang nak menerima tugas tu, pasai aku pun bukan fluent sangat arabic ni, takat sembang pi beli ikan sayoq kat pasar bole la, tapi orang mintak tolong sangat, xdak orang dah kata dia, maka aku pun pilih untuk klik button yes, atau in arabic we say it na'am, cewaah :P

Lagi pun tengah duk cuti ni, bini aku si peneman setia ni pulak masih tunggu posting guru, maka kami pun join bersama sambil2 berbulan madu, huhuhu (gelak sopan)

Program ni sebenarnya Hi Tea bersama Aisyah, anjuran muslimat PAS kawasan (ehem2.sy bukan blogger politik), jadi NGO Cakna Palestin ni mengambil sedikit ruang dan peluang untuk jalankan kutipan derma, hempa nak tau Cakna Palestin tu apa? hempa google seniri la noo..jangan pulak sampai aisyah tu pun nak tanya aku dia sapa, alaaaa...yg

"HAAAAATI MEMMMBEKU MENGINGAATKANNN!~"

Rupanya bukan calang2 orang arab yang aku nak jumpa ni, sorang lecturer Gaza Islamic University, sorang lagi menteri kesihatan Palestin. gulp gulp gulp da tekak aku, dup dap dup dap da jantungku, tapi bila da berbual ternyata mereka ni sangat senang didekati, rasa maaaaacam pak menakan seniri..

Alhamdulillah, bila aku tengok depa ni, aku sebenarnya memandang mata sekalian rakyat palestin di sana, yang mana depa tak dapat tengok aku, dan aku pun tak dapat tengok depa, namun kami bertemu kerana keimanan hati kami ini telah Allah pertemukan sejak awal lagi sebelum jasad saling bersua, dan aku berdoa kepada Allah semoga aku dan kalian para pembaca direzekikan oleh Allah untuk bertamu ke tempat yang dikatakan oleh nabi saw sebagai tempat yang sangat suci lagi mulia selain dari Makkah dan Madinah.

 dari kiri: ehem2, Dr. Abu Mahmud Yahya Sya'fa (pensyarah unv. islam gaza), Dr. Khalil Abu Ahmad
(Menteri Kesihatan Palestin)


 bagi seorang yang ketaq lutut macam aku, maka haruslah aku tulis apa yg nak cakap :P


 ku lihat hijauuu :D


bergambar kenangan, aku dan si manis isteriku syg yg x ubah macam tangga 
dek kerana tetotnya kami :P


 Si tomeiku ini sempat bergambar kenangan dengan Aisyah ;)

Bertemu dengan insan seperti mereka ni memang mentarbiyah hati. Semoga ukhwah bersama Dr. Abu Mahmud Yahya Sya'fa dan Dr. Khalil Abu Ahmad ini Allah panjangkan sampai ke syurga,

kepada Aisyah, moga Allah kurniakan istiqomah, ameen~

2 main point ucapan Dr. Mahmud yang aku sematkan dlm ingatan dan hati,

1) tanamkan rasa cinta kepada palestin
2) jangan lupa doakan palestin pada setiap solat

 Tuan2,

Palestin tu adik beradik kita semua, kita nak angkat bazoka, mortar memang tak larat, nak pi pun jauh, habih2 pun kita tolong la dengan doa. aku percaya, kalo palestin satu hari nanti bebas, menang, dapat takluk kembali tanah mulia itu, aku dan kalian pasti akan mengalirkan airmata on the spot, pasai kita berasa doa kita juga tergolong dalam berbilion doa para muslimin yg lain itu, naik diterima oleh Allah.

Ya Allah, mudahkanlah kami untuk berbakti dan membantu agama-Mu.ameen~

Semoga amalan aku dan kalian semua diterima Allah.


Ma'as salam ayhal ikhwatul ahbab

Sanah Helwah buat isteri tersayang


Bismillahirrahmanirrahim



selamat hari lahir buat isteriku yg tersayang..

semoga Allah berkati sepanjang usia syg,

semakin hari semakin bertambah sinar hidup,

sentiasa tabah dan sabar,

and stay cuteee!

ameeen~


opss, tambah skit lg, smoga Allah limpah keampunan dan rahmatNya buat syg...

diluaskan pintu rezeki, dikurniakan zuriat yg soleh buat kita,

paling penting..bersama di jannah a'liah dengan izin rahmat Allah..

ameen ya rob alamin~

Ramadhan untuk berubah

Bismillahirrahmanirrahim

Hari ni adalah hari ke 15 Ramadhan bg tahun 1433H bersamaan 4 Ogos 2012. Alhamdulillah...banyak nikmat yg Allah da bagi...tinggal lagi kita turut perintah dan tinggal laranganNya saja.



Dah banyak bulan posa yang aku tempuhi, terjahi, harungi, renangi, rentasi, rempuhi, hadapi dan segala2 yg bunyi eeeee kt belakang, tapi apa la perubahan yg dah kita buat, ke arah kecemerlangan atau keruntuhan?? (dgn gaya pembahas terbaik)

Tadi baru taksat(kejap tadi) aku melabuhkan punggungku di atas sofa yg berpengkalan di ruang tamu rumah mertuaku untuk menjamu mata apa channel best pagi2 ni, ceee...nak habaq kata x tidoq pagi la ni :P

daakk aihhh, saja2 la aku petik suis remote nak tgk apa update olimpik, pasai chong wei dengaq kata da final nak berjumpa dgn seteru abadi dia lin dan, dan mau tau bila keirin si azizul hasni tu mula, semangat sukan gua tinggi beb , MALAYSIA!! yeyehh :P

skali takdir Allah Maha Penyayang, Dia tentukan halatuju jari aku tekan tv 1, maka keluarlah satu rancangan yg bertajuk 'anda musykil', program bual dari satu org ostat utk jawab soalan2 dari mereka yg menelepon dan yg memfesbuk.

ceeee...nak habaq kata dia tgk ceremah2 baik la tu :P

isshh...bukan lagu tu...cuma nak share sesama kita apa yg manfaat. Antara nasihat dia ialah suruh jadikan bulan posa ni sbg bulan perubahan, kalo dulu baloq liat (malas tahap dewa) nak solat ka , nk baca quran ka, dengar kuliah2 ka, nah..bulan posa ni kita ubah bg boleh, ya la...kalaupun hat yg bulan2 sblom ni x penah buat...jangan la bulan posa pun x nak buat langsung...




sekurang2nya ada juga satu dua amalan kita yg mana kita dah rekod dalam buku hidup kita utk kita sembahkan di hadapan Rob Izzah utk bagitau "ya allah...aku ada buat amalan sekian2, moga dgn rahmatMu diterima" contoh...

moga dalam sepanjang hidup kita yg 'rajinn la sgt' nak amal ibadat ni...dgn satu dua amalan yg penah kita buat tu, ia dapat menghapuskan semua amalan buruk kita, dan menjadi asbab kita ke syurga insya allah...ameen

eleh..kalo takat bulan posa ja buat, pastu haaraaamm tinggaii baik x payah-  tidakk...nak crita sini sekurang2nya.....omputih kata at least, arab kata a'lal aqol, tapi kalo lepas posa dia berterusan..istiqomah...lagi baguihh...mmg itu yg islam mahukan..dari kita satu kuman pon x buat langsung, mmg kompom da tempah nama kt tiket neraka, nauzubillah

moga-moga juga amalan itu jugalah boleh memikat Allah taala agar Dia menjamin keselamatan kita di dunia dan akhirat..

Sebab pasai ada bulan ramadhan ni la kita yg jadi malas nak beribadat ni tetiba jd semangat, pasai ada bulan posa ni la kita jadi rajin tangan nak bukak quran, pasai ada bulan posa ni la kita jadi gagah nak tahan mulut ni dari mengeji, memfitnah, maki hamun dan seumpamanya.

kalo la x disyariatkan pada kita satu bulan yg hebat macam ni...belum tentu kita ada terdorong nak beramal soleh, betui dak tuan2? ya betui (aku jawab sniri)

jadi tuan2, bersama2lah aku dan kalian semua..ayuh kita ubah pelan2 diri kita, insya allah...Allah xkan sia2kan hambaNya yg mahu berubah menjadi soleh..


Ma'as salam :)

nak conteng2 balik

Bismillahirrahmanirrahim


home sweet home, bersama isteri pulang ke halaman mertua

Dah lama x conteng-conteng..aku nak mula balik la macam mula2 zaman syok sendiri dulu :P
ya la..dulu kan mula2 create blog amboihh bukan main, tulih sana tulih sini..., sampai tidoq tu kalo boleh laptop tepi telinga..dulu punya ceghita la..

la ni da tua2 aku penat skit :D

gambaq di atas adalah pemandangan KK (kota kinabalu) dari dalam flite..

ma'as salam.

kenapa 1 bukan 2?

Bismillahirrahmanirrahim

Allah jadikan kita mata 2, telinga 2, kaki 2, tangan 2, tapi mulut 1 jaa....pasai pa??

Tuan2 pembaca yg budiman,


Mata 2 pasai nak bagi kita ni banyak memandang, tgk kiri kanan, pandang atas bawah, tgk diri seblom nk tgk org...jangan pandang pun x lagi da hukum org bukan2. Atau jgn pandang buruk org tu mcmlah org tu seorang manusia yg xdak harapan syurga pada dia.

Amboihhh...ingat syurga tu pakk hg yg buat, jgn lupa ada kisah wali Allah yg akhir hayatnya menyembah syaitan dan ada ahli maksiat yg akhir nafasnya adalah hamba Allah yg soleh.

Semoga iman kita Allah pelihara selamanya, ameen.



Telinga 2 agar kita ni banyakkan mendengar, jangan macam umat nabi2 yg dulu, baru dengar skit da kata nabi ni sesat, nabi ahli sihir, nabi penipuu. Dengaqq bagi abih dulu...da abih baru bole hukum dgn kepala akal yg waras. Biasanya berlaku dlm masyrakat kini, baru dengar org yg kita sendiri mmg x kenai dari mulut sekian2..da kita hukum.."Ishhhh, awaaat teruk sgttt.."

Islam ajar kita dgn cara diam dan dengar dulu, jgn cakap apa2, maksud di sini bukan kita nak menafikan apa cerita yg dibawa, tidak juga membenarkan apa yg dicerita, cuma langkah ini adalah yg paling cantik, iaitu mengambil jln pertengahan sblom kita dapat bukti yg jitu utk menghukum.

Contoh yg semasa, kes Dato' Anwar Ibrahim dituduh meliwat Saiful Bukhari, sabarr..mungkin kita rasa geram...xkan la DSAI yg da berbinii, dan suda jangkau umur lebih stgh abad nak tuuuuuutt dia tu, jambuuu sgtkah dia tu, tapi kot mana pun...tetap x boleh membenarkan DSAI atau menafikan SB melainkan diselesaikan dgn cara yg syarak. Dapat bukti, kukuh..setel...

(da setel da pun..dan Allah Maha Mengetahui)

Tahukah anda ada kisah ketika Saidina Ali menjadi khalifah, baju besi dia kena curi, dia nampak pencuri tu, tp bila kat mahkamah S. Ali RA dan pencuri tu mengadap hakim, hakim tanya
pencuri tu "betui ka?"

pencuri "aku x curi, ni aku punya"

S. Ali "dia mencuri, aku nampak"

Hakim "ada bukti? saksi sapa2, kamu sorg saja nampak x jadi"

S. Ali kata dia sorg ja nampak, maka bukti x kukuh hakim putuskan baju besi tu milik pencuri, pencuri tu tercengang, sambil menangis dan terharu dengan keadilan Islam yg x menghukum dgn sewenang2nya, dia pun mengaku dia yg curi.

powerr x Islam punya pemerintahan dulu...powerr kann...kan...dasat woo..hg khalifah ka sapa ka...syarak tetap syarak

(tapi la ni kuasa hakim bawah kerusi pemerintah =_=" )

Tgk tu tuan2...Saidina Ali tu menantu Nabi, org yg dijamin Allah syurga, tp taat pada keadilan syarak. Kesan berhukum dgn Islam menjadikan pelaku salah pun tunduk dan jernih hati.

Allahu robbi...cool beb kisah ni.

Aku juga benci pada pertuduhan pd DSAI, tp jgn lah kita benci batang tubuh Saiful Bukhari tu..sampai buat group FB 'kami benci Saiful Bukhari'...kesian kt mak pak dia...dia pun sama mcm kita, lapaq makan, dahaga minum, sakit perut pi tandas, demam makan ubat, and he also have a heart, Allah pemegang hati manusia, doa la rahmat utk dia, insya Allah kebaikan doa itu kita dapat balik. tak rugi pun kan...

2 kaki 2 tangan pulak pasai pa? Ya...supaya kita ni lebih banyak bertindak dari dok caaaakaaap ja, dok bloooooging jaa (terasa :P) hingaq macam tin kosong, buat kerja patah haram xdak, penyakit ni slalu dan mostly ada kat orang2 atasan, para pimpinan, (mampuih aku kena ban nanti :P)

Sembang kencang, cakap xnak jatuh, org mcm ni elok sumbat lesung ja mulut dia. Buang masa negara.

Kalaulah mereka meneliti perjalanan Umar Abd Aziz sbg khalifah dgn sebenar-benar penghayatan, pasti mereka x lena tidur dok pikir ada x lagi rakyat aku yg lapar, macam aku...aku tgh lapar ni ;'( soobb soOObb. (heeee :P )




Mulut plak pasai pa satuu ja? haa...good question (cewaah) pasai mulut dia x boleh buat 2 kerja...x boleh bercakap 2 perkataan dalam satu masa. Jadi, pilihlah, nak cakap betul atau siakap senohong gelama ikan duri, cakap bohong lama2 mencuri.

Mmg betui org kata kerana mulut badan binasa, kdg pergaduhan kita tengok dasat macam ngan ribut, bila cek balik, laaaaa...pasai mulut rupanya...dok saling mengata org, kutuk sana sini..

Mulut kalau guna pada jalan taqwa...berbahagialah anggota ni dalam kubur nanti. Kalau guna utk sebarkan aib, buat cerita fitnah, saja2 nak wujudkan pergaduhan, maka tunggulah kebinasaan, tak patah tangan...patah hati...praaaanggggg!

Sama-samalah kita jaga anggota kita ni pada jalan taqwa, mintalah kat Allah tolong jaga mulut kita, tangan kaki mata telinga supaya tak terdorong ke arah maksiat dan perbuatan munkar.

Muhasabah bersama utk saya dan kalian pembaca, semoga sy dan kalian dapat beramal dgn apa yg dinasihati.

Allah menjagaku dan kamu semua.

Maas salam ayhal ikhwatul ahbab.

syukurlah pada nikmat iman dan islam

Bismillahirrahmanirrahim

Dulu masa aku form 1, sebelum aku masuk ke sekolah agama, aku sekolah menengah harian dulu, tapi ada juga dia sediakan asrama, bukan asrama penuh la... x penuh..

iaitu Sekolah Menengah King Edward VII, Taiping..




dekat ja ngan umah aku...tapi my mom asking me to stay at the asrma agar aku bole berdikari menjadi seorang pemuda yang gemilangg, gagahhhh, berkarismaaa (dah.dah.dah.skit2 da la)

ni sekolah omputih...tapi aku x reti la omputih..omhitam reti la :D

sekolah ni terkenal dgn sukan ragbi, tapi oleh kerana saiz aku yang x cukup tempoh :P, maka aku berada di aliran khas pendidikan, bukan pendidikan khas yee, tu org kurg upaya, ni fokus belajoooo aje, yg diberi nama RKB, Rancangan Kelas Bestari.

gilee siooott...bestarii... :P

tapi bukan pasai bestari ka kenari ka duri ka yg aku nak ceghita...

aku kat sekolah tu pun x lama..duk seminggu ja, lepas tu dapat tawar menawar dari sekolah agama, maka aku pun blaahh..amboi...kasoo benooo bahasenyee..ulang suara..maka aku pun mendaftar keluar dr SM King Edward atau org lebih kenai dgn panggil pendek K.E.

ceghita dia..

ada sorang brother ni...dia form 6 atas, indian, nonmuslim...apa yg membuatkan aku sampai skrg ingat ialah dia ni unik, berkepimpinan..ya laa..MPP kan..

hempa bayangkan setiap pagi dia keliling asrama kejut subuhh,

tung tang tung tang!

"bangun bangun bangun....da subuh...."

yg muslim dok menegliat..yg nonmuslim bangun tolong kejut, da tebalik da..

masa di dewan makan...aku menjadi kagum bila dia menegur "haaa...jgn lupa baca doa makan dulu, sorg bangun tolong baca"

hujung minggu ada program qiam punn dia kejutt

mungkin dia byk berkawan dgn muslim melayu...sampai cakap melayu pun x dak la pelat "taruk sini...angkat sini...sana mari...ini macam bla bla "

kan kalo kita dengaq sebahagian chinese or indian kan cakap melayu bunyi gitu...


base by the sory..

jgn la kita kata...alahhh..xdak guna juga...tgk pak sedara nabi, abu talib, syg nabi tp x beriman pon...

at least dia bg bukak mata kita...pertama hidayah ni milik allah, bole jadi skrg ni dia da muslim

yg kedua, muhasabah la kita ni mmg malaihhh, x bsyukur dgn nikmat iman dan islam secara warisan pertalian darah..

yg ketiga, ketahuilah islam itu indah, u xkan jumpa keindahan melainkan dalam islam..mgkn sbb dia nmpak islam ni cool beb...sbb tu dia nk bjinak-jinak beb (amboihh...muda mudi language)

lupa plak nak habaq...lepas tu aku pindah ke Sekolah Menengah Raja Doktor Nazrin Shah, Kg. Gajah.





amboihhh...sekolah nak yg ada nama raja saja.....tadi king lahh...ni raja pulakk

hahaha...tu la....aku rasa aku kena research nasab aku ni..mana la tau..kot2 sampai Sultan Iskandar :P



Ma'as salam ayhal ikhwatul ahbab :)

Dia isteriku..

Bismillahirrahmanirrahim



Dia isteriku..

Matanya lembut berbicara bahasa penglihatan

Tuturnya membayu keluar dari bibir sebuah kasih

Sentuhannya mengalirkan deruan sayang

Senyumnya menutupi fikiranku pada jutaan nestapa

Aku terjadi lupa apa itu derita

Hanya dia hulurkan sebuah jawapan cinta

Melengkapi segala persoalan hidup

Aku landaikan rasa bahagia di riba kesyukuran

Kerana dia aku lebih mengenal makna ketuhanan

Semakin dalam rindu pada sebuah novel kenabian


Dia isteriku..

Bersama mengikat kasih dengan untaian tali taqwa

Memasak cinta dengan sebatang tiang yang bersujud

Memimpin tangannya yang lembut ke arah laman redha

Hari-hari ku bercahaya biar malam menafikan

Hari-hari ku redup biar mentari membahang

Taufiqkan langkah kami ya ilahi

Bersama menongkah ke hadapan

Agar bisa mendekati jendela syurga

Menanti jemputan masuk dariMu Maha Sayang

Ku gubah kelopak puitis ini menjadi jambangan cinta

Buat isteri yang selalu ada untuk ku

I LOVE YOU



hudud ciptaan ulama fiqh??

Bismillahirrahmanirrahim




semoga aku, dia dan kita semua bertaubat kpd Allah kerana kejahilan dan jika ada setitis keraguan pd hukum Allah..

pertama sekali, jangan tanya ada juai minyak enjin x kat kedai bawang, tanya dia ni mmg la jawab mcmtu...jadi hal yg mcm dlm video ni gitu la...mu tanye tun mahathir mmg itu la jawabnye

kedua, bab ni bukan sorg ustaz dan para ulama telah syarah, dah berzaman dah, tapi pasai pa x wat juga? satu ja...pemimpin kata nak..buat la, xnak atau pun jawapan yg pusing2 lalat, maka x buat la, yg tanggung sapa? bukan kita rakyat ni....depa nuuu, si pemimpin jawab la nnt di mahkamah Allah robb izzah

pemimpin ni tuan2...allah lebih muliakan dia dari para ulama', ya...betuii...yg top list mendapat naungan Allah swt akhirat nnt ialah pemimpin, KALAU dia menjadikan syara' sebagai pemutus dalam dasar kerajaaan secara TOTAL.

walaubagaimanapun, kita bersangka baik beliau bercakap kerana TAK TAHU, bukan kerana TAHU TAPI MENDIAMKAN apa yg tahu utk kepentingan nafsu

hasbunallah wa ni'mal wakil...wallahu musta'an

saboor jelah dgr kenyataan mcm ni dari figure yg cukup pengaruh di dunia

adab membaca quran

Bismillahirrahmanirrahim

Hari ni aku mau kongsi skit dgn para pembaca yg budiman pasai adab membaca alquran...baca quran ni tuan2 antara yg paling mudah nk peroleh pahala...byk hadis pasai fadhilat quran dan membacanya....

baru nk mengaji baca tp gagap2...dont be sad...nabi kata org mcm tu 'ajraan', 2x pahala...tp jgn la sengaja baca gagap...kang muka tu cium penampaq jgn tanya kenapa :D

para ulama' kata org camtu dpt 2x ganda pasai baca quran tu dah ibadah, pastu pahala dia berusaha nk baiki fasohah dan makhraj dia...beginner kan...


nnt da pandai baca...kasi paham plak..da paham beramal...then konsisten dgn amalan..tambah lagi pulak hafiz 30 juzuk...allahurobbi....indahkan...smoga Allah anugerahkan kita hati quran :)

tp sini aku nk fokus adab membaca sahaja, baca quran tu da molek da...tp laaaaagi cantik dan indah kalo kita hiasi dgn adab dan santunan bila baca;


1- face to our qiblat...

2- bersiwak...atau bersugi..

3- berwudhuk

4- badan, baju semua kena bersih...seeloknya baju yg sejuk pandangan mata, bukan baju sejuk ya...loyaq bughukk plak hempa...baju melayu tu cantik la tu....jubah ka...

5- baca dgn khusyuk...hayati...la ni byk quran terjemah, ambik baca, rajin lagi pi mengaji tafsir...lagi baguih, atau dengaq kuliah ostat2 kat surau ka...masjid ka...utube ka..

6- hati kasi lapang...jgn dok baca tapi dok teringat bola arsenal lawan kol 10.30 satni :P

7- disunatkan menangis bila sampai ayat yg cerita pasai azab...neraka...kalo x boleh nangis buat2 nangis...x bole gak...hempa buat la cmna pun....buh eyemo ka :P tp maksud disini bukan la nangis smpai baca pun jd tunggang terbalik...sekadar airmata menitis ja....sebak...sayu...

bukannya duk gheyauuu cam baby, hempa tau x gheeyaauuu...rootword dari keriau yg telah di'utara'kan :D keriau ialah nangis gilaaa2 punya

8- alunkan suara, cantikkan melodi...tp kat sini plg penting pandai tajwid dulu na...jgn main hentam ja syok sniri baca beralun lagu...baca x berlagu tp tajwid tepat x pa...cuma lg cantik kalo dpt bg sedap, alah....sora x sedap pun kalo baca tajwid betui jd sedap :D

9- baca elok2...jgn gelak2...atau sambil baca dgn gaya yg malas...tongkat dagu ka...atau seumpamanya

jadi tu la serba skit....semoga aku dan para pembaca budiman Allah jadikan kita org yg suka dan cinta untuk membaca quran, ameen..



maas salam ayhal ikhwatul ahbab :)

mengenang kenangan yg dikenang

Bismillahirrahmanirrahim

15 September 2007 adalah hari bersejarah buat aku, sbb tu la hari aku dengan penuh rasa 'jakun' + 'peraak' (terlalu teruja) buat pertama kali sampai ke airpot KLIA, malam tu aku akan berangkat ke mesir, further my study at al-azhar as-syareef university.

tinggg tooongg!

"penerbangan ke bla bla bla akann bla bla bla sebentar lagi bla bla"

fuuuu.... firstime tgk kapai terobang dekat2 :P dulu laa...skg ni da rasa cam bas loncat da :|
masa tu aku bersama dgn bebudak negeri Perak yg lain, dari sekolah aku sendiri, dan sekolah2 yg lain..

saja aku nak remind balik moment2 dulu...bila aku godek2 pic file kt laptop aku ni nampak gambaq aku yg dulu2...aku dulu ada external hardisk sniri, siap wat folder tahunan, setiap tahun aku ada gambar2 peristiwa yg aku tangkap, bila da 4-5 tahun..pastu tgk blk..aduhaiii.....satu feel yg bagaikan perut lapar dapat nasi kosong buh kicap :D

cepat btui masa berlalu....smoga spjg umur kita smua ni allah terima

tapi sadly... :( soobbb sOObb

hardisk aku telah bunuh diri, abihh smua pic2 lama aku gone..baaaaanyak oooo, tapi nk wat camna...benda nk jadi...maka folder pic tahunan aku terpaksa la mula balik dri tahun duaaa ribu sebelasss

aku pun silap x wat back up.....bukan pa..pjg umoq nnt bg anak cucu tgk

"uiii...tok dulu segak noo"

aku nk dengaq ayat tu ja dr depa nnt :P

pic2 lama bg aku ada sentuhan motivasi yg tersendiri...aku percaya setiap org dia ada kegemilangan dia yg tersendiri dalam hidup, masa sekolah rendah ka...skolah menengah ka...masa duk U ka...

bila smua moment2 indah itu dirakam, kelazatan melihatnya tu kita x rasa lagi melainkan bila da bertahun2 yg lalu

that is one of my ways to make my spirit being tough and growing up

tapi jgn la tgk gambaq ja.....solat mintak doa kt allah tu lebih utama...tu cuma sikiiiit punya crita saja...

selain dari simpan kt hardisk, aku saja nk tepeekk kt blog aku ni skeping dua..kot2 hardisk aku bunuh diri skali lg, at least dlm blog ada lg saki baki :D


2009 rehlah tepi pantai..release kepala di pantai gamasah, mansoura
im the yellow one, hee



rewang before eid adha 2009 in egypt



2010 member's house
during my way going back to home after theology class
this kucin we called john :P



2008...muraja'ah kat umah member
amboih...rajin ngat aihh




2009 kenangan abadi bersama allahyarham rahmah
tok pompuan seblah mak



itu saja utk kali ni utk dikongsi :)
ma'as salam ayhal ikhwatul ahbab

cintai isteri adalah fitrahku..

In the name of Allah Most Gracious Most Merciful

Happy new year 2012...sat sungguh masa berlalu..tup tap tup tap...pejam celik pejam celik tak sedaq yang kita ni makin tua, paling pastinya kita semakin hampir mati. Mati adalah awal kehidupan bagi seorang mukmin...pasai pa, pasai hidup yang hakiki adalah kat akhirat, di sana abaaaadi.....poreber en eber kata orang tepeng :D

Samada kita ni, Allah dgn rahmatnya tempatkan kita kat suurga (indo version) atau neraakaa dan mohon lindung dari maha melindungi..ameen

Tahun ni tak sama macam tahun2 aku yg lalu..pasai pa...??

kerna diriku sudah menjadi laki orang... ^_^

aaAAAApaaaaaa...laaaaaAAki oraaaang.....??!

ya laaa..pasai aku ni lelaki...jadinya aku jadi laki kepada bini aku, pendek cerita tuan2....aku telah pun memiliki isteri yang telah melengkapkan fitrah hidupku sebagai manusia yang bernama lelaki :)

time to sarungg cincin :)

Pernikahanku telah berlangung pada 23 Oktober 2011 yg lalu di kota marudu, sabah. Uuuiiii....kawin ngan org saabaaah baaa...awat jauh sangaaaat?? cinta tak mengenal jarak...apa lagi meter persegi, ceewaaah!

ya laa...nabi saw suh kawin x dak pun habaq pilihlah isteri yg jarak umahnya x lebih 300km bermula dari tembok depan rumah kamu, atau jgn pilih isteri yg jaraknya dengan kamu perlu naik kapai terobanggg (sllurrrp sambil minum kopi ceknah)

yg penting baaaahagiaaaaa.....saling mencintai krn cintakan Allah...saling merindui krn rindukan rasulullah...menjalankan syariatnya...tanggungjwb...bersabar....insya allah pintu syurga x sabar menantimu, ameen

Allah bantu kamu krn kamu membenarkan tauhid allah melalui pernikahan...allah bantu kamu krn kamu laksanakan sunnah nabi saw dgn pernikahan....allah syg kamu krn kamu sayangiNya dgn cara pernikahan....allah bantu kamu hindar dari sgala bapak maksiat dgn mudahkan sgla urusan pernikahan..allah bahagiakan rumahtangga kamu krn kamu mahu cari bahgia di akhirat melalui cara pernikahan..

semoga Allah sampaikan rasa cinta kami ini kepada cintaNya yang maha tinggi itu....moga amal ini disisi Allah dikira sbg amal yg tulus bagi menjadi umat rasulullah saw..yg menjejaki sunnah pernikahan yg mulia, ameen~

salam suaminyeee ^_^


:D


bersama ayah bondaku merangkap mertua bini aku


sgala amanah mertua telah dipindahkan ke pundakku


okeii....maas salam ayhal ikhwatul ahbab..