Bismillahirrahmanirrahim
Allah jadikan kita mata 2, telinga 2, kaki 2, tangan 2, tapi mulut 1 jaa....pasai pa??
Tuan2 pembaca yg budiman,
Mata 2 pasai nak bagi kita ni banyak memandang, tgk kiri kanan, pandang atas bawah, tgk diri seblom nk tgk org...jangan pandang pun x lagi da hukum org bukan2. Atau jgn pandang buruk org tu mcmlah org tu seorang manusia yg xdak harapan syurga pada dia.
Amboihhh...ingat syurga tu pakk hg yg buat, jgn lupa ada kisah wali Allah yg akhir hayatnya menyembah syaitan dan ada ahli maksiat yg akhir nafasnya adalah hamba Allah yg soleh.
Semoga iman kita Allah pelihara selamanya, ameen.
Telinga 2 agar kita ni banyakkan mendengar, jangan macam umat nabi2 yg dulu, baru dengar skit da kata nabi ni sesat, nabi ahli sihir, nabi penipuu. Dengaqq bagi abih dulu...da abih baru bole hukum dgn kepala akal yg waras. Biasanya berlaku dlm masyrakat kini, baru dengar org yg kita sendiri mmg x kenai dari mulut sekian2..da kita hukum.."Ishhhh, awaaat teruk sgttt.."
Islam ajar kita dgn cara diam dan dengar dulu, jgn cakap apa2, maksud di sini bukan kita nak menafikan apa cerita yg dibawa, tidak juga membenarkan apa yg dicerita, cuma langkah ini adalah yg paling cantik, iaitu mengambil jln pertengahan sblom kita dapat bukti yg jitu utk menghukum.
Contoh yg semasa, kes Dato' Anwar Ibrahim dituduh meliwat Saiful Bukhari, sabarr..mungkin kita rasa geram...xkan la DSAI yg da berbinii, dan suda jangkau umur lebih stgh abad nak tuuuuuutt dia tu, jambuuu sgtkah dia tu, tapi kot mana pun...tetap x boleh membenarkan DSAI atau menafikan SB melainkan diselesaikan dgn cara yg syarak. Dapat bukti, kukuh..setel...
(da setel da pun..dan Allah Maha Mengetahui)
Tahukah anda ada kisah ketika Saidina Ali menjadi khalifah, baju besi dia kena curi, dia nampak pencuri tu, tp bila kat mahkamah S. Ali RA dan pencuri tu mengadap hakim, hakim tanya
pencuri tu "betui ka?"
pencuri "aku x curi, ni aku punya"
S. Ali "dia mencuri, aku nampak"
Hakim "ada bukti? saksi sapa2, kamu sorg saja nampak x jadi"
S. Ali kata dia sorg ja nampak, maka bukti x kukuh hakim putuskan baju besi tu milik pencuri, pencuri tu tercengang, sambil menangis dan terharu dengan keadilan Islam yg x menghukum dgn sewenang2nya, dia pun mengaku dia yg curi.
powerr x Islam punya pemerintahan dulu...powerr kann...kan...dasat woo..hg khalifah ka sapa ka...syarak tetap syarak
(tapi la ni kuasa hakim bawah kerusi pemerintah =_=" )
Tgk tu tuan2...Saidina Ali tu menantu Nabi, org yg dijamin Allah syurga, tp taat pada keadilan syarak. Kesan berhukum dgn Islam menjadikan pelaku salah pun tunduk dan jernih hati.
Allahu robbi...cool beb kisah ni.
Aku juga benci pada pertuduhan pd DSAI, tp jgn lah kita benci batang tubuh Saiful Bukhari tu..sampai buat group FB 'kami benci Saiful Bukhari'...kesian kt mak pak dia...dia pun sama mcm kita, lapaq makan, dahaga minum, sakit perut pi tandas, demam makan ubat, and he also have a heart, Allah pemegang hati manusia, doa la rahmat utk dia, insya Allah kebaikan doa itu kita dapat balik. tak rugi pun kan...
2 kaki 2 tangan pulak pasai pa? Ya...supaya kita ni lebih banyak bertindak dari dok caaaakaaap ja, dok bloooooging jaa (terasa :P) hingaq macam tin kosong, buat kerja patah haram xdak, penyakit ni slalu dan mostly ada kat orang2 atasan, para pimpinan, (mampuih aku kena ban nanti :P)
Sembang kencang, cakap xnak jatuh, org mcm ni elok sumbat lesung ja mulut dia. Buang masa negara.
Kalaulah mereka meneliti perjalanan Umar Abd Aziz sbg khalifah dgn sebenar-benar penghayatan, pasti mereka x lena tidur dok pikir ada x lagi rakyat aku yg lapar, macam aku...aku tgh lapar ni ;'( soobb soOObb. (heeee :P )
Mulut plak pasai pa satuu ja? haa...good question (cewaah) pasai mulut dia x boleh buat 2 kerja...x boleh bercakap 2 perkataan dalam satu masa. Jadi, pilihlah, nak cakap betul atau siakap senohong gelama ikan duri, cakap bohong lama2 mencuri.
Mmg betui org kata kerana mulut badan binasa, kdg pergaduhan kita tengok dasat macam ngan ribut, bila cek balik, laaaaa...pasai mulut rupanya...dok saling mengata org, kutuk sana sini..
Mulut kalau guna pada jalan taqwa...berbahagialah anggota ni dalam kubur nanti. Kalau guna utk sebarkan aib, buat cerita fitnah, saja2 nak wujudkan pergaduhan, maka tunggulah kebinasaan, tak patah tangan...patah hati...praaaanggggg!
Sama-samalah kita jaga anggota kita ni pada jalan taqwa, mintalah kat Allah tolong jaga mulut kita, tangan kaki mata telinga supaya tak terdorong ke arah maksiat dan perbuatan munkar.
Muhasabah bersama utk saya dan kalian pembaca, semoga sy dan kalian dapat beramal dgn apa yg dinasihati.
Allah menjagaku dan kamu semua.
Maas salam ayhal ikhwatul ahbab.
2 Comments:
salam en hairil. hehe :D
suke sgt2 n3 ni..menarik..thanx for sharing (^_^)
tula kan..anggota lain leh kate hmpr semuanya de pasangan (ade dua)..tp mulut, 1 je..n yup, sbb mulut bdn binasa..sbb mulut juga (fitnah cnthnye) manusia leh jd gaduh n porak peranda..
cm hairil kate, mulut 1 je, xleh nk ckp 2 perkataan dlm 1 mase..btol tu..sbb tu mulut kena "bekerjasama" dgn hati n otak (aqal) yg juga de 1 je, b4 nk cakap pape.. pas gune deria lihat n dengar, dptkan bukti n hujah yg tepat, barulah ckp..ckp tu pn, biarlah ke arah kebaikan..kalau x, lbh baik diam jela kan..
*mulut 1 pn rs susah nk jage..kalau de 2 mulut, hehe, berganda2 la susah nk jage* (T_T)
to Honeyz:
wslm...ya..terima kasih byk2..betul tu
selamat membaca dan berkongsi..
moga ALlah pelihara lisan kita bersama :)
Post a Comment