In the name of Allah Most Gracious Most Merciful
Aku ni membaca kurang skit nak banding dengan tengok gambar..visual....kalo yang tu 240km/j da masuk dalam otak. Tapi kalau da membaca tak heeeengaaat punya hingaqqqq...silap2 perang sebelah rumah pun x sedaq dek kerana kekhusyukan yang melanda diri tatkala sifat membaca menjana minda mula membahang hebat dalam jiwaaa....yeaaaaahhhhh!! (garangkan muka anda)
-story playing-
Masa aku darjah 1....Ada skali tu cikgu suh kami skelas naik ke pusat sumber(ps)...kena duk dalam tu dan wat kerja masing-masing... Duk kat ps ni best ooooo...langsir cantik2..meja berbalut munge2(bunga) awek pengawas ps pn ade(sensored)..paaaling syok pasai ada aircond ngeeeeh..ngeeh..ngeeeh..ngeehh..
Aku pun paa laaagi......dah tak tahan da ni......gelora sungguh nak membaca...... bergegas langkah panjang cari buku (x penah2 smgt cmni)
GEDEBUUUUK BAAAK! 4 buah buku atas meja..
Maka baca dengan lantangnya sambil meja hampir ke paras dagu kerana ketinggian abdomen aku tak mencukupi kadar yang ideal....
"BURUNG X BOLE BERTELUUR. PAUS ADALAH MAMALIA. KURA-KURA SIFAT FIZIKALNYA ADALAH BERCENGKERANG...BLA BLA BLA BLA~"
suddenly....
"eleh...hairil ni baca kuat-kuat tu nak tunjuk rajin kat orang la tu."
eerrrrrrrrrrrrrkk.. :|
Aku pusing kepala aku dengan kadar tempo 12bit....sekali CIKGU aku yang menghamburkan kata-kata 'perangsang' itu daaaaa..
luluuuh hati ini...~ :( bagi la semangat.......ni gi marah plak.huh~
Tapi dengan positifnya aku andaikan maybe dia ada masalah penghadaman perut kot rini..tu yang bad mood..Aku pun satu....nama pun PUSAT SUMBER-DILARANG MEMBUAT BISING-
Apapun cikgu itu sangat berjasa kepadaku kerana dia aku dipilih naik kelas dari kelas second ke kelas first apabila terpukau dengan kelancaran aku membaca. :P
Today.....bahan bacaan bole didapati di mana2 saja...kalau di mesir ni bersepaaaaaah buku2 yang ilmiah...dan sangat la muraaaaahh...raaaajin ngn maaaalaaas je yang tinggal (terase plak aku :P )
Suruhan membaca ni telah pun Allah gazetkan dalam Quran yang mana mengisahkan Baginda SAW menerima wahyu di gua hira'. Adalah menjadi satu kepandaian bagi kanak-kanak yang seawal usia sudah mampu membaca. Pastinya membaca ini satu perkara yang sangat mulia.
Anda arkitek, peguam, perdana menteri, dan ape-ape je laaa...semuanya bermula dari boleh membaca.
'1Malaysia' kita ni sangat beruntung kerana kita sudah sampai ke tahap 'sifar buta huruf'. Berbeza di mesir ni....masih ramai lagi rakyatnya yang tidak pandai membaca (patutla mubarak kene turun :P )
Nampak x atas tu dia tulis 'Target kita sebelum 2017 semua rakyat mesir mampu mebaca dan menulis"
Tapi apa kaitan aku kena sedaaaas semburan cikgu tadi tu ngn benda ni... (tgh ratah biskut)
Pupuklah anak-anakmu sedari awal dengan ilmu :)
Ma'as salam ayhal ikhwatul ahbab~
0 Comments:
Post a Comment