loving each other...

In the name of Allah Most Gracious Most Merciful



Semua orang menyukai wanita, tetapi mereka berkata "Mencintai wanita adalah awal sebuah derita"



"Bukan wanita yang membuat derita, tetapi mencintai wanita yang tidak mencintaimulah yang akan menciptakan derita bagimu"



~ Imam Asy Syafie ~

Puitis hati

In the name of Allah Most Gracious Most Merciful



Andai aku pemilik segala hati


Akan ku tabur bunga kasih ke dasar naluri
agar semua manusia tahu nilai saling menyayangi

Akan ku sebar haruman rindu di laman nurani
agar si suami tahu melangitnya cinta isteri

Akan ku semai benih cinta di tanah jiwa
agar si bapa tahu si anak perlukan kasih dan perhatiannya

Akan ku hiasi kuntuman sayang di setiap pasu kalbu
agar si anak tahu pengorbanan ibubapa lebih bernilai dari nafasnya


Namun
Aku hanya ciptaanNya yang bersandarkan kudrat sebagai hamba

Terdampar di pantai dunia
Ku cuba renangi namun tenggelam jua

Tersesat di rimba fana
Ku cuba redahi namun tersungkur jua

Allah
Andai ingin melihat pelangi redhaMu
Menuntut aku untuk bermandikan petir
Kuyup sejuk dilebati hujan
Segagah yang ada aku cuba tadahi

Moga semua ini dapat memikatMu
Agar merestui aku

Dari novel hidupku bermula
Hingga ke helaian nafas terakhir


. . . . . . .

Istimewa

In the name of Allah Most Gracious Most Merciful



"Tadi ada eksiden kt depan nu.....abeh bdarah smua....kaki pun abeh.....haa....mati kot.." penuh sentimental Ajis ni cerita kat aku sambil tangannya belah kanan nasi lemak singgit sambal lebih, belah kiri teh O ais dgn xde straw :P


Sambung blk story td....tetiba dia tanya aku


"ari ni jumaat ka...?" tanya ajis

"ada plak.....rini rabu la......" aku jawab

"ooo....esok kamis....pastu baru jumaat kan...."

"ya la.....abes tu awat.."

"alaa....rini baru rabu....tak dan org tu nak jumaat......" ujar dgn muka comel sayu sambil agkt tgn gaya takbir solat.


hahahahahahaha!


Aku pun terus gelak tanpa menghiraukan masyarakat setempat biarpun tawa ku mencapai frekuensi jutaan mega Hz.

Selambe je dia.....tapi bila fikir balik betul la ayat dia tu....mmg x sempat jumaat la kalo ajal dia hari rabu.....

Ajis ni seorang yg 'istimewa' di kampung aku...usianya dlm linkungan 30an...slalu mengambil upah kerja2 kampung sbg kais rezekinya spjg hidup...

Walaupun dia mcm tu....barangkali di sisi Allah dia lebih mulia dari kita yg sering angkuh berjalan di lapangan indah yg bila2 saja menjadi debu.






Ma'as salam ayhal ikhwatul ahbab.....

al-fatihah

In the name of Allah Most Gracious Most Merciful




Semoga Allah mencucuri rahmat ke atas Halimah bt. Ibrahim

Ibu kepada abahku yang telah kembali ke rahmatullah pada

1 Oktober 2010







Ma'as salam ayhal ikhwatul ahbab....