hi tea bersama Aisyah & cakna palestin

Bismillahirrahmanirrahim

Satu hari aku punya tepon ring ring, tengok nama macam kenai, memang la kalo dah duk dalam contact list, aku pun salam and helo sama dia, tung tang tung tang sembang, rupanya membe aku mintak suh aku ganti dia untuk jd translator arabic kepada 2 orang rakyat palestin yang mai ke malaysia ni untuk kutip dana atau sumbangan, nak bantu rakyat2 palestin sana nuu.

Mula tu aku kurang nak menerima tugas tu, pasai aku pun bukan fluent sangat arabic ni, takat sembang pi beli ikan sayoq kat pasar bole la, tapi orang mintak tolong sangat, xdak orang dah kata dia, maka aku pun pilih untuk klik button yes, atau in arabic we say it na'am, cewaah :P

Lagi pun tengah duk cuti ni, bini aku si peneman setia ni pulak masih tunggu posting guru, maka kami pun join bersama sambil2 berbulan madu, huhuhu (gelak sopan)

Program ni sebenarnya Hi Tea bersama Aisyah, anjuran muslimat PAS kawasan (ehem2.sy bukan blogger politik), jadi NGO Cakna Palestin ni mengambil sedikit ruang dan peluang untuk jalankan kutipan derma, hempa nak tau Cakna Palestin tu apa? hempa google seniri la noo..jangan pulak sampai aisyah tu pun nak tanya aku dia sapa, alaaaa...yg

"HAAAAATI MEMMMBEKU MENGINGAATKANNN!~"

Rupanya bukan calang2 orang arab yang aku nak jumpa ni, sorang lecturer Gaza Islamic University, sorang lagi menteri kesihatan Palestin. gulp gulp gulp da tekak aku, dup dap dup dap da jantungku, tapi bila da berbual ternyata mereka ni sangat senang didekati, rasa maaaaacam pak menakan seniri..

Alhamdulillah, bila aku tengok depa ni, aku sebenarnya memandang mata sekalian rakyat palestin di sana, yang mana depa tak dapat tengok aku, dan aku pun tak dapat tengok depa, namun kami bertemu kerana keimanan hati kami ini telah Allah pertemukan sejak awal lagi sebelum jasad saling bersua, dan aku berdoa kepada Allah semoga aku dan kalian para pembaca direzekikan oleh Allah untuk bertamu ke tempat yang dikatakan oleh nabi saw sebagai tempat yang sangat suci lagi mulia selain dari Makkah dan Madinah.

 dari kiri: ehem2, Dr. Abu Mahmud Yahya Sya'fa (pensyarah unv. islam gaza), Dr. Khalil Abu Ahmad
(Menteri Kesihatan Palestin)


 bagi seorang yang ketaq lutut macam aku, maka haruslah aku tulis apa yg nak cakap :P


 ku lihat hijauuu :D


bergambar kenangan, aku dan si manis isteriku syg yg x ubah macam tangga 
dek kerana tetotnya kami :P


 Si tomeiku ini sempat bergambar kenangan dengan Aisyah ;)

Bertemu dengan insan seperti mereka ni memang mentarbiyah hati. Semoga ukhwah bersama Dr. Abu Mahmud Yahya Sya'fa dan Dr. Khalil Abu Ahmad ini Allah panjangkan sampai ke syurga,

kepada Aisyah, moga Allah kurniakan istiqomah, ameen~

2 main point ucapan Dr. Mahmud yang aku sematkan dlm ingatan dan hati,

1) tanamkan rasa cinta kepada palestin
2) jangan lupa doakan palestin pada setiap solat

 Tuan2,

Palestin tu adik beradik kita semua, kita nak angkat bazoka, mortar memang tak larat, nak pi pun jauh, habih2 pun kita tolong la dengan doa. aku percaya, kalo palestin satu hari nanti bebas, menang, dapat takluk kembali tanah mulia itu, aku dan kalian pasti akan mengalirkan airmata on the spot, pasai kita berasa doa kita juga tergolong dalam berbilion doa para muslimin yg lain itu, naik diterima oleh Allah.

Ya Allah, mudahkanlah kami untuk berbakti dan membantu agama-Mu.ameen~

Semoga amalan aku dan kalian semua diterima Allah.


Ma'as salam ayhal ikhwatul ahbab

Sanah Helwah buat isteri tersayang


Bismillahirrahmanirrahim



selamat hari lahir buat isteriku yg tersayang..

semoga Allah berkati sepanjang usia syg,

semakin hari semakin bertambah sinar hidup,

sentiasa tabah dan sabar,

and stay cuteee!

ameeen~


opss, tambah skit lg, smoga Allah limpah keampunan dan rahmatNya buat syg...

diluaskan pintu rezeki, dikurniakan zuriat yg soleh buat kita,

paling penting..bersama di jannah a'liah dengan izin rahmat Allah..

ameen ya rob alamin~

Ramadhan untuk berubah

Bismillahirrahmanirrahim

Hari ni adalah hari ke 15 Ramadhan bg tahun 1433H bersamaan 4 Ogos 2012. Alhamdulillah...banyak nikmat yg Allah da bagi...tinggal lagi kita turut perintah dan tinggal laranganNya saja.



Dah banyak bulan posa yang aku tempuhi, terjahi, harungi, renangi, rentasi, rempuhi, hadapi dan segala2 yg bunyi eeeee kt belakang, tapi apa la perubahan yg dah kita buat, ke arah kecemerlangan atau keruntuhan?? (dgn gaya pembahas terbaik)

Tadi baru taksat(kejap tadi) aku melabuhkan punggungku di atas sofa yg berpengkalan di ruang tamu rumah mertuaku untuk menjamu mata apa channel best pagi2 ni, ceee...nak habaq kata x tidoq pagi la ni :P

daakk aihhh, saja2 la aku petik suis remote nak tgk apa update olimpik, pasai chong wei dengaq kata da final nak berjumpa dgn seteru abadi dia lin dan, dan mau tau bila keirin si azizul hasni tu mula, semangat sukan gua tinggi beb , MALAYSIA!! yeyehh :P

skali takdir Allah Maha Penyayang, Dia tentukan halatuju jari aku tekan tv 1, maka keluarlah satu rancangan yg bertajuk 'anda musykil', program bual dari satu org ostat utk jawab soalan2 dari mereka yg menelepon dan yg memfesbuk.

ceeee...nak habaq kata dia tgk ceremah2 baik la tu :P

isshh...bukan lagu tu...cuma nak share sesama kita apa yg manfaat. Antara nasihat dia ialah suruh jadikan bulan posa ni sbg bulan perubahan, kalo dulu baloq liat (malas tahap dewa) nak solat ka , nk baca quran ka, dengar kuliah2 ka, nah..bulan posa ni kita ubah bg boleh, ya la...kalaupun hat yg bulan2 sblom ni x penah buat...jangan la bulan posa pun x nak buat langsung...




sekurang2nya ada juga satu dua amalan kita yg mana kita dah rekod dalam buku hidup kita utk kita sembahkan di hadapan Rob Izzah utk bagitau "ya allah...aku ada buat amalan sekian2, moga dgn rahmatMu diterima" contoh...

moga dalam sepanjang hidup kita yg 'rajinn la sgt' nak amal ibadat ni...dgn satu dua amalan yg penah kita buat tu, ia dapat menghapuskan semua amalan buruk kita, dan menjadi asbab kita ke syurga insya allah...ameen

eleh..kalo takat bulan posa ja buat, pastu haaraaamm tinggaii baik x payah-  tidakk...nak crita sini sekurang2nya.....omputih kata at least, arab kata a'lal aqol, tapi kalo lepas posa dia berterusan..istiqomah...lagi baguihh...mmg itu yg islam mahukan..dari kita satu kuman pon x buat langsung, mmg kompom da tempah nama kt tiket neraka, nauzubillah

moga-moga juga amalan itu jugalah boleh memikat Allah taala agar Dia menjamin keselamatan kita di dunia dan akhirat..

Sebab pasai ada bulan ramadhan ni la kita yg jadi malas nak beribadat ni tetiba jd semangat, pasai ada bulan posa ni la kita jadi rajin tangan nak bukak quran, pasai ada bulan posa ni la kita jadi gagah nak tahan mulut ni dari mengeji, memfitnah, maki hamun dan seumpamanya.

kalo la x disyariatkan pada kita satu bulan yg hebat macam ni...belum tentu kita ada terdorong nak beramal soleh, betui dak tuan2? ya betui (aku jawab sniri)

jadi tuan2, bersama2lah aku dan kalian semua..ayuh kita ubah pelan2 diri kita, insya allah...Allah xkan sia2kan hambaNya yg mahu berubah menjadi soleh..


Ma'as salam :)

nak conteng2 balik

Bismillahirrahmanirrahim


home sweet home, bersama isteri pulang ke halaman mertua

Dah lama x conteng-conteng..aku nak mula balik la macam mula2 zaman syok sendiri dulu :P
ya la..dulu kan mula2 create blog amboihh bukan main, tulih sana tulih sini..., sampai tidoq tu kalo boleh laptop tepi telinga..dulu punya ceghita la..

la ni da tua2 aku penat skit :D

gambaq di atas adalah pemandangan KK (kota kinabalu) dari dalam flite..

ma'as salam.

kenapa 1 bukan 2?

Bismillahirrahmanirrahim

Allah jadikan kita mata 2, telinga 2, kaki 2, tangan 2, tapi mulut 1 jaa....pasai pa??

Tuan2 pembaca yg budiman,


Mata 2 pasai nak bagi kita ni banyak memandang, tgk kiri kanan, pandang atas bawah, tgk diri seblom nk tgk org...jangan pandang pun x lagi da hukum org bukan2. Atau jgn pandang buruk org tu mcmlah org tu seorang manusia yg xdak harapan syurga pada dia.

Amboihhh...ingat syurga tu pakk hg yg buat, jgn lupa ada kisah wali Allah yg akhir hayatnya menyembah syaitan dan ada ahli maksiat yg akhir nafasnya adalah hamba Allah yg soleh.

Semoga iman kita Allah pelihara selamanya, ameen.



Telinga 2 agar kita ni banyakkan mendengar, jangan macam umat nabi2 yg dulu, baru dengar skit da kata nabi ni sesat, nabi ahli sihir, nabi penipuu. Dengaqq bagi abih dulu...da abih baru bole hukum dgn kepala akal yg waras. Biasanya berlaku dlm masyrakat kini, baru dengar org yg kita sendiri mmg x kenai dari mulut sekian2..da kita hukum.."Ishhhh, awaaat teruk sgttt.."

Islam ajar kita dgn cara diam dan dengar dulu, jgn cakap apa2, maksud di sini bukan kita nak menafikan apa cerita yg dibawa, tidak juga membenarkan apa yg dicerita, cuma langkah ini adalah yg paling cantik, iaitu mengambil jln pertengahan sblom kita dapat bukti yg jitu utk menghukum.

Contoh yg semasa, kes Dato' Anwar Ibrahim dituduh meliwat Saiful Bukhari, sabarr..mungkin kita rasa geram...xkan la DSAI yg da berbinii, dan suda jangkau umur lebih stgh abad nak tuuuuuutt dia tu, jambuuu sgtkah dia tu, tapi kot mana pun...tetap x boleh membenarkan DSAI atau menafikan SB melainkan diselesaikan dgn cara yg syarak. Dapat bukti, kukuh..setel...

(da setel da pun..dan Allah Maha Mengetahui)

Tahukah anda ada kisah ketika Saidina Ali menjadi khalifah, baju besi dia kena curi, dia nampak pencuri tu, tp bila kat mahkamah S. Ali RA dan pencuri tu mengadap hakim, hakim tanya
pencuri tu "betui ka?"

pencuri "aku x curi, ni aku punya"

S. Ali "dia mencuri, aku nampak"

Hakim "ada bukti? saksi sapa2, kamu sorg saja nampak x jadi"

S. Ali kata dia sorg ja nampak, maka bukti x kukuh hakim putuskan baju besi tu milik pencuri, pencuri tu tercengang, sambil menangis dan terharu dengan keadilan Islam yg x menghukum dgn sewenang2nya, dia pun mengaku dia yg curi.

powerr x Islam punya pemerintahan dulu...powerr kann...kan...dasat woo..hg khalifah ka sapa ka...syarak tetap syarak

(tapi la ni kuasa hakim bawah kerusi pemerintah =_=" )

Tgk tu tuan2...Saidina Ali tu menantu Nabi, org yg dijamin Allah syurga, tp taat pada keadilan syarak. Kesan berhukum dgn Islam menjadikan pelaku salah pun tunduk dan jernih hati.

Allahu robbi...cool beb kisah ni.

Aku juga benci pada pertuduhan pd DSAI, tp jgn lah kita benci batang tubuh Saiful Bukhari tu..sampai buat group FB 'kami benci Saiful Bukhari'...kesian kt mak pak dia...dia pun sama mcm kita, lapaq makan, dahaga minum, sakit perut pi tandas, demam makan ubat, and he also have a heart, Allah pemegang hati manusia, doa la rahmat utk dia, insya Allah kebaikan doa itu kita dapat balik. tak rugi pun kan...

2 kaki 2 tangan pulak pasai pa? Ya...supaya kita ni lebih banyak bertindak dari dok caaaakaaap ja, dok bloooooging jaa (terasa :P) hingaq macam tin kosong, buat kerja patah haram xdak, penyakit ni slalu dan mostly ada kat orang2 atasan, para pimpinan, (mampuih aku kena ban nanti :P)

Sembang kencang, cakap xnak jatuh, org mcm ni elok sumbat lesung ja mulut dia. Buang masa negara.

Kalaulah mereka meneliti perjalanan Umar Abd Aziz sbg khalifah dgn sebenar-benar penghayatan, pasti mereka x lena tidur dok pikir ada x lagi rakyat aku yg lapar, macam aku...aku tgh lapar ni ;'( soobb soOObb. (heeee :P )




Mulut plak pasai pa satuu ja? haa...good question (cewaah) pasai mulut dia x boleh buat 2 kerja...x boleh bercakap 2 perkataan dalam satu masa. Jadi, pilihlah, nak cakap betul atau siakap senohong gelama ikan duri, cakap bohong lama2 mencuri.

Mmg betui org kata kerana mulut badan binasa, kdg pergaduhan kita tengok dasat macam ngan ribut, bila cek balik, laaaaa...pasai mulut rupanya...dok saling mengata org, kutuk sana sini..

Mulut kalau guna pada jalan taqwa...berbahagialah anggota ni dalam kubur nanti. Kalau guna utk sebarkan aib, buat cerita fitnah, saja2 nak wujudkan pergaduhan, maka tunggulah kebinasaan, tak patah tangan...patah hati...praaaanggggg!

Sama-samalah kita jaga anggota kita ni pada jalan taqwa, mintalah kat Allah tolong jaga mulut kita, tangan kaki mata telinga supaya tak terdorong ke arah maksiat dan perbuatan munkar.

Muhasabah bersama utk saya dan kalian pembaca, semoga sy dan kalian dapat beramal dgn apa yg dinasihati.

Allah menjagaku dan kamu semua.

Maas salam ayhal ikhwatul ahbab.