Rest Forever

In the name of Allah Most Gracious Most Merciful



AL-FATIHAH

for

The Grand Imam of Al-Azhar Mohammed Sayyed Tantawi
May Allah bless and mercy him


Journey to the infinity world
.
.
.
.
.
Never end
.
.
.
.
.

Allah...
please put him into your jannah with others solihin
with Your mercy




"Only those of His bondmen who possess knowledge (ulama') fear Allah"
: Al-Fatir,28

Habib Ali Al-Jufri | tarikan mata dunia




::Kelahiran::

-dilahirkan di Jeddah pada waktu pagi, hari jumaat, 20 Safar 1391 bersamaan 16 April 1971
-ibu bapanya daripada pecahan zuriat Al-Imam Al-Husain b. Ali Alaihimas Salam




::Nasab::


-Ali Zainil Abidin b. Abd Rahman b. Ali b. Muhammad b. Ulwi b. Ali b. Ulwi b. Ali b. Ahmad b. Ulwi Ibni Abd Rahman Maula Al-A'rsyah b. Muhammad b. Abdullah At-Turisi b. Ulwi Al-Khawas b. Abi Bakar Al-Jufri b. Muhammad b. Ali b. Muhammad b. A-Syahid Ahmad b. Al-Faqih Al-Muqaddam Al-Ustaz Al-A'zam Muhammad b. Ali b. Muhammad Sohib Mirbad Ibni Ali Khali' Qism b. Ulwi b. Muhammad b. Ulwi b. Ubaidillah b. Al-Muhajir ilallah Ahmad b. Isa b. Muhammad An-Naqib b. Ali Al-A'ridhi b. Ja'far As-Sodiq b. Muhammad Al-Baqir b. Ali Zainil Abidin b. Al-Husain As-Sabd, Ibnu Ali b. Abi Tolib karamallah Wajhah, isterinya Al-Batoul(gadis perawan) Fatimah Az-Zahra' bt. Rasulullah S.A.W

-bondanya As-Syarifah Marwamah bt. Hasan b. Ulwi b. Hasan b. Ulwi b. Ali Al-Jufri

-sejak kecil lagi sudah menuntut ilmu melalui makcik sebelah bondanya, Sofiah bt. Ulwi b. Hasan Al-Jufri

-ilmunya bersanad hingga sampai ke Rasulullah S.A.W

-ramai ulama' agung yang telah banyak mencurahkan bakti untuk mendidik beliau, namun saya nyatakan beberapa orang sahaja, selebihnya...kengkawan, pokcik mokcik, abe kakok, mak mertua to be :P ...bole rujuk di laman Asy-Syeikh...

-mereka ialah:

1) Al-Allamah Al-Murabbi Al-Habib Abd Qodir b. Ahmad As-Saqaf
2) Al-Allamah Al-Murabbi Al-Habib Ahmad Masyhur b. Toha Al-Hadad

3) Al-Murabbi Al-Habib Abu Bakar Al-Attas b. Abdillah Al-Habsyi

4) Muhaddis Al-Haramain, Al-Allamah As-Seid Muhammad b. Ulwi b. Abbas Al-MalikiAl-Hasani

5) Al-Allamah An-NAsik Al-Habib Hamid b. Ulwi b. Toher Al-Hadad




::Karier::

-2005_1426H : Mudir Am, Pusat Kajian Tobah, Emiriah Arab Bersatu

-2003_1424H : Kakitangan Majlis Pengurusan Pengajian Islam, Darul Mustafa, Tariem,Yaman

-2007_1428H : Kakitangan Amil Pusat Yayasan Ideologi Islam Ali Bait, Amman, Jordan

-2003_1424H : Kakitangan Pusat Kajian Akademi Kebudayaan Eropah, Brussels, Belgium

-2007_1428H : Setiausaha Majlis Anugerah Kasih, Abu Dhabi

-2002_1423H - 2006_1427H : Timbalan Dekan Pengajian ISlam, Darul Mustafa

-1997_1418H : Pensyarah (musim panas) Pengajian ISlam, Darul Mustafa



::Aktiviti::


-mengadakan pengajian, majlis ilmu dan dakwah di pelbagai negara bermula pada tahun 1991 | 1412H di sekitar bandar Yaman

-kemudian pada tahun 1993 | 1414H, mula mengembangkan sayap dakwahnya di luar negara seperti :



~ Arab: UAE, Jordan, Bahrain, Saudi, Sudan, Syria, Oman, Qatar, Kuwait, Lubnan, Libya, Mesir, Maghribi, Mauritania, Comoros, Djibouti

~ Asia: Indonesia, Malaysia, Singapura, India, Bangladesh, Sri Lanka

~ Afrika: Kenya, Tanzania

~ Eropah: Britain, German, Perancis, Belgium, Holand, Ireland, Denmark, Bosnia dan Herzegovina, Turki

~ Amerika

-beliau juga banyak menghadiri di banyak universiti di seluruh dunia bagi membincangkan pelbagai isu semasa, seperti:

~Universiti Santa Clara
~Universiti San Diego
~Universiti Miami

~Universiti California Selatan


selain itu di:

~Stadium Wembley, London
~Ucapan di Kediaman Lord British
~diskusi `Radical Middle Way' di seluruh Britain

~lebih dari 300 kuliah beliau telah dirakamkan melalui media

-Asy-Syeikh juga banyak menghadiri pelbagai perhimpunan yang melibatkan himpunan para ulama' di seluruh dunia.

-dalam masa yang sama, beliau selalu muncul di banyak saluran kaca TV untuk menyampaikan pengajian, tazkirah dan banyak lagi.




sumber:
http://www.alhabibali.com/ar/links/

Syeikh Wahbah Zuhaili | ilmu yang menggunung..


::Kelahiran dan Pendidikan::

-dilahir di Dir Atiah, sekitar kawasan Damsyik pada tahun 1932

-bapanya seorg Hafiz Quran, pencinta sunnah Nabi, seorang peniaga dan petani

-telah berkahwin dan memiliki 5 orang anak, kesemuanya telah menghabiskan pengajian, manakala anak yang terakhir masih lagi menuntut

-pendidikan awal beliau di tempat lahirnya sendiri

-beralih ke peringkat menengah di Kuliah Syariah, Damsyik selama 6 tahun dengan memperolehi kecemerlangan secara keseluruhan pada tahun 1952

-menghabiskan pengajian di Kuliah Syariah, Al-Azhar pada tahun 1956 sebelum beralih ke Kuliah Bahasa Arab dengan mengambil sekaligus bersamanya Diploma Pendidikan

-BA. Hons (Perundangan), Universiti Ain Syams, 1957

-1959, Master (Perundangan), Universiti Kaherah


-mendapat kedoktoran dalam bidang perundangan (Syarian Islamiah), 1963


-1963, menjadi tenaga pengajar Universiti Damsyik sebelum menjadi pembantu profesor pada tahun 1969


-1975, menjadi profesor dan aktif mengajar dan menulis, ceramah awam dan khas, beliau bekerja selama 16 jam sehari
...emm...lama tu.....kita...???

-Syeikh seorang yang mahir dalam bidang Fiqh dan Usul Fiqh

-beliau juga mengajar Fiqh Muqoran di Kuliah Syariah dan beberapa subjek Syariah di Kuliah Perundangan, Universiti Damsyik



::Para Gurunya::

Di Damsyik:-

- Syeikh Mahmud Yasin(Hadis)
- Syeikh Mahmud Ar-Rankusi(Aqidah)

- Syeikh Hasan As-Syati(Faraidh)

- Syeikh Hasyim Al-Khatib(Fiqh Syafie)
- Syeikh Lutfi Al-Fayumi(Usul Fiqh & Ulum Hadis)
- dan banyak lagi.......

Di Mesir:-

- Syeikh Al-Azhar Mahmud Syaltut
- Imam Doktor Abd Rahman Taj

- Syeikh Isa
- dan banyak lagi...




- Syeikh juga banyak mengikuti aktiviti2 luar dan dalam negara yang sy x senaraikan dalam ni....tuan2 dan puan2, pokcik mokcik, abe kakok adik2, pak n mak mertua(to be.. :p) bole rujuk dlm web Asy-Syeikh...

-mudah2an Allah berkati Asy-Syeikh dan kita....

-SELAMAT MAJU JAYA KEPADA SEMUA

sumber:

http://www.zuhayli.com/

Syeikh Ali Jum'ah Mufti Besar Mesir | ulama' tersohor masa kini





::Kelahiran::

-beliau Abu Ibadah Nuruddin Ali b. Jum'ah b. Muhammad b. Abd. Wahhab b. Salim b. Abdullah b. Salman R.A


-dilahirkan pada hari Isnin, 7 Jamadil Akhir 1371 H bersamaan 3 Mac 1952 di Bandar (Bani Suwaif) Mesir.


-ibunya Fathiyah Hanim bt. Ali b. Aid b. Salim b. Salim al-Jundi al-Hamawi

-bapanya Jum'ah b. Muhammad b. Abd Wahhab, anak sulong Muhammad b. Abd Wahhab dan Saiyidah Siddiqah bt. Khalil b. Aid b. Salim al-Jundi






::Perkembangan Hidup::

-bermula pendidikannya sejak dari rumahnya lagi dengan penuh keilmuan dan ketakwaan, diajarkan kemuliaan akhlak terpuji, dan ditanam dengan prinsip ketokohan

-mula bertalaqqi sejak berumur 5 tahun

-Syahadah Ibtida'iah pada tahun 1963


-Syahada I'dadiah pada tahun 1966 di bandar (Bani Suwaif)


-mula menghafal Quran ketika berumur 10 tahun, telah menyempurnakan bacaannya dengan para Syeikh pada tahun 1969.

-dan kini telah berkahwin dan memiliki 3 anak perempuan dan kesemuanya telah berkawhwin, dan memiliki cucu.





::Pendidikan::

-melanjutkan pengajian di Universiti Al-Azhar, mula bertalaqqi dengan para Syeikh dan Ulama'-ulama' Besar

-menghafal banyak matan antaranya:
-Tuhfatul Atfal(Tajwid)
-Alfiah Ibnu Malik(Nahu)

-Ar-Rahbiah(Mirath)
-Matan Abi Syuja'(Feqah Syafie)
-Manzumah Baiquniah(U.Hadis)
-dan banyak lagi...


-menjadi graduan Al-Azhar pada tahun 1979

-kemudian memperolehi Master dalam bidang Usul Fiqh, Kuliah Syariah Wa Qanun pada tahun 1985 dengan keputusan cemerlang

-seterusnya Ph.d pada tahun 1988





::Para Gurunya::


1. Syeikh Abdullah b. As-Siddiq Al-Ghimari

2. Syeikh Abdul Fattah Abu Ghuddah

3. Syeikh Muhammad Abu Nur Zahir

4. Syeikh Jadurabbi Ramadhan Jum'ah

5. Syeikh Husaini Yusuf As-Syeikh

6. Syeikh Abd. Jalil Al-Qaransyawi Al-Maliki

7. Syeikh Jadul Haq Ali Jad Haq (Syeikh Imam Besar Al-Azhar)

8. Syeikh Abd. Aziz Az-Ziyat

9. Syeikh Muhammad Ismail Al-Hamdani

10. Syeikh Ahmad Muhammad Mursi An-Naqsyabandi


-dan banyak lagi para syeikh yang saya tak tertulis kat sini....


-selain daripada itu, beliau juga menuntut ilmu pengajian yang lain seperti:
-sistem ekonomi islam

-sistem ekonomi barat
-perbankan dan kewangan
-perakaunan

-perundangan
-pentadbiran
-matematik


-Syeikh juga telah memiliki sanad keempat-empat mazhab kesemuanya

-inilah sedikit sebanyak yang saya mampu utk menggali salasilah dan kehidupan ulama' yang agung ini, moga Allah berkatinya dan kita, kalau ada sebarang ralat maklumat bole tegoQ saya na...


sumber:
http://www.alimamalallama.com/