hi tea bersama Aisyah & cakna palestin

Bismillahirrahmanirrahim

Satu hari aku punya tepon ring ring, tengok nama macam kenai, memang la kalo dah duk dalam contact list, aku pun salam and helo sama dia, tung tang tung tang sembang, rupanya membe aku mintak suh aku ganti dia untuk jd translator arabic kepada 2 orang rakyat palestin yang mai ke malaysia ni untuk kutip dana atau sumbangan, nak bantu rakyat2 palestin sana nuu.

Mula tu aku kurang nak menerima tugas tu, pasai aku pun bukan fluent sangat arabic ni, takat sembang pi beli ikan sayoq kat pasar bole la, tapi orang mintak tolong sangat, xdak orang dah kata dia, maka aku pun pilih untuk klik button yes, atau in arabic we say it na'am, cewaah :P

Lagi pun tengah duk cuti ni, bini aku si peneman setia ni pulak masih tunggu posting guru, maka kami pun join bersama sambil2 berbulan madu, huhuhu (gelak sopan)

Program ni sebenarnya Hi Tea bersama Aisyah, anjuran muslimat PAS kawasan (ehem2.sy bukan blogger politik), jadi NGO Cakna Palestin ni mengambil sedikit ruang dan peluang untuk jalankan kutipan derma, hempa nak tau Cakna Palestin tu apa? hempa google seniri la noo..jangan pulak sampai aisyah tu pun nak tanya aku dia sapa, alaaaa...yg

"HAAAAATI MEMMMBEKU MENGINGAATKANNN!~"

Rupanya bukan calang2 orang arab yang aku nak jumpa ni, sorang lecturer Gaza Islamic University, sorang lagi menteri kesihatan Palestin. gulp gulp gulp da tekak aku, dup dap dup dap da jantungku, tapi bila da berbual ternyata mereka ni sangat senang didekati, rasa maaaaacam pak menakan seniri..

Alhamdulillah, bila aku tengok depa ni, aku sebenarnya memandang mata sekalian rakyat palestin di sana, yang mana depa tak dapat tengok aku, dan aku pun tak dapat tengok depa, namun kami bertemu kerana keimanan hati kami ini telah Allah pertemukan sejak awal lagi sebelum jasad saling bersua, dan aku berdoa kepada Allah semoga aku dan kalian para pembaca direzekikan oleh Allah untuk bertamu ke tempat yang dikatakan oleh nabi saw sebagai tempat yang sangat suci lagi mulia selain dari Makkah dan Madinah.

 dari kiri: ehem2, Dr. Abu Mahmud Yahya Sya'fa (pensyarah unv. islam gaza), Dr. Khalil Abu Ahmad
(Menteri Kesihatan Palestin)


 bagi seorang yang ketaq lutut macam aku, maka haruslah aku tulis apa yg nak cakap :P


 ku lihat hijauuu :D


bergambar kenangan, aku dan si manis isteriku syg yg x ubah macam tangga 
dek kerana tetotnya kami :P


 Si tomeiku ini sempat bergambar kenangan dengan Aisyah ;)

Bertemu dengan insan seperti mereka ni memang mentarbiyah hati. Semoga ukhwah bersama Dr. Abu Mahmud Yahya Sya'fa dan Dr. Khalil Abu Ahmad ini Allah panjangkan sampai ke syurga,

kepada Aisyah, moga Allah kurniakan istiqomah, ameen~

2 main point ucapan Dr. Mahmud yang aku sematkan dlm ingatan dan hati,

1) tanamkan rasa cinta kepada palestin
2) jangan lupa doakan palestin pada setiap solat

 Tuan2,

Palestin tu adik beradik kita semua, kita nak angkat bazoka, mortar memang tak larat, nak pi pun jauh, habih2 pun kita tolong la dengan doa. aku percaya, kalo palestin satu hari nanti bebas, menang, dapat takluk kembali tanah mulia itu, aku dan kalian pasti akan mengalirkan airmata on the spot, pasai kita berasa doa kita juga tergolong dalam berbilion doa para muslimin yg lain itu, naik diterima oleh Allah.

Ya Allah, mudahkanlah kami untuk berbakti dan membantu agama-Mu.ameen~

Semoga amalan aku dan kalian semua diterima Allah.


Ma'as salam ayhal ikhwatul ahbab

Ramadhan untuk berubah

Bismillahirrahmanirrahim

Hari ni adalah hari ke 15 Ramadhan bg tahun 1433H bersamaan 4 Ogos 2012. Alhamdulillah...banyak nikmat yg Allah da bagi...tinggal lagi kita turut perintah dan tinggal laranganNya saja.



Dah banyak bulan posa yang aku tempuhi, terjahi, harungi, renangi, rentasi, rempuhi, hadapi dan segala2 yg bunyi eeeee kt belakang, tapi apa la perubahan yg dah kita buat, ke arah kecemerlangan atau keruntuhan?? (dgn gaya pembahas terbaik)

Tadi baru taksat(kejap tadi) aku melabuhkan punggungku di atas sofa yg berpengkalan di ruang tamu rumah mertuaku untuk menjamu mata apa channel best pagi2 ni, ceee...nak habaq kata x tidoq pagi la ni :P

daakk aihhh, saja2 la aku petik suis remote nak tgk apa update olimpik, pasai chong wei dengaq kata da final nak berjumpa dgn seteru abadi dia lin dan, dan mau tau bila keirin si azizul hasni tu mula, semangat sukan gua tinggi beb , MALAYSIA!! yeyehh :P

skali takdir Allah Maha Penyayang, Dia tentukan halatuju jari aku tekan tv 1, maka keluarlah satu rancangan yg bertajuk 'anda musykil', program bual dari satu org ostat utk jawab soalan2 dari mereka yg menelepon dan yg memfesbuk.

ceeee...nak habaq kata dia tgk ceremah2 baik la tu :P

isshh...bukan lagu tu...cuma nak share sesama kita apa yg manfaat. Antara nasihat dia ialah suruh jadikan bulan posa ni sbg bulan perubahan, kalo dulu baloq liat (malas tahap dewa) nak solat ka , nk baca quran ka, dengar kuliah2 ka, nah..bulan posa ni kita ubah bg boleh, ya la...kalaupun hat yg bulan2 sblom ni x penah buat...jangan la bulan posa pun x nak buat langsung...




sekurang2nya ada juga satu dua amalan kita yg mana kita dah rekod dalam buku hidup kita utk kita sembahkan di hadapan Rob Izzah utk bagitau "ya allah...aku ada buat amalan sekian2, moga dgn rahmatMu diterima" contoh...

moga dalam sepanjang hidup kita yg 'rajinn la sgt' nak amal ibadat ni...dgn satu dua amalan yg penah kita buat tu, ia dapat menghapuskan semua amalan buruk kita, dan menjadi asbab kita ke syurga insya allah...ameen

eleh..kalo takat bulan posa ja buat, pastu haaraaamm tinggaii baik x payah-  tidakk...nak crita sini sekurang2nya.....omputih kata at least, arab kata a'lal aqol, tapi kalo lepas posa dia berterusan..istiqomah...lagi baguihh...mmg itu yg islam mahukan..dari kita satu kuman pon x buat langsung, mmg kompom da tempah nama kt tiket neraka, nauzubillah

moga-moga juga amalan itu jugalah boleh memikat Allah taala agar Dia menjamin keselamatan kita di dunia dan akhirat..

Sebab pasai ada bulan ramadhan ni la kita yg jadi malas nak beribadat ni tetiba jd semangat, pasai ada bulan posa ni la kita jadi rajin tangan nak bukak quran, pasai ada bulan posa ni la kita jadi gagah nak tahan mulut ni dari mengeji, memfitnah, maki hamun dan seumpamanya.

kalo la x disyariatkan pada kita satu bulan yg hebat macam ni...belum tentu kita ada terdorong nak beramal soleh, betui dak tuan2? ya betui (aku jawab sniri)

jadi tuan2, bersama2lah aku dan kalian semua..ayuh kita ubah pelan2 diri kita, insya allah...Allah xkan sia2kan hambaNya yg mahu berubah menjadi soleh..


Ma'as salam :)

kenapa 1 bukan 2?

Bismillahirrahmanirrahim

Allah jadikan kita mata 2, telinga 2, kaki 2, tangan 2, tapi mulut 1 jaa....pasai pa??

Tuan2 pembaca yg budiman,


Mata 2 pasai nak bagi kita ni banyak memandang, tgk kiri kanan, pandang atas bawah, tgk diri seblom nk tgk org...jangan pandang pun x lagi da hukum org bukan2. Atau jgn pandang buruk org tu mcmlah org tu seorang manusia yg xdak harapan syurga pada dia.

Amboihhh...ingat syurga tu pakk hg yg buat, jgn lupa ada kisah wali Allah yg akhir hayatnya menyembah syaitan dan ada ahli maksiat yg akhir nafasnya adalah hamba Allah yg soleh.

Semoga iman kita Allah pelihara selamanya, ameen.



Telinga 2 agar kita ni banyakkan mendengar, jangan macam umat nabi2 yg dulu, baru dengar skit da kata nabi ni sesat, nabi ahli sihir, nabi penipuu. Dengaqq bagi abih dulu...da abih baru bole hukum dgn kepala akal yg waras. Biasanya berlaku dlm masyrakat kini, baru dengar org yg kita sendiri mmg x kenai dari mulut sekian2..da kita hukum.."Ishhhh, awaaat teruk sgttt.."

Islam ajar kita dgn cara diam dan dengar dulu, jgn cakap apa2, maksud di sini bukan kita nak menafikan apa cerita yg dibawa, tidak juga membenarkan apa yg dicerita, cuma langkah ini adalah yg paling cantik, iaitu mengambil jln pertengahan sblom kita dapat bukti yg jitu utk menghukum.

Contoh yg semasa, kes Dato' Anwar Ibrahim dituduh meliwat Saiful Bukhari, sabarr..mungkin kita rasa geram...xkan la DSAI yg da berbinii, dan suda jangkau umur lebih stgh abad nak tuuuuuutt dia tu, jambuuu sgtkah dia tu, tapi kot mana pun...tetap x boleh membenarkan DSAI atau menafikan SB melainkan diselesaikan dgn cara yg syarak. Dapat bukti, kukuh..setel...

(da setel da pun..dan Allah Maha Mengetahui)

Tahukah anda ada kisah ketika Saidina Ali menjadi khalifah, baju besi dia kena curi, dia nampak pencuri tu, tp bila kat mahkamah S. Ali RA dan pencuri tu mengadap hakim, hakim tanya
pencuri tu "betui ka?"

pencuri "aku x curi, ni aku punya"

S. Ali "dia mencuri, aku nampak"

Hakim "ada bukti? saksi sapa2, kamu sorg saja nampak x jadi"

S. Ali kata dia sorg ja nampak, maka bukti x kukuh hakim putuskan baju besi tu milik pencuri, pencuri tu tercengang, sambil menangis dan terharu dengan keadilan Islam yg x menghukum dgn sewenang2nya, dia pun mengaku dia yg curi.

powerr x Islam punya pemerintahan dulu...powerr kann...kan...dasat woo..hg khalifah ka sapa ka...syarak tetap syarak

(tapi la ni kuasa hakim bawah kerusi pemerintah =_=" )

Tgk tu tuan2...Saidina Ali tu menantu Nabi, org yg dijamin Allah syurga, tp taat pada keadilan syarak. Kesan berhukum dgn Islam menjadikan pelaku salah pun tunduk dan jernih hati.

Allahu robbi...cool beb kisah ni.

Aku juga benci pada pertuduhan pd DSAI, tp jgn lah kita benci batang tubuh Saiful Bukhari tu..sampai buat group FB 'kami benci Saiful Bukhari'...kesian kt mak pak dia...dia pun sama mcm kita, lapaq makan, dahaga minum, sakit perut pi tandas, demam makan ubat, and he also have a heart, Allah pemegang hati manusia, doa la rahmat utk dia, insya Allah kebaikan doa itu kita dapat balik. tak rugi pun kan...

2 kaki 2 tangan pulak pasai pa? Ya...supaya kita ni lebih banyak bertindak dari dok caaaakaaap ja, dok bloooooging jaa (terasa :P) hingaq macam tin kosong, buat kerja patah haram xdak, penyakit ni slalu dan mostly ada kat orang2 atasan, para pimpinan, (mampuih aku kena ban nanti :P)

Sembang kencang, cakap xnak jatuh, org mcm ni elok sumbat lesung ja mulut dia. Buang masa negara.

Kalaulah mereka meneliti perjalanan Umar Abd Aziz sbg khalifah dgn sebenar-benar penghayatan, pasti mereka x lena tidur dok pikir ada x lagi rakyat aku yg lapar, macam aku...aku tgh lapar ni ;'( soobb soOObb. (heeee :P )




Mulut plak pasai pa satuu ja? haa...good question (cewaah) pasai mulut dia x boleh buat 2 kerja...x boleh bercakap 2 perkataan dalam satu masa. Jadi, pilihlah, nak cakap betul atau siakap senohong gelama ikan duri, cakap bohong lama2 mencuri.

Mmg betui org kata kerana mulut badan binasa, kdg pergaduhan kita tengok dasat macam ngan ribut, bila cek balik, laaaaa...pasai mulut rupanya...dok saling mengata org, kutuk sana sini..

Mulut kalau guna pada jalan taqwa...berbahagialah anggota ni dalam kubur nanti. Kalau guna utk sebarkan aib, buat cerita fitnah, saja2 nak wujudkan pergaduhan, maka tunggulah kebinasaan, tak patah tangan...patah hati...praaaanggggg!

Sama-samalah kita jaga anggota kita ni pada jalan taqwa, mintalah kat Allah tolong jaga mulut kita, tangan kaki mata telinga supaya tak terdorong ke arah maksiat dan perbuatan munkar.

Muhasabah bersama utk saya dan kalian pembaca, semoga sy dan kalian dapat beramal dgn apa yg dinasihati.

Allah menjagaku dan kamu semua.

Maas salam ayhal ikhwatul ahbab.

syukurlah pada nikmat iman dan islam

Bismillahirrahmanirrahim

Dulu masa aku form 1, sebelum aku masuk ke sekolah agama, aku sekolah menengah harian dulu, tapi ada juga dia sediakan asrama, bukan asrama penuh la... x penuh..

iaitu Sekolah Menengah King Edward VII, Taiping..




dekat ja ngan umah aku...tapi my mom asking me to stay at the asrma agar aku bole berdikari menjadi seorang pemuda yang gemilangg, gagahhhh, berkarismaaa (dah.dah.dah.skit2 da la)

ni sekolah omputih...tapi aku x reti la omputih..omhitam reti la :D

sekolah ni terkenal dgn sukan ragbi, tapi oleh kerana saiz aku yang x cukup tempoh :P, maka aku berada di aliran khas pendidikan, bukan pendidikan khas yee, tu org kurg upaya, ni fokus belajoooo aje, yg diberi nama RKB, Rancangan Kelas Bestari.

gilee siooott...bestarii... :P

tapi bukan pasai bestari ka kenari ka duri ka yg aku nak ceghita...

aku kat sekolah tu pun x lama..duk seminggu ja, lepas tu dapat tawar menawar dari sekolah agama, maka aku pun blaahh..amboi...kasoo benooo bahasenyee..ulang suara..maka aku pun mendaftar keluar dr SM King Edward atau org lebih kenai dgn panggil pendek K.E.

ceghita dia..

ada sorang brother ni...dia form 6 atas, indian, nonmuslim...apa yg membuatkan aku sampai skrg ingat ialah dia ni unik, berkepimpinan..ya laa..MPP kan..

hempa bayangkan setiap pagi dia keliling asrama kejut subuhh,

tung tang tung tang!

"bangun bangun bangun....da subuh...."

yg muslim dok menegliat..yg nonmuslim bangun tolong kejut, da tebalik da..

masa di dewan makan...aku menjadi kagum bila dia menegur "haaa...jgn lupa baca doa makan dulu, sorg bangun tolong baca"

hujung minggu ada program qiam punn dia kejutt

mungkin dia byk berkawan dgn muslim melayu...sampai cakap melayu pun x dak la pelat "taruk sini...angkat sini...sana mari...ini macam bla bla "

kan kalo kita dengaq sebahagian chinese or indian kan cakap melayu bunyi gitu...


base by the sory..

jgn la kita kata...alahhh..xdak guna juga...tgk pak sedara nabi, abu talib, syg nabi tp x beriman pon...

at least dia bg bukak mata kita...pertama hidayah ni milik allah, bole jadi skrg ni dia da muslim

yg kedua, muhasabah la kita ni mmg malaihhh, x bsyukur dgn nikmat iman dan islam secara warisan pertalian darah..

yg ketiga, ketahuilah islam itu indah, u xkan jumpa keindahan melainkan dalam islam..mgkn sbb dia nmpak islam ni cool beb...sbb tu dia nk bjinak-jinak beb (amboihh...muda mudi language)

lupa plak nak habaq...lepas tu aku pindah ke Sekolah Menengah Raja Doktor Nazrin Shah, Kg. Gajah.





amboihhh...sekolah nak yg ada nama raja saja.....tadi king lahh...ni raja pulakk

hahaha...tu la....aku rasa aku kena research nasab aku ni..mana la tau..kot2 sampai Sultan Iskandar :P



Ma'as salam ayhal ikhwatul ahbab :)

hudud ciptaan ulama fiqh??

Bismillahirrahmanirrahim




semoga aku, dia dan kita semua bertaubat kpd Allah kerana kejahilan dan jika ada setitis keraguan pd hukum Allah..

pertama sekali, jangan tanya ada juai minyak enjin x kat kedai bawang, tanya dia ni mmg la jawab mcmtu...jadi hal yg mcm dlm video ni gitu la...mu tanye tun mahathir mmg itu la jawabnye

kedua, bab ni bukan sorg ustaz dan para ulama telah syarah, dah berzaman dah, tapi pasai pa x wat juga? satu ja...pemimpin kata nak..buat la, xnak atau pun jawapan yg pusing2 lalat, maka x buat la, yg tanggung sapa? bukan kita rakyat ni....depa nuuu, si pemimpin jawab la nnt di mahkamah Allah robb izzah

pemimpin ni tuan2...allah lebih muliakan dia dari para ulama', ya...betuii...yg top list mendapat naungan Allah swt akhirat nnt ialah pemimpin, KALAU dia menjadikan syara' sebagai pemutus dalam dasar kerajaaan secara TOTAL.

walaubagaimanapun, kita bersangka baik beliau bercakap kerana TAK TAHU, bukan kerana TAHU TAPI MENDIAMKAN apa yg tahu utk kepentingan nafsu

hasbunallah wa ni'mal wakil...wallahu musta'an

saboor jelah dgr kenyataan mcm ni dari figure yg cukup pengaruh di dunia

adab membaca quran

Bismillahirrahmanirrahim

Hari ni aku mau kongsi skit dgn para pembaca yg budiman pasai adab membaca alquran...baca quran ni tuan2 antara yg paling mudah nk peroleh pahala...byk hadis pasai fadhilat quran dan membacanya....

baru nk mengaji baca tp gagap2...dont be sad...nabi kata org mcm tu 'ajraan', 2x pahala...tp jgn la sengaja baca gagap...kang muka tu cium penampaq jgn tanya kenapa :D

para ulama' kata org camtu dpt 2x ganda pasai baca quran tu dah ibadah, pastu pahala dia berusaha nk baiki fasohah dan makhraj dia...beginner kan...


nnt da pandai baca...kasi paham plak..da paham beramal...then konsisten dgn amalan..tambah lagi pulak hafiz 30 juzuk...allahurobbi....indahkan...smoga Allah anugerahkan kita hati quran :)

tp sini aku nk fokus adab membaca sahaja, baca quran tu da molek da...tp laaaaagi cantik dan indah kalo kita hiasi dgn adab dan santunan bila baca;


1- face to our qiblat...

2- bersiwak...atau bersugi..

3- berwudhuk

4- badan, baju semua kena bersih...seeloknya baju yg sejuk pandangan mata, bukan baju sejuk ya...loyaq bughukk plak hempa...baju melayu tu cantik la tu....jubah ka...

5- baca dgn khusyuk...hayati...la ni byk quran terjemah, ambik baca, rajin lagi pi mengaji tafsir...lagi baguih, atau dengaq kuliah ostat2 kat surau ka...masjid ka...utube ka..

6- hati kasi lapang...jgn dok baca tapi dok teringat bola arsenal lawan kol 10.30 satni :P

7- disunatkan menangis bila sampai ayat yg cerita pasai azab...neraka...kalo x boleh nangis buat2 nangis...x bole gak...hempa buat la cmna pun....buh eyemo ka :P tp maksud disini bukan la nangis smpai baca pun jd tunggang terbalik...sekadar airmata menitis ja....sebak...sayu...

bukannya duk gheyauuu cam baby, hempa tau x gheeyaauuu...rootword dari keriau yg telah di'utara'kan :D keriau ialah nangis gilaaa2 punya

8- alunkan suara, cantikkan melodi...tp kat sini plg penting pandai tajwid dulu na...jgn main hentam ja syok sniri baca beralun lagu...baca x berlagu tp tajwid tepat x pa...cuma lg cantik kalo dpt bg sedap, alah....sora x sedap pun kalo baca tajwid betui jd sedap :D

9- baca elok2...jgn gelak2...atau sambil baca dgn gaya yg malas...tongkat dagu ka...atau seumpamanya

jadi tu la serba skit....semoga aku dan para pembaca budiman Allah jadikan kita org yg suka dan cinta untuk membaca quran, ameen..



maas salam ayhal ikhwatul ahbab :)

hudud bagi anda macam gula-gula

In the name of Allah Most Gracious Most Merciful

"Undang-Undang hudud, tidak akan dilaksanakan di Malaysia ini tetapi kita terima ini adalah undang-undang Tuhan dan sebagai sebuah parti yang terdiri daripada orang Islam, kita terima hakikat ini tetapi jika ia hendak dilaksanakan ia mesti berpaksikan kepada realiti."

Sumber dari MalaysiaKini

Waauuu...

kalo hempa baca mesti huraian kefahaman dia lagu ni la kan;

"Undang-Undang hudud, tidak akan dilaksanakan di Malaysia ini..
-jadi jawapan dari Prime Minister kita ni adalah HUDUD is NOT ALLOW into our country.neverrrrr

"tetapi kita terima ini adalah undang-undang Tuhan..
-alhamdulillah...doktrin pada agama tauhid Allah masih kukuh.ameeeen

''dan sebagai sebuah parti yang terdiri daripada orang Islam, kita terima hakikat ini..
-ya...sesuai dengan makna tauhid iaitu membenarkan dengan hati dan dibuktikan dengan perlakuan

"..tetapi jika ia hendak dilaksanakan ia mesti berpaksikan kepada realiti."
-whaaatt?? macam pending skit ayat ni...nampaknya negara 1Malaysia yang dikatakan daulah islamiyah ini masih lagi perlu dikaji tahap keyakinan rakyatnya pada sistem perundangan islam.

syariat berpaksikan realiti atau realiti berpaksikan syariat?

beraaaaaat demo ni....terbaaalik suda

Hudud adalah hukum dari Allah yang diturunkanNya menerusi pembawaan Baginda SAW kepada seluruh umat. Hukum ini boleh menyelamatkan sebuah negara dari berlaku:

zina...lembut skit seks bebas

arak...lembut skit minuman kerasss

bunuh....

mencuri....tapi bak kata seorang pemuka Islam wanita kita kata
"...potong tangan kanan, pastu kiri, curi lagi potong kaki, pastu xtau nak potong paa daahh...orang bagi la dia kerja..."

peehhhh..pehh dan peehhhh

xmau cerita panjang lebaaq sangat la bab hudud ni....bab ni da hempaih pulaaaih da ustat2 kat masjid dok tung tang tung tanggg, kalau hempa pi masjid laaa :P

pi sekolah...kat sekolah pun ada mengaji bab ni....pendek kata...tanyala paklong mana2 satu pun suma pakat tau apa itu hudud. Perundangan hudud Allah ini diturunkan kepada Nabi SAW sebagai syariat yang wajib diguna oleh umat Islam.

tapi kenyataan yang dikeluarkan oleh depa ni umpama apa hempa tau?? macam dok sembang ngan Allah lagu ni "alaaa Allah....bukan kami xmau buat...tapi lecee laaa...gheenyaaahh(byk kerja)...agama lain dok hingaq nanti camna....REALITI skg tak bole laa nak watt...nnt nak cari makan paaayahh"

jadi realiti yang aku dok paham di sini adalah Malaysia berbilang bangsa dan agama,

[questions]

-nak tunggu REALITI tu terhapus baru bolehkahhh
-bila REALITI tu akan jadi fantasiiii
-apakah berbeza realiti disisi kamu dengan disisi Allah?
-Allah yang menciptakan REALITI itu...apakah kamu mahu berdalih dengan menjadikan itu alasan dan penghalang paling besaaaaaaarrr

yaa.....memang betooii nak laksanakan hudud ni bukan senang..perlukan kepakaran dari jentera kibaaarul ulama' sebagai rujukan agar tak bersalahan dengan landasan...

bukan macam wat cucoq benda ni....bancuh tepung...panaih minyak...gentel2 lempaaq buh kuali....
ia memerlukan perancangan yang teliti....apatah lagi rakyat malaysia ni macam2 jenis tahap pemikiran....baru satu perkataan yang bernama HUDUD saja da timbuuii ????? kat kepalaaa.

bukan nak kata "ala.......hang toksah duk hingaq la sangat....try duk atas tengok..." xpala hingaq skit kat dunia ni...nanti depan Allah jangan dok hingaaq "tolonggg...kalo bg kami hidup balik kami paaastii wat betui2, kami da yakin daaa!" gudbyeee la waktu tu....

pemimpin kalo ADIL, teguh dengan syariat Allah...kemuliaannya melebihi para ulama....seorang khalifah yang agung, disiplin dengan ilmu, syariat Allah.....ribuan para ulama masih lagi belum dapat menyamai kemuliaan dia yang seorang...sebab dia menjaga maslahat rakyat dari segi pendidikan...kebajikan.....kemasyarakatan...memudahkan urusan rakyat dalam beribadah dan menuntut ilmu, apalagi kalau seorang khalifah itu juga adalah seorang ulama at the same time.

Allah angkat pemimpin macam ni sangat agung...tapi kalo sebaliknya.....tunggulah kecelakaan bakal tiba.

Sepatutnya jawapan dari mulut pemimpin Islam yang mentadbir negara 'islam' adalah;

kita akan laksanakan perundangan hudud ini kerana ia adalah salah satu cabang dalam sistem pentadbiran dan perundangan islam. namun perlukan peringkat demi peringkat tatacara perlaksanaan dengan memberikan penjelasan dan keyakinan kepada rakyat sistem islam adalah totally selamat, memajukan umat islam dalam masa yang sama menjamin hak non muslim.

bukannya kata tak akan dilaksanakan...word tu sama dengan menolak hudud.

tungggg taaaang tunnggg taaanngg sudaaaa

akhir kalam...semoga Allah memberikan keampunan dan hidayah buat para pimpinan islam yg menguasai tampuk pemerintahan ini.....semoga kami rakyat yang tak serba daya ini mendapat manfaat cahaya Allah melalui kamu wahai para pimpinanku...


Maas salamm ayhal ikhwatul ahbab ^_^

Lau Kana Bainana

In the name of Allah Most Gracious Most Merciful



Nama lagu ni 'Lau Kana Bainana'

yang membawa maksud andai Nabi bersama kita....lirik lagu ni sangat menyentuh....diikuti dengan gubahan rentak yang sayu....penuh pengharapan.... kalau dipejam mata sambil hayati biat-bait lagu ni pasti mengalirkan air mata sesiapa saja yang cintakan Nabi SAW...



wajib bagi kita yang muslim ini untuk mencintai Nabi SAW...sesuai dengan firman Allah;
"Jika kalian mencitai Allah, maka ikutlah aku..." -ali imran, 31

Realiti kita ni masih kurang dan amat jauh mencintai Nabi...pasai pa.....bukti cinta ni mesti kita ikut apa Nabi cakap kan....cam kita la cinta kat bini.......

"bang....tetibe plak yang ngidam jalan2 zoo..."

"yeke yang...JOMMM"

xdak cakap banyak da.....capai kunci keta truih stat keta ja... :P


kalaulah begitu...maka adalah lbih lagi kita begitu terhadap insan paling mulia ni....cinta suami isteri akan lebih hebat kalu si suami mencintai Nabi melebihi isterinya....dan membantu, mendidik isterinya turut bersama mencinta Baginda SAW....isteri juga pasti rasa sangat bahagia bila hatinya rasa cinta yang meninggi terhadap Habibillah alaih solatu wassalam ini lantaran melihat suami yang mencintainya kerana Allah dan Rasul...lantas keterikatan cinta antara suami isteri ini utuh dan teguh kerana diikat pada paksi cinta Allah dan Rasul...(amboihhh..bkn men hg no besyarah) :P

Tuan-tuan.....mai kita bersama hidupkan hati kita ini dengan mencintai Baginda SAW....kerana rasa itu saja yang dapat melumpuhkan sifat cintakan dunia dan takutkan mati dalam hati kita....

Ya..benar tuan-tuan.....mencintai bukan takat sebut ja....buktikan dengan melaksanakan perintah dan meninggalkan larangan Allah....


Ada kisah yang sangat menarik yang berlaku di kalangan Bani Israel ketika zaman Nabi Musa Alaihissalam...kisah ni pasai seorang pemaksiat yang sangat cintakan Nabi...

Maaf ya...aku nukilkan cerita ini dari Us Hairul Nizam ketika kelas pengajian bersamanya...aku pun x sempat wat salinan secara elektronik atau bertulis...jadi mungkin tak berapa ditil...tapi mafhum cerita begini ya....

Tapi memang lepas aku dengar kisah tu...ya Allah..........~ jatuh air mata ni pun x seda...demi Allah Rob Kaabah....patutla para sahabat sanggup korbankan 100% sampai xdak apa da pun pada diri depa....yang penting Allah dan Rasul....

Satu ketika dahulu ada seorang dari bani israel ni...perangai dia cuuuuuuuukup jahat...habaq jaaaa apa yang tak jahaaat...merompak..mencuri....menyamun...merogol....balai polis ngan dia ni da macam membe da :P tapi dulu mana ada police station...apa lagi FRU...bomba...BPR....SPR :P

Sampai satu kaum mengutuk dia...maki hamun....benci gila2...tapi tu la si penjahat ni...selama hidup beratus tahun (umat nabi dulu hidup lama) xdak sebesaaq kuman pun kebaikan yang dia buat...

Hingga la saat ajalnya...lalu dia pun mati....pergi bertemu Allahu yuhyi wa yumit(mghidup dan mematikan) tapi.....punya la benciii orang kampung kat dia....sampai mayat dia depa buang dalam longgok sampah ja....aduhai......terokkk sangat tu.....kalo ya pun benci.....

Hal ini diketahui oleh Nabi Musa...lalu Allah SWT memerintahkan Musa Alaihissalam untuk menyempurnakan jenazahnya balik dengan cara baik kerana Allah telah menghapuskan SEGALA DOSAnya yang sejak beratus tahun dulu!!

Nabi Musa AS pun bertanyakan kepada Allah kenapa sedangkan dia adalah ahli maksiat.

Lalu Allah pun menjelaskan kepada Musa AS...lelaki itu adalah seorang pemaksiat...namun ada satu amalan yang dia tak pernah tinggal...dan kerana amalan itu Allah ampunkan segala dosanya...

..iaitu dia suka membaca Taurat....setiap kali dia membaca apabila bertemu ayat yang bertulis Muhammad....dia akan kucup cium perkataan itu dan letakkan di dahinya...dan dia merasa sangat rindu untuk bertemu dengan Baginda SAW bila mana kitab itu menceritakan tentang kedatangan insan kamil ini di akhir zaman nanti..

Allahu robbi.....kalian.....amalan mencintai Nabi SAW ni hebat ya......bukan satu benda yang remeh temeh......

Apa lagi kita ni hidup sebagai umat Nabi SAW....

kelebihan kita:

-diberikan pahala walaupun kebaikan sekadar niat...pastu berganda bila buat...
-kalo niat jahat x ditulis lagi..melainkan setelah buat...itupun dengan catatan satu kejahatan..
-umat dulu ibadah boleh di dalam masjid sahaja atau rumah2 ibadat...sedang kita dijadikan bumi ini mana-mana saja pun bole asal bersih.
-umat dahulu bala direct terus dari Allah bagi mereka yang ingkar...kita x...azab akhirat nanti...selagi x kiamat...selagi tu pintu taubat luaaaaaaaaassss
-ishh....banyakkk lagi laa....hempa senarai la sniri.....kalo tulih ni memang berjela...

antara cara2 simple nk hidupkan hati dengan cinta SAW:
-banyakkan selawat


akhir kalam....marilah sama-sama kita hidupkan hati kita mencintai Baginda SAW dengan melakukan segaaaaaalan sunnahnya yang mulia sedaya yang termampu....

semoga kita semua dapat meminum air telaga kausar dari tangan mulia SAW...

berbahagialah kita kerana kita UMMAT NABI MUHAMMAD SAW~



maas salam...ayhal ikhwatul ahbab... ^_^

clean and clear

In the name of Allah Most Gracious Most Merciful

Sekarang ni kat tanah airku bergeloraaaaa dengan angin kuning.......ayaq kuning....

otaak kuning.... :P

Mak aku pun jual kueh talam jagung yang kuuuuninngggg gitu....

everyone talk about kuning.....


BERSIH 2.0 semakin ligat berlegar isu ini di Malaysia....berdasarkan penelitianku...objektif bersih ni untuk menuntut pilihan raya umum yang akan berlangsung nanti berlaku dengan peeeenuh keadilan.titik

Jadi aku pun menempeek lakaran bersih ini kt blog aku tanda menyokong perkara tersebut..

eeei..agak2 kena ban tak blog kalo buh kuning ni.kih3x

org pakai baju kuning pun kena tangkap....agak2 kalo aku pakai baju bawah ni aku pun kena

arrested!!! ngeeeeeee~



tiada rasuah....tiada curiga...tipu helah....BEEEEERSIHHH

supaya hasil pilihan raya ini adalah mutlak lagi suci...suci dan menyucikan...

maka hasil yang diperolehi adalah pemimpin yang beeerrrrrsih.....pakej......luaran dan dalaman bersihh...

kebersihan sebahagian perkara tuntutan iman...maka....dengan ini....tangan pemimpin yang bersih ini PASti akan mengadunkan negara Malaysia ku terindah ini dengan acuan Islam...

lalu......negara akan semakin berkurang dan berkurang ....less....more less......dari gejala yang tidak sihat seperti membuang sampah merata-rata....buang chewing gum dengan tepeek kat bwh meja kelas(cam penah wat jee :P ) dan yang seumpama dengannya...

bersih rohani....bersih jiwa......bersih akhlak.....bersih.....

oleh itu....baju2 aku dalam timba dok belunggok lagi....aku juga harus berssihhhkan ia...

babaaai.....~

sekian..

Ma'as salam ayhal ikhwatul ahbab.. :)

kelana anak derita (2)

In the name of Allah Most Gracious Most Merciful

Bergunung dosa membentuk lembah

Merimba noda hingga zulmat pandangan

Menggelintar tubuh mencari arah

Yang saujana dengan hidayah


Rasa gamang dengan bayangan pawaka Allah

Membakar fajir yang angkuh dan degil

Yang melawan tadbir dan takdir Raja Segala Raja


Dahi hina mencium bumi

Tangan noda berkuyup dengan airmata

Huluran nada sedih tiada henti


..ampun..

..redha..

..hidayah..

Wahai Penyayang yang mengatasi segala penyayang

Wahai Pemaaf yang mengatasi segala pemaaf

Wahai...wahai...wahai...wahai Allah..


Maha Kasih senyum melihat linangan suci itu

Saat lidah melepaskan nama kudus

lewat bibir yang acapkali auta dan nista

Lantas dihujankan ampunanNya atas diri


Gunung sirna menjadi sinar

Rimba dosa bertukar ujana bunga

Dari unggas liar menjadi flora cinta


Sedaya kudrat menebus atma

Demi menjadikan relung hati ini

Tidak luak dari cinta Allah dan RasulNya


murtad!


Permohonan murtad ni da macam pesan burger da aku tgk....

Ya Allah...lindungilah aku, keluargaku, dan seluruh keturunanku dari tersasar ke arah jalan selain tauhid Mu.ameeeen...

Yang dok ada ni paparan depa yg dok pohon murtad dan yang dah pun lulus.

Sidang pembaca yg budiman...

Murtad ni tak payah nak tunggu prosuder mahkamah atau bla bla bla dah murtad lama sejak hadir dalam qasad hatinya..

"aku nak pi pejabat agama sat la...nk tukaq agama"

x payah pi....time tu gak dah murtad.

Murtad adalah salah satu dari perkara dalam yg hanya kita niat di hati saja maka langsung tika itu kita jatuh murtad. nauzubillah...

Itu yang berada dalam amatan statistik pun da banyaaaaak gilaaaa....yang di luar dari tu??

Dear PM..

In the name of Allah Most Gracious Most Merciful

Bahasa yang tersusun daripada remaja ini...semoga ALlah berkatinya...

Aku jumpa surat ni kt fb....baca punya baca.....sempoi gak budak ni.....

boleh gi jauuuuuh....~

have a good read... :)

************************************************

Assalamualaikum Dato’ Seri.
...
Saya, Muhammad Muizzuddin bin Zaini. InsyaALLAH Julai nanti genaplah umur saya 19 tahun. Masih berbaki lebih kurang 2 tahun sebelum saya layak mengundi. Tetapi saya yakin dalam ruang demokrasi tidak pula mensyaratkan yang saya hendaklah berumur 21 tahun untuk melayakkan surat saya ini dibaca Dato’ Seri.

Dato’ Seri, saya ingin memperkenalkan diri sebagai remaja yang sangat ingin tahu. Keinginan saya ini menjadikan saya remaja yang tidak hanya terpaku di meja belajar semata. Saya mampu menonton berita hingga ke penghujungnya (tidak di bahagian Sukan semata).

Saya juga mampu membaca suratkhabar dari muka depan hingga ke muka akhir. Saya sering ‘singgah’ di laman-laman sesawang untuk melihat berita-berita yang tidak tersiar di media arus perdana. Saya juga remaja yang suka meladeni buku-buku yang tidak menjadi kegilaan kebanyakan remaja seusia saya.

Tidaklah pula saya katakan yang saya lebih tahu daripada Dato’ Seri, tidak. Saya cuma mahu tegaskan saya adalah remaja yang memerhati. Saya adalah remaja yang bukan kerjanya sehari-hari hanyalah makan, tidur, ‘menelan’ buku teks semata. Saya adalah remaja yang mengikuti rapat perkembangan-perkembangan semasa negara tercinta ini.

Izinkan saya Dato’ Seri untuk memberi pandangan saya. Pandangan seorang budak, seorang remaja. Mungkin Dato’ Seri fikir, apalah ada pada seorang remaja seperti saya. Justeru, suka untuk saya ingatkan pada Dato’ Seri yang InsyaALLAH kelak, kamilah yang akan membuang undi!

Dato’ Seri Najib yang saya hormati, memimpin sebuah negara bukanlah perkara yang mudah. Tidak pernah ia menjadi mudah, tidak boleh ia diambil mudah. Ia adalah persoalan besar dan penting. Persoalan yang diletakkan tinggi di dalam Islam. “Kepimpinan adalah amanah, celaan di dunia, dan penyesalan di akhirat”, begitu sabda Nabi SAW.

DASAR

Saya, yang tohor ilmu dan cetek pengalaman ini percaya bahawa setiap tindakan kita adalah bergantung kepada prinsip yang kita letakkan sebagai neraca asas. Bagi sesetengah orang, mereka meletakkan Demokrasi sebagai neraca asas mereka. Ada yang meletakkan kepentingan peribadi, atau kroni, atau Sosialisme, Liberalisme dan sebagainya. Bagi kita, seorang Muslim, neraca asas yang menjadi dasar pertimbangan kita tentulah ISLAM. Izinkan saya bertanya, apakah Asas Utama kepada setiap tindakan Dato’ Seri?

Apakah Islam? Atau Kepentingan diri, atau kroni, atau selainnya?

Maaf Dato’ Seri, kiranya jawapan Dato’ Seri bahawa asas bagi setiap tindakan Dato’ Seri adalah Islam (saya tak pasti jika Dato’ Seri akan memilih jawapan selainnya), maka saya ada beberapa soalan untuk Dato’ Seri.

Saya amat keliru dengan dasar Program Transformasi Ekonomi yang dibawa Dato’ Seri. Apakah ianya dirangka dengan neraca Islam atau selainnya. Justeru, saya mohon penjelasan Dato’ Seri.

Saban hari saya dan rakan-rakan menerima berita dari segenap pelusuk negara, sama ada dekat dengan kami atau jauh, remaja seusia kami yang MENGHILANG! Iya, ‘hilang’ nyawa kerana penggunaan dadah berlebihan atau kerana perlumbaan haram. ‘Hilang’ maruah dan harga diri kerana amalan penzinaan lewat pergaulan bebas. ‘Hilang’ akal kerana ketagihan ekstasi, pil khayal dan arak. ‘Hilang’ kewarasan hingga tergamak membunuh bayi kecil atau ditinggalkan di jalanan untuk menjadi habuan anjing dan hurungan semut. ‘Hilang’ kemampuan untuk menjadi barisan pelapis kepimpinan negara. ‘Hilang’ arah hinggakan nafsu ‘disembah’ sebagai Tuhan! HILANG Dato’ Seri, HILANG!

Saya begitu terkesan pada pesan Saiyidina Ali KWJ, “Lihatlah pada generasi muda, untuk menilai masa depan ummatnya”. Saya tergamam dan jadi takut Dato’ Seri, melihatkan rakan-rakan sebaya yang hanyut. Apakah sebegini hancur dan punahnya masa depan negara tercinta ini!?

PELAN TRANSFORMASI EKONOMI

Program Transformasi Ekonomi anjuran kerajaan pimpinan Dato’ Seri turut menggariskan perancangan untuk MENJADIKAN MALAYSIA SEBUAH HAB HIBURAN MALAM UNTUK MEMACU INDUSTRI PELANCONGAN. Di atas alasan untuk memperkasa industri pelancongan dan menarik pelancong juga kerajaan pimpinan Dato’ Seri merancang penubuhan kelab-kelab malam terkemuka, menganjurkan konsert utama, melonggarkan garis panduan untuk penghibur antarabangsa dan mempakejkan semula acara antarabangsa seperti Formula 1 dan MotoGP.

Kerajaan Dato’ Seri juga mencadangkan penubuhan zon hiburan di Greater Kuala Lumpur/Lembah Klang, Genting Highlands, Pulau Pinang, Langkawi dan Kota Kinabalu bagi menggandakan pendapatan hiburan malam Malaysia kepada RM1.8 bilion menjelang 2020. Penubuhan enam kelab malam baru yang mampu menampung kehadiran 900 pengunjung pada hujung minggu menjelang awal 2012 akan menyusul. Dua lagi akan beroperasi pada 2013 dan 2014.

Maka menjelang 2014 negara kita akan memiliki sekurang-kurangnya 10 kelab malam di zon hiburan. Rancangannya adalah untuk menghasilkan impak pendapatan kasar negara RM0.7 bilion dan mewujudkan lebih kurang 5,000 pekerjaan baru menjelang 2020. Bagi mencapai hasrat itu, kerajaan Dato’ Seri akan merubah beberapa peraturan hiburan, termasuk membenarkan pelanjutan had waktu beroperasi bagi pusat hiburan malam.

Dato’ Seri juga berhasrat melonggarkan lagi syarat-syarat untuk persembahan artis luar negara. Dan kami telahpun menyaksikan bagaimana seorang penyanyi gay membuat persembahan, memuaskan nafsu remaja-remaja muda dengan kebenaran daripada kerajaan Dato’ Seri.

Izinkan saya ulangi soalan saya Dato’ Seri, apakah Islam diletakkan sebagai neraca timbangan ketika Dato’ Seri merangka, membentang dan membahas idea ini? Ataupun Dato’ Seri punya pilihan lain yang Dato’ Seri lebih suka untuk diletakkan sebagai neraca timbangan?

Yang Amat Berhormat Dato’ Seri, apakah Dato’ Seri penuh sedar bahawa perancangan Dato’ Seri ini adalah perancangan ‘PEMUSNAHAN’ besar-besaran? Ini bukanlah pelan pembangunan ekonomi, ini adalah pelan ‘PEMUSNAHAN’ berskala besar yang akan menjadikan rakan-rakan seusia saya, remaja semuda saya atau lebih muda hancur musnah Akhlaknya, punah-ranah Sahsiahnya.

Iya, Dato’ Seri akan ‘menghancur’ dan ‘membunuh’ pemimpin masa depan, para cerdik pandai generasi akan datang dengan lambakan hiburan dan keseronokan melampau! Saya dan rakan-rakan bakal dihidang dengan acara memuas nafsu yang berterusan. Ini akan menatijahkan hanya satu Dato’ Seri, iaitu hilang upayanya kami untuk menduduki barisan kepimpinan negara suatu masa nanti. Atau apakah pada pandangan Dato’ Seri, yang kami akan menjadi lebih bijak dan pandai kiranya ‘menelan’ hiburan-hiburan ini?

IFF dan AURAT

Dato’ Seri, seolah-olah saya pernah mendengar Saiyidina Umar al-Khattab menegaskan, “Bahawa adalah kita, ummat yang dimuliakan Allah dengan Islam. Sesiapa yang mencari kemulian selain daripada Allah, maka akan dihina Allah”. Terasa-rasa seperti terdengar SA Umar bertitah demikian kerana ia begitu meresap masuk di hati ini.

Dato’ Seri, saya begitu kecewa dan terkesima jadinya waktu melihat Dato’ Seri dan isteri melangkah megah di Festival Fesyen Islam, Monte Carlo tempoh hari. Saya tak dapat mengawal hati untuk berteriak-teriak marah tatkala melihat gambar pakaian-pakaian yang diperaga atas nama “Kelembutan Islam” (Modesty of Islam) yang dinaungi oleh isteri Dato’ Seri dan pastinya dengan izin Dato’ Seri. Saya dan sahabat-sahabat terpinga-pinga dan tertanya-tanya apakah ini pemahaman Dato’ Seri dan isteri mengenai pemakaian di dalam Islam?

Saya dan rakan-rakan jadi jelak dan muak Dato’ Seri, maaflah. Waktu Dato’ Seri ‘bertempik’ berikrar untuk mempertahankan Islam dan Melayu, isteri Dato’ Seri tidak pernah berusaha untuk menyahut seruan suaminya sendiri. Isteri Dato’ Seri tidak pernah kelihatan menutup aurat dengan sempurna. Isteri Dato’ Seri berpeluk mesra dengan orang yang haram bersentuhan (bukan mahram) tanpa segan silu di khalayak ramai. Saya tertanya-tanya, apakah Dato’ Seri meredhai perbuatan isteri Dato’ Seri ini?

JUDI

Bukan sedikit kontroversi yang berlaku waktu Dato’ Seri mengumumkan pemberian lesen kepada syarikat-syarikat tertentu untuk mengurus perjudian sukan di Malaysia pertengahan 2010 lalu. Sukar untuk saya agak apakah harapan Dato’ Seri dengan pemberian lesen-lesen judi ini?

Apakah ini juga satu pelan meningkatkan ekonomi Malaysia? Apakah Dato’ Seri gembira dengan duit yang mencurah masuk, dalam masa yang sama kita melihat betapa hebatnya gejala buruk yang bakal timbul lewat perjudian?

Apakah Dato’ Seri meletakkan neraca BERKAT dan LA’NAT waktu mengemukakan cadangan ini? Apakah Dato’ Seri akan meredhai kiranya rakyat Malaysia memberi sesuap nasi kepada keluarga mereka dengan wang hasil judi yang mereka perolehi? Apakah budaya yang cuba dibentuk Dato’ Seri sebenarnya?

Apakah keputusan-keputusan ini ditimbang dengan neraca agama? Atau Dato’ Seri menggunakan neraca lain sebagai ganti?

KEMISKINAN dan HARGA NAIK

Dato’ Seri orang bangsawan. Keturunan bangsawan. Barangkali jika tidak jadi Perdana Menteri Malaysia pun Dato’ Seri tetap akan hidup senang-lenang mewarisi kekayaan. Menteri-menteri Dato’ Seri juga kaya raya.

Maka tidak kiralah jika hari ini minyak naik 10 sen, 20 sen, 50 sen atau RM 10 sekalipun, Dato’ Seri dan sekalian menteri tidak akan bersusah. Tidak perlu berjerih payah.

Tahukah Dato’ Seri, di celah-celah, ceruk-ceruk kampung atau kota, ada rakyat yang menderita lewat kebejatan ekonomi yang punah hasil ketirisan dan kelemahan pengurusan. Pengurusan yang tidak meletakkan Islam sebagai neraca dan Allah sebagai penilainya adalah pengurusan yang menghancur!

Dato’ Seri, saban hari saya melihat orang-orang miskin dan kesusahan. Tahukah Dato’ Seri, untuk menyekolahkan anak pun sudah membuatkan mereka terpaksa membanting tulang, berusaha keras, apatah lagi untuk menghantar mereka ke menara gading (yang PTPTN lebih menghimpit daripada membantu).

Kadang-kadang, apabila anak-anak yang bersekolah meminta wang lebih untuk buku rujukan tambahan, si ibu atau bapa terpaksa menghulur dalam titis air mata. Sudahlah hutang yuran persekolahan pun masih belum dilunas. Bukan sedikit keringat yang dicurah demi sesuap rezeki halal untuk anak-anak dan keluarga.

Kerajaan Dato’ Seri jangan terlalu bergantung kepada statistik dan kajian untuk menilai kemampuan rakyat. Selamilah sendiri penderitaan rakyat yang terseksa dan merana kerana sistem ekonomi yang menyiksa. Setiap kali harga minyak atau keperluan utama naik, meski sekadar 10 sen atau 20 sen, mengalirlah air mata rakyat yang menanggungnya.

Rakyat benar-benar tersiksa sekarang. Janji tinggal janji, janji tidak pernah dipenuhi. Janji itu dan ini sekadar untuk meraih undi. Waktu menang nanti kami rakyat sudah dilupai. Tinggal kami bermatian berusaha keras sendiri.

SUARA RAKYAT

Waktu rakyat turun ke jalanan berdemonstrasi untuk meluahkan rasa yang terbuku di hati dan berkongsi pedihnya kehidupan dengan Menteri-menteri yang berkuasa, Dato’ Seri menghantar pada kami ‘perusuh-perusuh’ yang membantai tulang lemah dan daging kurus kami. Kami dibelasah dan diinjak-injak umpama binatang korban, umpama tak punya maruah. Kami diherdik dan dicaci. Kami disimbah dengan air kimia yang saya yakin, Dato’ Seri sendiri tidak pernah rasai pedih dan peritnya.

Dan menteri-menteri Dato’ Seri tanpa rasa bersalah menggelarkan kami sebagai perusuh yang cuba menggugat keselamatan negara, beruk-beruk di jalanan yang cuba menarik perhatian.. kalaulah mereka yang menuduh melulu itu bisa memahami pedihnya hati ini.

Semuanya adalah kerana kami rakyat yang mahu berkongsi rasa dengan pimpinan negara. Sudahlah pilihanraya dijalankan dalam keadaan penuh keraguan dan ketidakadilan, ruang media yang disekat, tangan dan kaki kami rakyat diikat, maka ruang kecil untuk bersuara di jalanan inilah, ruang untuk kami menyampaikan rasa pada pemerintah dan pemimpin kami. Sekadar ruang kecil untuk kami bercerita dan berkongsi betapa peritnya kehidupan yang kami rakyat lalui.

Pernahkah Dato’ Seri pedulikan suara kami? Pernahkan selain daripada tarikh pilihanraya Dato’ Seri menjadi begitu cakna pada kami? Pernahkah waktu pandangan rakyat yang tidak menguntungkan Dato’ Seri diambil peduli? Pernahkah Dato’ Seri?

Dato’ Seri bertindak sungguh responsif setiap kali adanya himpunan-himpunan rakyat. Melalui Kementerian Keselamatan Dalam Negeri, Dato’ Seri memastikan kami rakyat yang berhimpun tidak akan berjaya berhimpun dengan aman dan baik. Media di bawah kawalan Dato’ Seri juga menggunakan segala maklumat yang ada untuk memburuk-burukkan kami. Ulama’-ulama’ yang bernaung di bawah Dato’ Seri juga menggali hujah-hujah agama demi membuktikan tindakan kami bersuara adalah bercanggah pada sisi agama.

Dato’ Seri, saya sungguh kecewa dengan setiap tindakan ini. Bukankah perhimpunan anjuran Dato’ Seri pada setiap malam menunggu detik Kemerdekaan dan Awal Tahun Baru, ribuan malahan mungkin ratusan ribu rakyat termasuk golongan muda-mudi datang menyertai. Akhbar arus perdana jugalah yang melaporkan tangkapan demi tangkapan kerana berkhalwat, kerana dadah, kerana berkelakuan tidak sopan pada setiap kali sambutan-sambutan anjuran Dato’ Seri. Apakah pernah himpunan rakyat membantah ketidakadilan dan mahukan sedikit keadilan, pernah menjadi penyebab anak-anak muda ditangkap khalwat?

Dan pernahkah Ulama’-ulama’ muda yang bernaung di bawah Dato’ Seri itu menegur Dato’ Seri kerana program jamuan nafsu tersebut. Tetapi menegur himpunan rakyat yang bersuara sebagai Bughah (derhaka) dan menuju Maksiat!?

REFORMASI

Saya dan juga rakan-rakan adalah remaja muda yang punya sikap, punya pendirian. Kami berazam untuk mengubah keadaan ini Dato’ Seri. Kami berazam dan bertekad bahawa seluruh diri kami akan diperguna untuk memperbaiki keadaan punah ini.

Kaedah merubah itu 2 Dato’ Seri. Pertama, nasihat agar berubah. Kedua, kira gagal, UBAH sendiri. Nasihat sudah saya berikan. Pandangan sudah saya sampaikan. Rakyat lain juga begitu, isyarat sudah mereka sampaikan.

Jika sampai masanya untuk kami membuat pilihan, dan keadaan tidak lagi pulih, percayalah Dato’ Seri, kami sudah membuat pilihan sekarang untuk siapa yang layak menerima undi kami nanti.

Tidak cukup dengan itu, saya dan rakan-rakan, kami adalah remaja muda yang penuh tenaga dan kekuatan. Kami akan gerakkan massa suatu hari nanti agar pentadbiran, pengurusan, pemerintahan, kewangan dan sistem kehidupan yang meletakkan Islam, Keadilan, Kesejahteraan, Keamanan sebagai asas, akan beroleh tempat tertinggi di negara ini.

Dato’ Seri, saya tidak mengancam. Tidak pula mengugut. Saya mengingatkan. Kerana inilah tanggungjawab saya sebagai Mu’min. Bukankah sesama Mu’min itu bersaudara?

Dato’ Seri, mungkin surat ini akan sampai kepada pengetahuan Dato’ Seri, mungkin juga tidak. Kiranya ia sampai ke pengetahuan Dato’ Seri, saya dahulukan dengan permohonan maaf kerana mungkin ada kesilapan saya. Maklumlah, saya remaja muda, mungkin ada silap dan salah pada lenggok bahasanya. Saya juga berterima kasih, iyalah, orang sesibuk Dato’ Seri meluangkan masa untuk mengambil perhatian pada surat saya ini, itu adalah satu penghormatan buat remaja seperti saya.

Namun Dato’ Seri, kiranya ada pada surat ini ataupun tindakan-tindakan remaja muda seperti kami ini yang mungkin lantang menyatakan pendirian hingga mungkin Dato’ Seri terguris hati, kami tidak memohon maaf untuk itu. Kerana Dato’ Seri, INI MEMANG ADALAH PENCAK KAMI!

Sekian, terima kasih.

learn to smile..

In the name of Allah Most Gracious Most Merciful



Langkah......demi langkah......satu persatu.......

Kiri duri.........kanan pun berduri.......depan duri.....belakang duri.....

Terjengket-jengket cari tapak yang lapang......

tak melangkah nanti jatuh tejeghoombab pulak..... (tersungkur|perakian)

nak melangkah nampak sayuuuuuup je jauh lagi depan nuu.....

you must be stronger (ceewaah..omputih tu)

orang yang kuat ialah mereka yang bersabar.......

makam sabar memang tinggi......

Nabi Muhammad SAW hampir hilang sabar krn tewas dengan rindu dan sedih yang amat kepada khadijah RA, isteri pertama nabi dan saaaaaaaaangat romantik....

yang terlebih dahulu bertemu Allah..

lalu dipujuk oleh Allah naik ke sidratul muntaha.....



aku pun kena KUAAAAT....aku kena kuuuuaaaat..........!


yeyeeeeehhhhhh!!

belajar senyum pada kesengsaraan.. :D

Ustazah Pilihan

In the name of Allah Most Gracious Most Merciful


Dulu Imam Muda....la ni baru punya...tuk pompuan...Ustazah Pilihan , wauuu..sweet gitu..

Tujuan sama...nak lahir dan asah bakat da'ie...cuma khusus untuk wanita....aku tengok kat fesbuk ramai gak dok x berapa nak bekenan program ni.....aku rasa x suka lebih banyak kepada berbaur politik..pasai Dr.Mashitah kan....kan..kan.kan.kan......????

Rilek dulu......jangan melatah lagi....cuba kalo TG Nik Aziz yang pi rasmi...kompom berjela like.like.like.like.like.like......apa pro dan kontra kalo kita nak cuba bina andaian....

Kalo menolak atau menyokong sekalipun pastikan dapat konklusi yang menemukan titik kebaikan bersama.

Wajar ke program sebegini diwujudkan? Kalo x kenapa?

kalo harus apa garis panduannya?Ustazah pilihan macam mana yang dipilih?

sebab kalian yg bergelar wanita akan perform depan tv yg dilihat berjuta pasang mata..

solek sampai kening pi turuih haluuuuuuuuuuiiih gitu.x jadi......

touch up muka sampai rupa dr anak melayu tukaq cam jessica alba.x jadi.........

pakai kebaya.x jadi...........

Medan dakwah ni fleksibel.....laki pompuan bersama pikul tanggungjwab ni sbg muslim, disebalik kemegahan perwira islam tabirnya ada satu jiwa yang lembut bernama isteri....pendorong, pembakar semangat....

"xpe bang.....yang tetap bersame abg berjuang..." (sambil urut2 & mnyuapkan lakinya cucoq jagung)

ambooiih.... :P bederau aliran darah si laki dengaq...keh3...bekobar2...berasap2 telinge...berdesuuup jantung 240km/j

Ni yang aku semangat ni!!!! (tenang.................jgn excited sgt...)

dan wanita juga miliki peranan yg sangat penting dalam agama...mana lahirnya seorang ulama' agung....ketua para wali....para pimpinan mulia kalo bukan dari asuhan seorang wanita yang bergelar ibu.....

Nak lahirkan da'ie samada dari kalangan laki atau perempuan tak perlu program grand camtu pun xpe.....ulama' kita banyak....siqoh lagi mantap keilmuanya dari kalangan muda, sepengamatan aku bukan xde...ade....tp suara mereka ditapis kerana faktor politik..latar belakang politik....politik....politik....politik...

for example; pemuda yang kalau dilihat ukuran disiplin ilmunya makruf di al-azhar ni bersepaaaah...baik dari degree mahupun master...hingga yg phd.

x kurang juga yg wanita....banyak...kualitinya bukan saja dari segi ilmu tapi gerakan amal wanitanya juga mantap..

skrg ni byk urusan agama yg bukan pada ahlinya....maka keluarlah bermacam2 hukum dan fatwa meskipun diri tu x capai tahap layak berfatwa dek kerana syok sniri di pandang mulia berstatus ustazzzzzzz ustazaaaaaaaaahhhhhh.

harus berzina jika mudaratlahh.....hudud si pencuri adalah dgn bg kerjalahhh....berenang untuk capai rekod dunia naikkan nama malaysia lebih penting dr urusan solat lahhh.....macam2 kenyataan pelik keluaqq dulu.

Apapun...aku tidak mempertikai harus atau tidak wujud program begini...jika baik dan menepati garis panduan islam...teruskan untuk semarakkan syiar, kalo nak kata program ni x bole...banyak lagi program tv yg patut kita kata x bole....

berdakwah ni tugas semua muslim....dan dikhususkan tugas ni kepada mereka yang lebih miliki autoriti dalam bidang agama...

Nak jadi da'ie...kalian bukan takat diasah dlm program realiti tu....tp sejak kecil lg terasuh dengan biah solehah...ada pakej....hafiz quran.....alim dalam ilmu hadis dan tafsir...faqeh...akhlak yg makruf berkualiti...telusuri dunia global...

ape pun jua program yg mahu dilaksanakan moga bermanfaat bahkan menjadi dorongan golongan kecil untuk mencintai islam.ameeeeeeeeeeeeeeeeen~


ma'as salam ayhal ikhwatul ahbab...

dari XY nak jadi XX???

In the name of Allah Most Gracious Most Merciful



'Wanita' di atas adalah seorang pemuda yang bernama Mohd Ashraf Abd Aziz, 25, yang sedang berusaha mendapatkan kelulusan permohonannya untuk tukaaq dari jate nok jadi tino...

sumber berita


uuuuu....beghaaak demo...beghaaak..

Jelas samada sumber dari Quran, Hadis Nabawi, ijmak ulama'...HARAM menukar jantina kerana mengubah ciptaan Allah yang azali..takdak alasan yg bole wat hukum ni jd halal.....kot la nk kata..

"sy nk tuka jd girl la..sbb sy keje cleaner kat toilet pompuan"

"kite pn nk tukaq gak la....sbb kite suke siti nurhaliza.....kite nk jd cam dia"

ngeeeeeeeeeeeeee!!

bagaimanapun hal ni dibicarakan di mahkamah tinggi bukannya di mahkamah syariah...peguam bela dy pun tgh berhempas pulas membantu 'wanita' ini supaya dy disahkan perempuan.

Kesian plak aku dengaq berita ni.....

Semoga Allah memberikan taufiq hidayah buat 'alesya farhana' ni...

Dia bersungguh nak jadi perempuan...tapi dilahirkan dalam keadaan lelaki, aku ingat dia ni khunsa....rupanya bukan....siap da buang 'keris' lalu ditukar menjadi 'sarung'.

Macam mana ni....tengok dari cara dia nak jalani kehidupan sebagai islam....tapi nak jadi pompuan...walaupun dia da bedah skalipun...dia tetap x bole mengandung....xkan ada teknologi bole lawan ciptaan Allah al-Khaleq bagi laki bole melakukan proses persenyawaan. Bubuh mani segelen dalam kemaluan dia pun xkan bole,mustahil dari adat...

Segala ahkam syarie tetap berlaku ke atasnya sebagai seorang muslim, bukannya muslimah.

Auratnya tetap dari pusat sampai lutut, kelak mati jenazahnya tetap kepala di bahagian kiri imam, tetap lafaz niat baginya "sahaja aku solat ke atas jenazah lelaki ini"

Tuan-tuan cuba bayangkan kalo permohonannya diluluskan oleh mahkamah, aku rasa ia akan membuka ruang yg sgt luas buat maknyah2 lain utk ikut jejaknya....abes da tindakan ni dapat kelulusan....kompom pasni lagi ramai nak wat..

Dulu kecoh kat youtube dgn pengakuan seorg gay yang memperjuangkan hak para gay di malaysia....dgn slogan 'SAYA GAY, SAYA OKAY'

Baru2 ni di Pahang pertandingan ratu cantik maknyah....siap candidate dia bole plak say "time kasih pd SUAMI sy yg memberikan sokongan"...eeerkkkk......rewind balik! zzzEEttt........SUAMI sy" ishhh....aku x puas ati aku gi kebas 10 cotton bud membe aku, lantas dgn face yang mesra aku lakukan pembersihan berkala agar ruang lubang telinga aku ni bersih daripada anasir2 keji..

namun.....(listen it once again)

"time kasih pd SUAMI sy yg memberikan sokongan"

ngeeeeeeeeeeee!


Sidang hadirin yg dirahmati sekalian (sambil stand up dgn gagahnya)

Kita kena bersama 1Malaysia (promote plak aku.hik2) mendekati golongan ini secara halus dgn harapan mereka dapat di islah dgn baik....jgn cemuh dan sisih membabi buta tanpa ada daya bantu mereka at least doakan hidayah...mungkin saat ini adalah masa hitam dan getir bagi mereka..mungkin ada jauh dasar hati mereka suara yg meronta "tolong bantu aku"

:)

Nampaknya masa mencemburui saya(ayat bese pemidato pakai....)

Kuasa yang besar untuk ubah semua ni adalah kerajaan, kami sebagai rakyat membantu dari bawah sedaya mampu......semoga setiap usaha kalian dalam menjadikan Malaysia sebuah negara bersyariat mendapat pandangan rahmat Allah.ameen~


Ma'as salam ayhal ikhwatul ahbab~

Makcik Hajjah Sitt Al-Wuzara

In the name of Allah Most Gracious Most Merciful

Segala puji bagi Allah, dariNya kita memohon pertolongan, perlindungan, petunjuk jalan. Aku bersaksi tiada Tuhan kecuali Allah dan Nabi Muhammad SAW adalah Rasul Allah, yang diutuskan kepada umat akhir zaman, agar semua dalam cahaya dan selamat dari kegelapan.

O Allah..Kau lengkapkan dalam hati kami ini cinta kepada kekasihMu yang mana tiada yang lebih hebat selapas dari itu melainkan rasa cinta dan rindu kepada Baginda SAW.

Firman Allah:

"Katakanlah (wahai Muhammad) : Jika kalian cintakan Allah maka ikutlah aku, nescaya Allah akan mengasihi dan mengampuni segala dosa kalian, dan Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang." -Imran, 31

Sidang pembaca yang beriman,

Isu Makcik Hajjah Sitt Al-Wuzara semoga Allah melaknati segala perbuatan kejinya terhadap kemuliaan Baginda SAW, suami kepada Khadijah al-Kubro dan Aisyah ar-Ridho serta bapa kepada Fatimah az-Zahra, Allah meredhoi mereka semua ini.

(cam khutbah plak,maaf kalo terboring :P )

Aku x mau ulas siapa sebenar makhluk yg bernama Hajjah Siti Al-Wuzara, adakah dy laki atau pompuan, muslim or non, apa tujuan dy mencarut dalam urusan aqidah Islam masih tak dapat nak dibongkar lagi.



Kalau nak maki tahap cibai &%$#@@! pun x dak kesan pa kt makhluk ni, lagi dy sronok ada la....pasai rasa diberi perhatian, kita duk balas komen itu ini dgn penuh hikmah dy balas dgn sekali mencarut ja.

Keberanian dy mencabar kemuliaan Islam mmg da tahap ICU, jgn sampai aku rebus stokin lame aku dan siram dalam semua lubang yg ade kt jasad hang. (stokin sy sume basuh ye.makluman)


The grand shit of makcik ni telah menggantikan 'nabi' dengan babi...jd babi muhammad SAW, pastu edit gambaq kaabah and pi buh lady gaga kt situ...aku rasa makcik pakcik yg setengah mati kumpul duit nk pi haji....da daftar kena tunggu 5 6 taun lg bru dapat pi plak...last2 da dapat pi Mekah blk semula ke 1Malaysia yg agama RASSSMI nya Islam ni.... free2 ja ngadap mata baca makcik ni punya shit words.


Dy seru ummat Islam supaya bykkan amalan membaca Kursi spya peroleh syurga lucah Firdaus,

peeehhhhhhhhh!!

peeehhh lgi!

pehhh lgi lgi!!!


Setan jahat2 dy pun...dy akui keesaan Allah...kesucian syurga....azabnya neraka...dan kemuliaan para rasul serta mereka yg soleh...bezanya dy tak mau sujud tanda hormat pd Nabi Adam AS, itu ja.

Bole jd dy non-Muslim tp topengkn nama islam....bole jd dy islam cuma otak dy da dimamah anai-anai sejak Dato Najib dilantik menjadi PM lg. (lamee tu)

Kita sebagai muslim, berdoalah semoga Allah ampuni kita dan menghalang jiwa raga kita dr terlentur untuk merobek kesucian tauhid Allah ini, dan doakan semoga the grand shit of makcik tu mendapat hidayah oleh Allah SWT dengan jalan yang tak di sangka2.

Pihak kerajaan perlu serius dalam apa jua hal yg berkaitan dengan isu agama 'RASSSMI' Malaysia ni, bukan sekadar soal penghinaan, malah hukum hakam dalam politik, ekonomi, sosial, dan segala2nya.

Ni berlaku kemalangan tanah runtuh duk sibuk persoal status rumah anak yatim tu berdaftar ke x...nak tanya pada pimpinan sekalian..kalian meluluskan judi, arak, pertandingan maknyah semua tu status di sisi Allah guaaaneeee....semua tu x berdaftar sebagai perkara yg halal dalam landasan syarak. (ambooih..slow skit..SB byk la ni :P )

Sembang kemaaih aku ni....lu jgn cakap saja....wat keerja juga loo

Apapun cara dan solusi yg perlu di ambil...aku doakan hal ini dapat di atasi dengan baik..


Sayangilah Rasulullah dengan menghampiri keluarganya



Wallahu muwaffaq wal musta'an~

Kabulkanlah..


Buat ibubapaku..

Abdul Rahim Said & Azizan bt Abd Rahman

Serta kalian adik beradik yang mulia..

Akak

Apis

Suhaini

Alep

:)


Allah...
sinarkan hidayahMu, syariatMu, rahmatMu, ampunanMu
buat keluarga ini

nota cinta buat bakal isteriku..

In the name of Allah Most Gracious Most Merciful


Ku siapkan di ruang hati ini

Untuk kau diami

Agar hati bernyawa mengatasi nadi

Hanya hati yang kekal hidup

Padanya cahaya Ilahi


Kelesuanku hilang..

Kala melihat bicaramu dalam santunan

Memahami siratan suami

Tiada kurnia yang lumayan

Selepas dari kurniaan ini


Tiada layak syukurku untuk Robbi

Belum sempat meminta Dia telah memberi

Lakaran sifat hamba menjelma


Isteri..

Ku pimpin tanganmu wahai cinta

Dikau luhur di mata Esa


Jangan disakiti insan itu

In the name of Allah Most Gracious Most Merciful

Aku tiba di satu lorong. Ku lihat seorang wanita tua duduk di pinggir jalan. Tidak mengemis dan tidak juga meminta-minta. Akan tetapi wajah tuanya sudah cukup menggambarkan segalanya. Jarakku dengannya tidaklah begitu jauh. Aku ingin menghampiri wanita tua itu. Namun, belum sempat kaki ku melangkah, seorang lelaki berpakaian kemas mengheret kasar lengan wanita tua tersebut.

"engkau ni tak faham bahasa ke?! aku kata berambus dari sini!" menyala kemarahan lelaki itu. Aku terpaku menyaksikan apa yang sedang berlaku di hadapanku. Siapakah lelaki itu? dan siapakah wanita tua itu? Aku semakin ingin tahu. Ku lihat sekeliling, sepi. Terdapat banyak rumah besar dan mewah di sekitarnya. Tempat itu mungkin kawasan perumahan orang-orang elit. Duga hatiku. Lelaki tadi masih mengheret wanita tua itu dengan kasar sekali sambil terus menghambur kata-kata penghinaan. Sebagai seorang manusia, aku tidak tergamak melihatnya. Kesakitan jelas tergambar di wajah wanita tua itu. Aku memberanikan diri meneruskan langkah ke hadapan mengekori mereka. Telingaku terus menyantap kemarahan lelaki itu.

"orang tua tak tahu malu! menyusahkan aku!" Astaghfirullah. Mengapakah insan tua itu harus diperlakukan seperti itu. Lelaki itu masih terus mengheret dengan gagah lalu menolak wanita tua itu sehingga jatuh tersungkur.

"kalau kau masih tak faham bahasa, aku tanam kau hidup-hidup!" itu amaran terakhirnya sebelum berlalu pergi meninggalkan wanita tua itu. Aku tergamam sekali lagi. Mataku menyoroti langkah lelaki itu. Ku lihat dia segera masuk ke dalam sebuah banglo mewah. Orang kaya rupanya. Hatiku berkata. Aku segera berlari mendapatkan wanita tua itu.

"mak cik tak apa-apa?" soalku sambil membantunya. Lengan dan kakinya berdarah. Segera ku capai tisu di dalam beg tanganku. Tanpa ku sedar, ada manik jernih berguguran di pipiku. Waktu itu memang aku sedih sekali. Bukan kerana apa-apa. Tetapi kerana dia seorang insan tua. Aku membayangkan jika wanita tua di hadapanku saat itu adalah darah dagingku. Aku segera menyeka manik jernih itu agar tidak kelihatan oleh wanita tua itu. Tubuhnya menggeletar. Hatiku tambah tersayat melihat keadaan wanita tua itu. Pasti dia sedang menahan kesakitan.

"saya bawa mak cik ke klinik ye" kataku.

"tak pe nak..mak cik tak apa-apa" senyuman lelah terukir di bibir tuanya.

"mak cik ni cuma rasa lapar dan dahaga.." tambahnya lagi. Manik jernih terus berguguran ke bumi. ku seka lagi. Tanpa berkata apa-apa, aku segera memapah tubuh tua itu. Kebetulan ada sebuah teksi melewati kawasan itu. Aku segera menahan teksi itu dan meminta supaya menghantar kami ke restoran yang berhampiran. Tubuh tua itu semakin menggeletar. Aku pasti dia menahan lapar yang amat sangat. Manik jernih kini bukan seperti manik lagi. Airmata laju membasahi pipi. Entah mengapa hatiku sangat sedih. Aku tidak mahu bertanyakan apa-apa waktu itu. Hanya berdiam diri sambil tanganku ligat menyeka airmata yang gugur. Kami tiba di hadapan sebuah restoran dan segera membayar tambang. Tubuh itu ku papah masuk ke dalam restoran dan segera memesan makanan dan minuman. Tidak sampai lima minit makanan sudah terhidang.

"mak cik makan ye" ku bantu membaiki kedudukannya agar lebih selesa menjamah makanan.

"mari nak, makan sama-sama" di gagah kan suara untuk mempelawaku makan sekali.

"mak cik makan dulu" aku mengukir senyum kepadanya. Ku lihat dia menjamah dengan berselera sekali sambil aku melihat ada titisan airmata mengiringi seleranya. Aku biarkan. Masih belum mahu menyoal itu dan ini. Tiba-tiba wanita itu bersuara.

"dia anak yang mak cik lahirkan 30 tahun dulu.." airmatanya deras mengalir. Aku juga sama. Dalam pada itu hatiku nyata tersentak. Seluruh jiwaku dilanda sayu yang maha hebat. Wanita tua itu terus bercerita sayu di hadapanku dengan getar suara yang lirih sekali. Hatiku sempat mencerlung kala mendengar segalanya. Rupanya wanita tua itu selama ini di seksa hanya kerana anaknya tidak mendapat bahagian dari harta peninggalan keluarganya. Dipukul dan tidak diberi makan. Penderitaan dan kesakitan yang ditempuhnya selama ini masih mampu dipendam kerana sayangnya terhadap si anak. Aku masih tidak habis fikir, bagaimana seorang anak hilang pertimbangan terhadap ibu yang sudah bertarung nyawa melahirkannya, menyusukan, membesarkan, melayan karenah, malah MENDOAKAN si anak dengan doa yang tiada tepi agar berjaya mengecap kebahagiaan hanya disebabkan HARTA dan kemewahan. Sungguh hina perbuatan anak yang lupa pada akhirat.

Dulu, lelaki itu sering didoakan oleh insan yang bernama ibu. Tapi kini, lelaki itu lupa memberi doa kepada ibunya malah mencalar hati ibunya dengan layaknya seekor haiwan buas. Dia mengejar ketinggian darjat dan pangkat, namun dia lupa bahawa yang sepatutnya dicari dan disembah adalah SYURGA yang ada di bawah tapak kaki ibunya..pengalaman ini amat memberiku pengajaran. Moga diriku dan diri kalian dapat menjadi buah hati kebahagiaan para ibu. Amin.



___________________________________________

Tajuk: Jangan Disakiti Insan Itu
Penulis:
Deena Farhana Numan

Osama mati = save the world

In the name of Allah Most Gracious Most Merciful

Baru-baru ini dunia dikejutkan dengan kematian Osama bin Laden, pemimpin al-Qaeda yang menjadi propaganda barat untuk menyerang Islam. Fakta pasai Osama ni banyak sgt...

ada yg kata dia tu adalah watak jadian untuk Barat mencipta bukti bg kes-kes yang melibatkan kegaanaazzzzzaaan! (grrrrrrr!!)

Who cares....Allah knows..but the most important thing here...i was read a reviews speak up through a mouth our Mr. Prime Ministerrrrrrrrr of 1Malaaaaaaysiaaa from this source.

He dont even know about an islamic political after see and see and seeeeeeee and dengaaaaq apa yang da tuan PM ni duk ghooyaaak. (mbik kau...ni baru btul2 rojak)


'Dunia lebih selamat dengan kematian Osama'

ngeeeeeeeeeee.....ngeri betul statement ni....

aku tak tau la dunia mana yang selamat...(thinking till sleeping..zzzZZzz)

iraq..palestin...afghan....dan bla bla bla~ yg tu apa cerita...jawaaaaaaab

"Katanya rakyat negara ini perlu menolak sebarang bentuk keganasan kerana kebijaksanaan berdasarkan pendekatan Wassatiah atau kesederhanaan dapat mencapai sesuatu yang diperjuangkan."

Semoga Allah memberikan aku dan kamu kefahaman akan pengertian wasatiah seperti mana ajaran Baginda SAW. Jadikan dikau seorang pemimpin yang bertaqwa...moga kami peroleh manfaat dari kemuliaan itu..ameeen~

Aku nukilkan barisan kalam indah berupa wasiat terakhir daripada Almarhum Syeikh Mutawalli Syarawi di saat penghujung usia hidupnya kepada Ex-president Mubarak..


“..Jika nasib kami bergantung kepada engkau, moga-moga Allah memberi taufiq(menunjukkan kepada kamu jalan yang benar). Dan jika nasib kamu bergantung kepada kami, moga-moga Allah menolong kamu untuk menanggung beban(untuk menghadapi kami)."


Maas salam ayhal ikhwatul ahbab~