Bismillahirrahmanirrahim
Satu hari aku punya tepon ring ring, tengok nama macam kenai, memang la kalo dah duk dalam contact list, aku pun salam and helo sama dia, tung tang tung tang sembang, rupanya membe aku mintak suh aku ganti dia untuk jd translator arabic kepada 2 orang rakyat palestin yang mai ke malaysia ni untuk kutip dana atau sumbangan, nak bantu rakyat2 palestin sana nuu.
Mula tu aku kurang nak menerima tugas tu, pasai aku pun bukan fluent sangat arabic ni, takat sembang pi beli ikan sayoq kat pasar bole la, tapi orang mintak tolong sangat, xdak orang dah kata dia, maka aku pun pilih untuk klik button yes, atau in arabic we say it na'am, cewaah :P
Lagi pun tengah duk cuti ni, bini aku si peneman setia ni pulak masih tunggu posting guru, maka kami pun join bersama sambil2 berbulan madu, huhuhu
(gelak sopan)
Program ni sebenarnya Hi Tea bersama Aisyah, anjuran muslimat PAS kawasan
(ehem2.sy bukan blogger politik), jadi NGO Cakna Palestin ni mengambil sedikit ruang dan peluang untuk jalankan kutipan derma, hempa nak tau Cakna Palestin tu apa? hempa google seniri la noo..jangan pulak sampai aisyah tu pun nak tanya aku dia sapa, alaaaa...yg
"HAAAAATI MEMMMBEKU MENGINGAATKANNN!~"
Rupanya bukan calang2 orang arab yang aku nak jumpa ni, sorang lecturer Gaza Islamic University, sorang lagi menteri kesihatan Palestin. gulp gulp gulp da tekak aku, dup dap dup dap da jantungku, tapi bila da berbual ternyata mereka ni sangat senang didekati, rasa maaaaacam pak menakan seniri..
Alhamdulillah, bila aku tengok depa ni, aku sebenarnya memandang mata sekalian rakyat palestin di sana, yang mana depa tak dapat tengok aku, dan aku pun tak dapat tengok depa, namun kami bertemu kerana keimanan hati kami ini telah Allah pertemukan sejak awal lagi sebelum jasad saling bersua, dan aku berdoa kepada Allah semoga aku dan kalian para pembaca direzekikan oleh Allah untuk bertamu ke tempat yang dikatakan oleh nabi saw sebagai tempat yang sangat suci lagi mulia selain dari Makkah dan Madinah.
dari kiri: ehem2, Dr. Abu Mahmud Yahya Sya'fa (pensyarah unv. islam gaza), Dr. Khalil Abu Ahmad
(Menteri Kesihatan Palestin)
bagi seorang yang ketaq lutut macam aku, maka haruslah aku tulis apa yg nak cakap :P
ku lihat hijauuu :D
bergambar kenangan, aku dan si manis isteriku syg yg x ubah macam tangga
dek kerana tetotnya kami :P
Si tomeiku ini sempat bergambar kenangan dengan Aisyah ;)
Bertemu dengan insan seperti mereka ni memang mentarbiyah hati. Semoga ukhwah bersama Dr. Abu Mahmud Yahya Sya'fa dan Dr. Khalil Abu Ahmad ini Allah panjangkan sampai ke syurga,
kepada Aisyah, moga Allah kurniakan istiqomah, ameen~
2 main point ucapan Dr. Mahmud yang aku sematkan dlm ingatan dan hati,
1) tanamkan rasa cinta kepada palestin
2) jangan lupa doakan palestin pada setiap solat
Tuan2,
Palestin tu adik beradik kita semua, kita nak angkat bazoka, mortar memang tak larat, nak pi pun jauh, habih2 pun kita tolong la dengan doa. aku percaya, kalo palestin satu hari nanti bebas, menang, dapat takluk kembali tanah mulia itu, aku dan kalian pasti akan mengalirkan airmata on the spot, pasai kita berasa doa kita juga tergolong dalam berbilion doa para muslimin yg lain itu, naik diterima oleh Allah.
Ya Allah, mudahkanlah kami untuk berbakti dan membantu agama-Mu.ameen~
Semoga amalan aku dan kalian semua diterima Allah.
Ma'as salam ayhal ikhwatul ahbab